TB dan bloggers celaka serang UMNO tentang judi

oleh Tulang

Yang betul itu betul. Yang salah itu salah. Ada benda yang TB buat itu betul tapi ada juga yang salah. Yang betul TB dan kawan-kawannya menghalakan meriam ke arah UMNO dan BN kerana tindakan UMNO dan BN meluluskan judi bola piala dunia dan supaya rakyat Malaysia jadi tahi judi.

Judi bukan ajaran Islam, dan ia adalah haram. UMNO-BN mengahalalkannya!

Judi bukan ajaran Buddha. Judi bukan ajaran Tao, bukan ajaran Confucius, bukan ajaran Hindu, bukan ajaran Kristian, bukan ajaran kepercayaan orang asli Malaysia.

Tetapi judi adalah berhala moden orang UMNO-BN yang bertuhankan nafsu dan duit! meskipun ada juga UMNO-BN yang tidak bertuhankan nafsu dan duit.

“PAS” menentang judi sejak sebelum penubuhan PAS lagi. Penubuhan PAS mempunyai susur galur sejarahnya tersendiri. ia bermula apabila golongan ulamak yang faham ISLAM dalam UMNO sedar akan kejahatan UMNO meluluskan judi-loteri 60 tahun yang lalu. Kerana para ulamak tidak berjaya mengISLAMkan UMNO ketika itu dalam bab judi ini, maka para ulamak dan orang yang cinta pada Allah dan Rasul dan Islam keluar dari UMNO menubuhkan Hizbul Muslimin yang kemudiannya diharamkan oleh Dato’ Onn dan British. Kemudian para ulamak dan pecinta Islam menubuhkan Parti Islam SeMalaysia. Baca lagi:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia#Sejarah_penubuhan

http://2.bp.blogspot.com/_0ynStjSqY7A/SKXYtuiYjzI/AAAAAAAAEHQ/MPd30Drv38c/s1600-h/SEJARAHO1.jpg

http://arkib_terpilih.tripod.com/i2000_0858.htm

Kononnya PAS tidak menentang judi sepertimana yang pernah dibangkitkan oleh TB dalam lamannya sebelum ini, sebenarnya ia bukan isu. Isunya TB tak faham sejarah sebab masa PAS ditubuhkan dia belum dilahirkan lagi. Ibubapanya pun belum kahwin lagi pada masa itu. Semoga TB baca sejarah PAS, hadamkan dan faham dan ingat sampai mati tentang fakta perjuangan PAS dan istiqamah PAS dalam menentang judi yang ditaja oleh UMNO-BN.

Apapun kita ucap Tahniah! Bagus! pada TB dan bloggers celaka berganding bahu bersama PAS dan pecinta Islam menghalakan buzoka kepada UMNO-BN yang menggalakkan rakyat Malaysia berjudi.

Teruskan TB!

Kalau program Bangkitlah Melayu dengan isu 13 Mei sebagai pembakar semangat telah dibatalkan dan UMNO-PERKASA dan lain-lain NGOs yang menjadi talibarut chauvinis Melayu UMNO kerugian berjuta ringgit membuat persiapan, kali ini, nampaknya UMNO-BN tidak mahu berundur membatalkan lesen judi bola ini sebab kerugiannya bukan sikit tetapi berbilion, dan keuntungan duit judi melalui BERJAYA BHD milik Vincent Tan akan menjadi ‘”spring board money” untuk political fund UMNO-BN bagi hadapi Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi.

TB teruskan bom UMNO-BN dalam isu judi ini sampai mereka tarik balik lesen judi. Kamu boleh jadi wira baru dan bloggers celaka akan menjadi bloggers mulia dan wira hebat menentang judi!

Boleh baca blogs di bawah:

http://www.malaysiawaves.com/2010/05/zul-noordin-barua-umno-cuba-jatuhkan.html

http://www.ibnuhasyim.com/2010/05/bantah-lesen-judi-konsert-12-jam.html

http://g-82.blogspot.com/2010/05/judi-halam.html

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/05/amanah-raya-bhd-magnum-bhd-harusani.html

http://adukataruna.blogspot.com/2010/05/malu-bersama-pkr-malu-dengan-allah-tak.html

http://jiwalempoyang.blogspot.com/2010/05/reminder-for-government-and-people.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: