Tulang Besi – blogger celaka dan blogger luncai

oleh Tulang

Tulang Besi panggil bloggers yang pro-ulamak dalam PAS sebagai “blogger pondan”. Entah apa kriteria TB, kita tidak pasti. Cuma TB pernah sebut, ramai bloggers “pondan” ini tidak menzahirkan nama mereka sebenar.

Apa hak TB nak tahu siapa bloggers yang menulis dalam dunia siber?
Apa perlunya TB nak tahu siapa penulis sebenar dalam blog?
Adakah TB nak tahu siapa saya? Tulang.
Adakah TB nak tahu siapa yang tulis “siapa tulangbesi?” :https://tulangbesi.wordpress.com/about/
Adakah TB nak tahu siapa tulis koleksi khas tentang TB? https://tulangbesi.wordpress.com/koleksi-khas/
Adakah Tulang Besi nak siapa yang bongkar kecelakaan dan keluncaian Tulang Besi?

Adakah TB nak tahu siapa sebenarnya Batu Api, Ali Zaidan, Penembak Babi, Terengganu Freezone dan beberapa lagi yang berhujjah dengan Tulang Besi dan bloggers celaka dan bloggers luncai lain selain daripada Tulang Besi?

Kenapa Tulang Besi nak tahu sangat? Bila TB tak tahu identiti bloggers ini, maka dia gelar bloggers yang berhadapan dengannya sebagai bloggers pondan.

TB tidak peduli kandungan apa yang ditulis. Dia nak tahu siapa bloggers pro-ulamak PAS yang mematahkan tulang-tulang besi dia, hujjah dia dan temberang dia.

Kenapa TB nak tahu sangat? Nak bagi tahu Najib ke? Nak beritahu APCO ke? Nak bagi maklumat pada SB di PDRM? Nak jual maklumat ke? Nak cari duit atas angin lagi?

Dah tak cukup duit ke? Mana pergi duit derma RM10 ribu yang kononnnya nak upah peguam saman PAS? Dah masuk perut? Dah pakai duit tu in advance dan bayar kemudian? Dah berapa banyak bunga wang dari simpanan RM10 ribu di Maybank tu?

Tulang Besi….Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz panggil kamu “blogger celaka”
Tulang Besi….Tuan Guru Hj Abdul Hadi panggil kamu “blogger luncai”
sebab apa?…sebab Tulang Besi pencipta fitnah, pembawa fitnah, dan penambah fitnah dalam perjuangan Islam dan dalam masyarakat Islam di Malaysia dan di dunia ini.

Semoga Tulang Besi faham kata-kata Tuan Guru yang biasanya masin dan menjadi doa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: