Tulang Besi disingkirkan dari Perisik Rakyat

oleh Batu Api

Abdul Rahman Talib, Tulang besi @ Sluaq Dalam antara yang disebut sebagai blogger celaka atau blogger luncai dalam muktamar PAS ke-56 berlangsung di Putik baru-baru ini telah menerima satu pukulan lagi apabila Topeng Perak @ Unmasked telah menyingkirkannya daripada menjadi salah seorang editor laman Perisik-Rakyat.

Sebelum ini Abdul Raman Sluaq Dalam selalu mengemaskini laman Perisik-Rakyat malah kadang kala laman ini lebih didahulukan daripada lamannya sendiri iaitu Malaysian Waves.

Saya pernah menegur perkara ini dalam beberapa siri tulisan saya dan saya ambil satu petikan tulisan saya untuk dinilai oleh pembaca;

Akhir sekali soalan cepu emas. Kenapa artikel ini hanya disiarkan di Perisik Rakyat sahaja. Setakat ini, Rahman Seluar dalam masih belum post artikel di laman sendiri. Nak kenakan poji ke?

Anda boleh membaca keseluruhan artikel di http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/05/tulang-besi-tersilap-nyanyuk-gila-atau.html

Menurut sumber yang boleh dipercayai penyingkiran ini adalah disebabkan nasihat daripada ramai blogger-blogger yang bersama dengan Topeng Perak bagi mengekal keutuhan laman Perisik-Rakyat daripada tercemar fitnah dan pembohongan daripada Abdul Rahman @ Sluaq Dalam.

Sumber ini juga ada menyebut YB Husam sendiri semacam memberikan kata yang sama kepada TP. Imej TP perlu baik dan bersih kerana TP akan diserat untuk bekerja dengan YB Husam. Sumber ini juga mengatakan YB Husam sudah tidak lagi melayan panggilan daripada Tulang Besi @ Sluaq Dalam. Saya tidak dapat mengesahkan sumber ini 100% benar . Adalah lebih baik pembaca bertanyakan sendiri dengan Topeng Perak yang mana no. telefon ada tercatat pada blognya atau berhubung terus dengan email dan Facebooknya.

Blog Malaysian Waves terus jatuh menjunam. Analisis ini boleh di lihat di laman Cenangau.

Satu cara terbaik memastikan blogger celaka @ luncai ini benar-benar boleh dilenyapkan ialah dengan membuat kempen memboikot laman Malaysian Waves. Anda adalah dicadangkan.

1. Jangan memasuki laman ini iaitu laman malaysiawaves

2. Jangan memberikan komen pada setiap artikel yang dikeluarkan.

3. Mana-mana blog yang cintakan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memastikan link laman Malaysian Waves di keluarkan atau melainkan anda juga bersetongkol dengan si Tulang Besi @ Sluaq Dalam. Dengan ini kita boleh mengenali mana satu tali barut dalam Pakatan Rakyat.

Saya juga mendapati laman Greenboc, Edyesdotcom, TomatoSusu (dulunya Bagan Pinang) sudah tidak lagi menyiarkan link Malaysian Waves ini atas dasar ketidakpecayaan maklumat yang disampaikan. Padahal laman-laman ini adalah laman yang saya selalu kritik dalam tulisan saya. Saya belum semak berapa banyak laman sudah membuang pembohong ini.

Malah laman Bujang Susah telah menyerang Tulang Besi (Malaysian Waves) dalam artikel terbarunya yang diambil daripada penulisan saya.

Saya rasa jika kempen ini berjalan dengan baik blogger celaka ini akan menjadi kera sumbang dalam dunia siber. Gerakan Islam akan berjalan dengan baik. Teguran dan kritikan kepada pimpinan PAS boleh dilakukan dengan sewajarnya mengikut lunas-lunas yang betul agar mereka tidak menyeleweng daripada tanggungjawab yang diberikan.

Dipetik dari http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/06/topeng-perak-singkirkan-tulang-besi.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: