Tulang Besi fitnah Almarhum Ustaz Fadzil Noor

oleh Batu Api

Pada 23 Jun 2010, genaplah 8 tahun pemergian seorang tokoh pejuang Islam yang tidak asing lagi di tanah air, Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Beliau telah kembali menemui kekasihnya pada tanggal 23 Jun 2002. Semoga rohnya ditempatkan bersama para anbiya dan syuhada. Al-Fatihah…

AlMarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor pada 30 Mei 1997 telah membentangkan satu ucapan dasar pada Muktamar PAS kali ke-43, bersiap menghadapi cabaran telah membicara beberapa sudut dalam konsep memperkukuhkan jamaah dalam menghadapi cabaran antara lain menyebut tentang wala’ kepada kepimpinan.

Tiga tahun sebelumnya alMarhum juga ada menekankan dalam ucapan dasar beliau perkara yang sama dalam Tema Muktamar kali ke-40 “Ulama Teras Kepimpinan Ummah”.

Tulang Besi @ Sluaq Dalam telah membuat fitnah dan melaga-lagakan kepimpinan PAS. Dia telah menepati apa yang disebut oleh Tuan Guru Nik ABdul Aziz Nik Mat, blogger celaka.

Tidak hairanlah jika muktamar kali ini Presiden PAS ada menyebut dengan jelas dan tepat seperti mana-mana Presiden-Presiden yang lalu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mahu semua anggotanya memberikan ketaatan dan wala’ (kesetiaan) kepada parti dan pemimpinnya yang “menjalankan tugas sepanjang masa, bukannya bermusim”.

Katanya, kesemua pemimpin tersebut – yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang termasuk ulama dan profesional – dipilih sendiri oleh ahli-ahli dalam muktamarnya tahun lalu.

“Adunan ini jugalah yang memperkasakan PAS untuk memimpin negara, dengan menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam,” katanya.

Dan tepatlah sekali peringatan Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam muktamar kali ini dengan blogger celaka ini;

Berucap dalam muktamar ke-56 parti itu di Pengkalan Chepa hari ini, Abdul Hadi juga mengingatkan anggota dan pemimpinnya tidak terpedaya dan “hanyut bersama luncai di luar parti yang berkeliaran dengan labu-labunya”.

Saya terbaca satu artikel berkenaan beliau oleh Tulang Besi @ Sluaq Dalam yang bertajuk Zaman Ustaz Fadzil, Jarang Kita Dengar Wala’ Diungkapkan. Artikel ini penuh dengan fakta yang salah dan cuba menunjukkan perbezaan antara almarhum Tuan Haji Yusof Rawa dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang kesemuanya adalah Presiden PAS penyambung perjuangan Islam dan gerakan Islam.

Saya da banyak menyimpan kertas-kertas kerja beliau, tapi untuk permulaan ini saya akan fokuskan kepada ucapan Dasar yang dibuatkan oleh beliau.

Sebelum beliau, pada tahun 1988, Tuan Haji Yusof bin Abdullah Rawa yang juga Mursyidul Am dan Presiden PAS pada masa itu telah membentangkan satu ucapan Dasar yang bertemakan “Bertekad Membulatkan Jama’ah”. Dalam buku ucapan berkenaan pada muka surat 7 telah memperingkan akan ahli jamaah jangan menjadi kemucut di pertengahan jalan.

Membulatkan Jamaah sendiri telah menjurus kepada wala’ melainkan ada yang bodoh dengan perkataan ini. Wala’ walaupun tak disebut haruslah difahami melainkan jika dia ahli PAS tetapi tidak membayar yuran dan tidak pernah menghadiri mana-mana usrah atau program tarbiyyah PAS.

petikan dari http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/06/fitnah-kepada-almarhum-ustaz-fadzil.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: