TB pura-pura diam

oleh Tulang

TB dalam 2 minggu ini memang dia perang UMNO-BN semampu jari dia menaip. Dan TB beri gelaran PM Ke 6, Datuk seri Najib sebagai BAPA JUDI MALAYSIA! Keberanian TB sudah sampai tahap Penarik Beca sebelum Penarik Beca ditangkap. Ingat lagi apa isu yang membuatkan Penarik Beca ditangkap?

Tulang mengganggap tahap keberanian TB sudah melebihi tahap AdukaTarakguna yang menghina Almarhum Sultan Johor. Sebelum ini Tulang pernah menyatakan dalam artikel sebelum ini bahawa TB akan ditahan polis kerana kenyataan-kenyataannya dan tindakan kutip wang dari orang ramai tidak mendapat permit Bank Negara.

https://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/12/tb-sedang-diawasi-polis/

TNGA pernah berkata dalam kuliah ilmunya di Kelantan: jangan kita berani kerana bodoh dan takut kerana pandai. Eloklah TB ambil ingatan daripada TGNA ini. Tulang ingatkan supaya berpada-pada dalam membuat kenyataan. Lombok bukan jauh dari Malaysia.

Dalam serangan yang dibuat oleh TB ke atas UMNO dan kerajaan Malaysia, TB kenen-kenen tulisannya terhadap Tim. Presiden PAS dan Timb. Mursyidul Am PAS. Nampaknya TB masih belum puas dengan orang No. 2 dalam PAS. Dia juga masih tak puas hati dengan Dato’ Ustaz Haron Din. TB tanya dalam perli ke mana Tim. Presiden ketika pilihanraya Sibu? Berminat sungguh TB terhadap orang No. 2 PAS ini. TB cari, TB korek, TB hendap, dan TB skodeng ke mana sahaja Timb. Presiden PAS ini pergi dan buat. Boleh jadi TB ini diupah oleh Special Branch atau menerima arahan dari tuannya erdogan agaknya, TB mempunyai misi jelas…licence to grill Ustaz Nasa.

Boleh jadi juga dengan membuat kenyataan kontroversi, adalah sikit “ummph” pada tulisan TB di lamannya. Kalau tak ada “perasa pedas” isu kritikan pimpinan PAS, agaknya tak ada faktor “crowd puller” dalam laman M’siawaves TB. Kesian, terpaksa cari publisiti murah untuk lariskan blog supaya boleh dakwa dan berlumba blog TB paling hebat! Ada komisyen, jangan lupa.

Kemudian TB tak lupa serang Dato’ Haron Din secara sipi-sipi kerana Dato’ Haron Din berbeza pendapat dengan TGNA. Kononnya TB ini sayang sangat pada TGNA dan berdiri teguh belakang TGNA (tapi masa kick serang TGNA, TB menikus dalam kelambu di Lombok sebab takut pada abang senior tu, Kick-ur-butt-la). Inilah masalah TB ikut usrah tak habis, selalu ponteng usrah, lari dari majlis ilmu, tak belajar bab Usul Fiqh dan Seerah Sahabat. TB nak berlagak lebih pandai daripada ulamak’. Tak apalah, kata Dato’ Seri Azizan Abd Razak MB Kedah, elok orang seperti TB ini diam dari bercakap; sebab orang dah tahu dia bodoh dan jahil dalam bab agama tapi nak berlagak pandai. Bila dia bersuara dalam bab agama, maka confirm orang itu bodoh! Itulah TB.

TB eloklah tumpukan betul-betul pada Najib, Muhyiddin, Hishammuddin, Rais Yatim, Vincent Tan, Ananda Krishnan, JAKIM, Jabatan Agama, Mufti dll dalam isu judi ini daripada membaling batu pada ulamak PAS.

Insya’Allah pahala jihad memerangi judi dan Yahudi APCO akan melimpah ruang dalam hidup TB. Eloklah kalau berperang dengan kemungkaran judi dan Yahudi APCO dibuat sama hebat dengan usaha menjatuhkan kepimpinan ulamak dalam PAS, maka sia-sialah usaha kamu selama ini. Ulamak dunia akhirat (nota: tidak sepertimana ulamak dunia atau ulamak akhirat semata-mata) adalah pemimpin ummah. Umara adalah pemimpin masyarakat. Tetapi ada Ulamak yang mampu menjadi Umara’, maka terimalah hakikat bahawa dalam sejarah Islam ada umara’ setaraf ulamak seperti khalifatu Rasul yang 4 dan khalifah lain seperti Omar bin Abdul Aziz.

Kalau ulamak seperti TGNA, TGHH, Ustaz Azizan menjadi umara’ di negeri yang mereka perintah, maka mereka dianggap sebagai umara’ dan ulamak. Tetapi belum tentu umara’ seperti Najib boleh jadi ulamak. Belum tentu Pak Lah boleh jadi ulamak walaupun ayah dan datuk dia ulamak. Belum tentu erdogan boleh jadi ulamak dalam sebulan atau separuh malam. Di Turki, Erdogan adalah umara’ bukan ulamak. Kalau ada erdogan di Malaysia, mereka tidak perlu berlagak seperti ulama’ atau menuding-nuding jari mencabar ilmu ulamak dunia dan akhirat dalam PAS. Mereka boleh cabar ulamak bertanding jawatan tapi tak perlu cabar ulama dalam soal ilmu para ulamak. TB lagilah jauh panggang dari api, kecuali kalau TB seorang yang waras dan mujahid Islam.

 

2 Comments »

  1. antiliberal said

    untuk makluman tulang besi yg bengong, ustaz nasharuddin pergi ke palestin berjumpa dgn pejuang HAMAS dan gerakan ISLAM lain di timur tengah masa PRK Sibu! Sebelum nak perli siasat dulu! nampak sangat kekurangan sumber melainkan menulis fitnah aje di m’siawaves milik TB! sama juga mcm kes TGHH ke Maldives, yg difitnah tok guru g ke sana utk memancing!!! (celakalah puak pemfitnah laknat tsbt!) padahal tok guru ke sana atas urusan JEMAAH ISLAM!

  2. untuk makluman tulang besi yg bengong, ustaz nasharuddin pergi ke palestin berjumpa dgn pejuang HAMAS dan gerakan ISLAM lain di timur tengah masa PRK Sibu! Sebelum nak perli siasat dulu! nampak sangat kekurangan sumber melainkan menulis fitnah aje di m’siawaves milik TB! sama juga mcm kes TGHH ke Maldives, yg difitnah tok guru g ke sana utk memancing!!! (celakalah puak pemfitnah laknat tsbt!) padahal tok guru ke sana atas urusan JEMAAH ISLAM!
    +1

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: