Ingatan buat Tulang Besi

oleh Tulang

Allahyarham Ustaz Hassan Shukri telah disemadikan pagi ini 15 Jun 2010 di tanah perkuburan Taman Selasih Gombak. Alfatihah.

TGNA yang dijadualkan memimpin solat janazah tidak berupaya melaksanakannya dan meminta TGHH memimpin solat janazah di Melewar pagi tadi. TGNA terlalu sedih sehingga tidak dapat menahan air matanya. Ribuan ahli PAS datang menunaikan tanggungjawab mukmin ke atas mukmin yang meninggalkan dunia ini untuk selamanya.

Kelibat Tulang Besi tidak kelihatan. Bayangnya tidak nampak. Mungkin Tulang tidak nampak tubuh atau bayang Tulang Besi di sebalik ribuan manusia tadi. Mungkin TB tidak kesempatan turut sama dengan ribuan ahli dan penyokong PAS di Melewar pagi tadi dan di tanah perkuburan.

Tapi Allahyarham berpesan kepada ahli dan penyokong PAS, khususnya untuk Tulang Besi ambil ingatan

————dipetik dari harakahdaily.net —http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27121:ustaz-hassan-shukri-dalam-kenangan&catid=96:fokus-khas&Itemid=134

“Jangan lupa turun padang dan dekati orang bawahan akar umbi ini. mereka ini kita sapa dan senyum cukup besar hati dah…” kata Hassan yang juga bekas Senator. Selain itu, Hassan sebagai orang lama dalam PAS menyarankan segala masalah atau perselisihan pendapat antara pimpinan-pimpinan PAS disuarakan melalui syura atau mesyuarat dan perbincangan agar ia tidak dipergunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan antara satu sama lain.

“Malah masuk PAS bukan kerana ikut orang, kalau ikut orang, sudah lama PAS ini terkubur. Sertai dan sokong PAS sebab hendakkan kepada Islam.”

“Kita sudah lama tarbiyah ahli-ahli PAS bahawa jangan memuja pemimpin tetapi menjunjung perjuangan Islam,” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu yang turut merujuk beberapa kepimpinan yang keluar parti itu seperti Datuk Asri muda dan Haji Ahmad Fuad yang tidak sedikit pun menjejaskan PAS sehingga kini.

Mengakhiri perbualan yang “berlangsung” di kediamannya sendiri Jumaat, 2 Oktober lalu, Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.

“Percayalah…sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan…Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

“Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan…,” katanya sambil mencebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan supaya parti akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.
—————–berhenti petikan

Kepada Tulang Besi, bertaubatlah menyerang ulamak. Berhentilah menyerang pimpinan PAS. Apalah yang kamu dapat melainkan habuan dunia dan bangga diri? Tulang Besi tidak sedar betapa kecilnya dan murahnya harga diri TB apabila beliau berlagak lebih pandai dari Allahyarham ketika TB menyerang Allahyarham satu masa dulu.

Bacalah
https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/19/apakah-jasa-tb/
dan beberapa artikel dalam blog ini mengenai peranan TB disebalik tabir dalam PAS.

Apapun TB telah merakamkan ucapan takziah beliau dalam laman webnya. Tetapi TB belum mengambil peringatan yang ditinggalkan oleh Allahyarham di atas itu.

TB, bacalah sedikit lagi petikan di bawah ini

———— dipetik dari

Namanya (Ustaz Hassan) cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. malah ketika negara dilanda krisis, Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari. Sehari kadang-kadang sampai dua kali! Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti di bibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak ke mana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil ‘ustaz’ masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di markas PAS Taman melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi dalam dirinya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Agung PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja laut Kuala lumpur, begitu sinonim dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak, idea penubuhan markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal Rm20,000, beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina markas.

Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS, Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis, ustaz Hashim Jasin dan ustaz Nakhaei untuk mereka samasama membeli tanah dengan harga sekitar Rm26,000 bagi meluaskan kawasan markas sekitar tahun 1982. Selain menerima sumbangan wang, markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya.

———–berhenti petikan

Apalah sangat sumbangan Tulang Besi dalam PAS? Nak melihat PAS itu selamat dari kerajaan perpaduan dengan cara TB menyerang ulamak dan pimpinan PAS serta melaga-lagakan ahli dan penyokong PAS di sebalik meja komputer beliau? Apakah itu sumbangan TB?

Adakah patut TB duduk depan komputer, bermewah dengan gaji 30K, naik kapalterbang ke hulu ke hilir berniaga, kemudian nak selamatkan PAS melalui tulisan-tulisannya yang penuh dengan kata-kata kesat dan jijik serta penuh dengan fitnah dan buruk sangka? Orang beginikah nak selamatkan PAS?

Apakah orang seperti TB ini layak nak bercakap tentang PAS, berlagak mahu melindungi PAS, bermegah dengan bapanya ahli PAS, sedangkan dia sendiri tidak bayar yuran tahunan PAS? Apalah sangat sumbangan dan pengorbananan yuranTulang Besi jika dibandingkan dengan Allahyarham Ustaz Hassan Shukri?

Semoga dengan pemergian Allahyarham ini, semua ahli PAS, penyokong PAS, pendukung PAS, dan orang yang mengaku ahli PAS tetapi tidak bayar yuran ahli dan menyerang PAS, dapat mengambil iktibar dari peristiwa sedih kehilanganya satu lagi pimpinan PAS yang dari muda hingga akhir hayatnya wala’ kepada perjuangan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh PAS, dan tidak berhenti bekerja dalam perjuangan ini walaupun beliau pernah dicaci, difitnah, dan dhina oleh orang yang benci kepada ulamak, termasuklah Tulang Besi.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Allahyarham, menerimanya sebagai orang soleh, juga sebagai ahli syurga serta dikurniakan ganjaran berlipat ganda di atas usaha beliau menabur bakti, mutiara, dan pengorbanan dalam perjuangan Islam di Malaysia, negara ku yang tercinta.

3 Comments »

  1. Apa jasa BLoggers2 Pondan pada PAS? Cuba kita jawab dulu soalan ini. Hehehehehe

    Aku- Abdul Rahman Abdul Talib – aka Tulang Besi

  2. tulangbesi said

    Akhirnya si Tulang Besi Abdul Rahman Abd Talib (TB-KARAT) memberi komen dalam blog ini. Tulang dah lama tunggu. Tulang tahu Tulang Besi KARAT baca setiap tulisan dalam blog ini, dan untuk makluman orang ramai TB-KARAT ni jadi subscriber pada blog ini. Agaknya dia tak tahan nak lepas geram, sekarang dia bagi komen di sini. TB-KARAT ni anggap dia jantan asli!

  3. Dari Subky said

    Terkenang 10/06/15: Ustaz Hasan arkitek tak bertauliah
    Subky Latif

    ALMARHUM Dato Fadzil Noor selalu menyifatkan Ustaz Hassan Shukri sebagai akitek tak bertauliah. Dan Almarhum Ustaz Hassan Shukri menerimanya dengan senyum dan senang hati atas jolokan akitek tak bertauliah itu kerana ia satu penghormatan kepada kebolehnannya membina bangunan yang ada hubungan kegiatannya.

    Mithalnya Surau Tarbiyah di Taman Melewar, Batu Caves Kuala Lumpur. Surau yang dibina kerajaan itu diberi nama Surau Tarbiyah dipercaya dia yang memberi namanya.

    Nama Tarbiyah yang bermaksud pendidikan itu sangat dekat di hatinya. Apabila dia membina markaz PAS juga di Taman Melewar, lalu dinamakannya Martaz Tarbiyah PAS Pusat pula.

    Semasa dia menjadi Setiausaha Agung PAS di bawah pimpinan Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor digalakkannya negeri dan kawasan PAS membina Markaz Tarbiyah masing sebagai pusat pentadbiran parti dan sekali gus menjadi musalla.

    Surau Tarbiyah tadi dibina mengikut pelan disediakan kerajaan. Selama lebih 30 tahun dia jadi pengurusi surau itu macam-macam pindaan dan tambahan pada bangunan itu. Kebanyakan penyesuaian itu adalah mengikut reka ciptanya.

    Ketika PAS di Wilayah Persekutuan dan PAS Pusat sukar untuk mendapatkan tempat untuk berbagai perhimpunan, Hassan Shukri, bekas Setiausasha Agung dan bekas Timbalan Presiden PAS yang meninggal tengah hari 14 Jun 2004 lalu telah membelikan satu lot tanah untuk PAS Terengganu di sempadan Selangor di Taman Melewar sebagai tapak rumah bagi pemimpin-pemimpin Terengganu yang selalu datang ke Kuala Lumpur.

    Tetapi PAS Terengganu membiarkan saja tapak yang bersebelahan dengan rumah Ustaz itu. Saya selalu menganjurkan ceramah – kadang-kadang tiap-tiap minggu di rumah Ustaz Hassan. Dia tidak pernah menolak. Tetapi bila ceramah berakhir pukul 12 malam, isterinya terpaksa mengemas rumah hingga pukul 2 pagi.

    Ia mengganggu anak-anaknya yang masih kecil hendak bersekolah esoknya. Lalu saya berpakat dengan PAS Taman Melewar untuk memanfaatkan tanah PAS Terengganu bagi mengadakan ceramah. Kami cadang untuk membinanya seperti kandang, memadai ada bumbung dan dinding ikut keadaan kerana ia tanah orang Terengganu. Ia boleh mengambil tapak itu bila ia rasa ia mahu bina rumah.

    Bila Ustaz Hassan mendengar cadangan itu dia pun mencadangkan supaya dibina Markaz Tarbiyah. Pelan asal markaz itu digarisnya di atas tanah saja di depan tukang dari Indonesia dan pelajar-pelajar lulusan kejuruteraan yang tinggal di sekitar kawasan itu.

    Dari garis di atas tanah itu mereka mendirikan rangka bangunan. Bila terdiri tiang, ada pula yang menghantar pasir, simen, besi, kayu dan lain-lian. Kami tidak banyak mengeluar modal. Ada orang datang untuk memberi belanja siling, ada yang menyumbangkan pintu dan tingkap.

    Dari semasa ke semasa Uztaz Hassan mengarahkan pelajar dan tukang-tukang itu buat begitu dan begini.

    Bila siap bangunan itu ada pula lot-lot sebelah dan di belakang bangunan hendak dijual. Ustaz Hassan beli dan sambung pula markaz itu di lot yang baru dibeli itu.

    Sejak pertengahan tahun 1980an hingga tahun 2000 markaz itu bertambah besar dari semasa ke semasa kerana orang-orang di situ sedia pula menjual tanahnya pada Ustaz Hassan. Ustaz Hassan beli lot-lot itu untuk PAS.

    Setiap kali lot baru dibeli, Ustaz Hassan membentang pelan tambahan baru bangunan. Ustaz Fadzil yang tidak pernah membantah cadangannya menyerahkan saja kepada budibicara akitek tak bertauliah itu.

    Daripada sebuah bangunan dua tingkat asalnya, ia menjadi sebuah komplek yang ada dewan, bilik mesyuarat, pejabat pentadbiran, bilik solat bahkan ada pula tempat orang menumpang bermalam. Rombongan bas dari Kedah dan Kelantan selalu singgah bermalam di situ.

    Semua reka bentuk komplek itu hasil ciptaan Ustaz Hassan sendiri.

    Dia tidak pernah belajar ilmu pertukangan. Dia adalah seorang lulusan agama. Tetapi dia minat dengan mereka bentuk rumah atau bangunan menjadikan dia tahu teknik-teknik pertukangan.

    Markaz Tarbiyah PAS itu adalah karya seninya.

    Sejak terbinanya Markaz Tarbiyah itu PAS tidak sukar lagi mengadakan Mukktamar. Sebelumnya PAS menyewa di Dewan Bahasa untuk bermuktamar. Kadang-kadang muktamar terpaksa ditunda kerana kerajaan hendak menggunakan dewannya. Acap tempahan dibatalkan. Mungkin ia satu cara kerajaan membuli PAS.

    Selepas markaz itu didirikan PAS bebas mengadakan berbagai kegiatan. Parti-parti yang bersekutu dengan PAS selalu memanfaatkannya.

    Beberapa tahun lalu Pejabat Agung PAS berpindah ke Jalan Raja Laut di pusat bandar Kuala Lumpur. Markaz Tarbiyah tidak lagi jadi tempat pentadbiran. Ia digunakan untuk kegiatan lain.

    Sekarang markaz itu sedang dirombak untuk dijadikan kampus bagi kolej universiti Prof. Zuklifli Mohamad. Struktur bangunan itu dikekalkan tetapi renovasinya banyak mengubah bentuk seni rekaan Ustaz Hassan Shukri itu.

    Kata Ustaz Hassan pada saya kalau sebahagian dari peralatan lama dikekalkan, banyak perbelanjaan dapat diselamatkan. Kalau peruntukannya katakannya satu juta ssetengah, separuh daripadanya boleh diselamatkan untuk mentadbiran kolej itu nanti.

    Akitek tak bertauliah itu memerhatikan saja pembinaan semula bangunan itu. Sebulan dua lagi mungkin dapat disiapkan. Tetapi dia tidak sempat menyaksikan bangunan itu disiapkan bagi fungsinya yang baru dan tidak dinamakan Markaz Tarbiyah lagi kerana secara mengejut dia dipanggil pulang ke Rahmatullah.

    Tetapi dalam masa 25 tahun terakhir ini dia bolehlah dikira bapa pembinaan markaz tarbiyah, bukan saja bagi Markaz Tarbiyah PAS Pusat yang terseregam itu tetapi markaz tarbiyah tumbuh di merata tempat untuk memberi laluan kepada umat mengembangkan agama Allah.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: