Sepi Sebentar

oleh Tulang

Alhamdulillah, nampaknya isu APCO, isu judi bola, isu BN kalah di Sibu yang mengejutkan dunia, dan isu SPR yang kelam kabut serta isu DSAI vs Saifool telah menyebabkan TB dan bloggers celaka melupakan mencari publisiti murahan menyerang PAS dan pimpinan PAS. Mudah-mudahan mereka akan berhenti terus.

Bagi ahli PAS yang ada akhlak dan menghayati ciri-ciri amal jamai’e akan sentiasa menegur antara sama lain dalam menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran termasuk menegur dan membetulkan kepimpinan tetapi dengan cara yang berakhlak dan penuh hikmah.

Banyak pahala kebajikan dan pahala jihad TB boleh kutip dengan menegur orang-orang zalim, penindas, penggalak judi dan arak, penentang agama, dan orang yang cenderung kepada menegakkan yang mungkar dan mencegah yang maaruf.

Blog ini akan terus hidup untuk memberi penjelasan kepada masyarakat jika TB khususnya menyerang kepimpinan ulamak tanpa ada bukti-bukti yang kukuh dan jelas.

TB tidak boleh mengaku sebagai ahli PAS walaupun pernah ada nombor ahli PAS satu masa dulu.Memang ada orang lain selain daripada TB yang pernah masuk PAS dan kemudian keluar PAS dan mereka masih ada nombor PAS. Jadi tidak ada beza TB dengan bekas ahli-ahli PAS yang sudah keluar PAS tetapi masih ada nombor ahli PAS yang nostalgia.

TB masih belum membayar yuran ahli. Sudah bertahun-tahun. TB juga didakwa adalah ahli Pemuda UMNO Taman Melewar yang belum dinafikannya lagi. Secara automatis ahli PAS yang masuk parti lain, menurut Perlembagaan PAS, akan terlucut keahliannya serta merta.

Oleh kerana TB bukan ahli PAS, maka sebagaimana Zulkifli Nordin tidak layak bercakap bagi pihak PKR, maka TB juga tidak layak bercakap bagi pihak PAS.

TB boleh berbangga arwah ayahnya ahli PAS, simpan surat Mahathir yang dihantar pada PM Tunku Abdul Rahman, sebagaimana yang dipaparkan di dalam lamanya, tetapi TB sama seperti Abdullah Badawi yang hanya boleh berbangga dengan datuk bekas PM ini yang merupakan salah seorang pelopor kepada penubuhan PAS suatu masa dulu. Setakat berbangga tetapi tidak menjadi mujahid yang meneruskan perjuangan ayah dan datuk kita dalam saf gerakan Islam, maka tidak ada maknanya kebanggaan pada ummah akan datang.

Eloklah TB sepi dari bercakap perkara yang dia sendiri tidak tahu tetapi berlagak tahu. TB, teruskanlah usaha mu melakukan jihad terhadap UMNO-BN-APCO-Yahudi tu. Kami sentiasa menyokong usaha-usaha mu menyampaikan risalah Islam kepada penduduk bumi. Semoga diberikan pahala dan barakah ke atas usaha dakwah yang jujur lagi murni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: