TB menyalak lagu lama

oleh Tulang

Setelah sekian lama Tulang Besi sepi seribu bahasa terhadap PAS dan isu kerajaan perpaduan, tiba-tiba kahak dalam tekak TB terkeluar. Boleh jadi baki kahak lama tersumbat akibat arak halal barbican. Apabila kahak ini keluar keluar, maka TB menyalak semula, dan salakan ini adalah lagu lama iaitu kerajaan perpaduan. Salakan kali ini sayu saja.

TB menyalak ketika Muktamar Tahuanan PAS ke 56 sedang berlangsung. Beliau tidak pergi tapi dengar dan ikuti dari jauh. Tak semena-mena beliau menulis dalam lamannya
——-dari laman TB ——
Maklumat Tulang Besi dapat dari dalaman UMNO adalah usaha mewujudkan kerajaan perpaduan akan dimulakan kembali. Sesungguhnya UMNO telah berbincang dalam mesyuarat Biro Politik UMNO akan perkara ini. Mereka mahu menghidupkan semula agenda Kerajaang Perpaduang dengan PAS

Mereka telah pun menyampaikan tawaran terbaru mereka kepada PAS dan “kawan” mereka dalam PAS telah pun mendapat tawaran mereka. —

———–akhir petikan ——-

TB kata dapat maklumat dari dalam UMNO. Dari UMNO? Memang betullah TB ini berkiblatkan UMNO. TB dengar berita dari orang fasiq kemudian gembar-gemburkan berita fasiq ini. Itulah sebenarnya Tulang Besi yang busuk hati terhadap perkembangan dan kemajuan PAS sekarang. Tak habis-habis nak laga-lagakan orang Islam dan orang PAS.

Bukankah kita dah kata TB ini ahli Pemuda UMNO Taman Melewar dan ejen UMNO, dan SB dalam PAS yang mencari dan menjual maklumat kepada UMNO.

TB sah ejen UMNO. https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/31/sah-tulang-besi-ejen-umno/
TB balaci UMNO https://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/03/tb-ganti-umno-serang-pas/
TB barua UMNO https://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/06/tb-belum-nafi-ahli-umno/
Dengkinya terhadap PAS khususnya pimpinan ulamak belum habis.

Paling terbaru dalam blog TB ini, dia kata dia dan bloggers celaka dihina seperti sampah manakala Utusan Malaysia dimuliakan. Memang TB dan bloggers celaka SAMPAH dalam perjuangan Islam yang didokong oleh PAS!

TB kata oleh kerana dia tidak dengar perwakilan PAS dalam Muktamar hentam Utusan Malaysia, Berita Harian, NST dan media perdana, maka TB kata media ini semua dimuliakan. Apakah sebelum ini TB tak pernah dengar pendirian PAS terhadap media perdana? Adakah kerana hentaman ini tidak dibuat dalam Muktamar maka media perdana berkenaan dimuliakan? Memang BEBAL Tulang Besi ini. Mungkin mabuk air barbican amat terkesan dalam benak hatinya.

TB sudah menjadi terpencil sejak 6 minggu lalu. Tulisan-tulisannya mengenai UMNO tidak mendapat perhatian orang UMNO dan PAS atau DAP. Lamannya sudah lesu. Hit di lamannya sudah merosot yang amat sangat. Maka untuk melariskan balik lamannya, TB menyalak macam anjing kehausan agar ada orang akan simpati untuk masuk dalam lamannya dan agar ia menjadi popular semula! Ketika berlangsung Muktamar inilah peluang dia untuk menjual dirinya.

Betapa murah harga diri TB!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: