Ulama muda dan Tulang Besi bersama UMNO

oleh Tulang

Minggu lepas katanya 40 ulamak muda nak masuk UMNO. Bila bedah siasat bukan 40, tapi kurang dari 40. Sila baca laporan harakahdaily.net. Sebelum itu katanya 100 orang ulamak nak masuk UMNO Jumaat lepas 25 Jun 2010. Dan ahli MT UMNO dakwa Dr Asri, bekas Mufti Perlis pun akan masuk UMNO, tapi UMNO kecewa sungguh bila Dr Asri tak muncul. Semalam Dr Asri buat kenyataan dia tidak mahu masuk mana-mana parti. Lagilah malu muka ahli MT no. 2 dalam UMNO tu. Buat cerita lebih sudu dari kuah kononnya bekas Mufti ini nak masuk UMNO 25 Jun 2010 lalu.

Tulang Besi tak mahu komen pasal ulamak muda masuk UMNO sebab dia sendiri adalah ahli Pemuda UMNO Taman Melewar. Jadi apa salah ulamak muda masuk UMNO pada pandangan Tulang Besi. Cuba baca:

1.TB sah ejen UMNO. https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/31/sah-tulang-besi-ejen-umno/

2.TB balaci UMNO https://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/03/tb-ganti-umno-serang-pas/

3.TB barua UMNO https://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/06/tb-belum-nafi-ahli-umno/

Tulang Besi BOLEH buat cerita ulamak muda masuk UMNO sebab TGHH gagal menarik mereka masuk PAS dan Ustaz Nasa yang muda juga gagal menarik ulama muda masuk PAS, sebab PAS sibok nak buat UG. Tulang Besi dan bloggers luncai seperti TP, oneGee, Adukatarakguna, zainulfaqar dan lain-lain belum habis berzikir dengan zikir UG lagi. Jadi Tulang Besi dan bloggers luncai BOLEH buat cerita UMNO sudah bersedia menerima gabungan PAS dan UMNO dalam UG sebab UMNO sudah ada ulamak yang ramai!

Tulang Besi sebenarnya terkedu melihat kurang 40 orang ulamak muda masuk UMNO, kenapa tidak 100 orang seperti yang dibanggakan sebelum ini? Mungkin Tulang Besi BOLEH kata sebabnya ialah kerana isu bola judi. Tulang Besi boleh kata, kalau UMNO-BN tidak heboh dengan lesen judi dan kontrak APCO, pasti ramai ulamak muda akan masuk UMNO! Dan mungkin PAS boleh bergabung dengan UMNO dalam kerajaan perpaduang, itulah harapan Tulang Besi.

3 Comments »

  1. pendekarlekir said

    SHAH ALAM: Empat sahabat berpendidikan tinggi agama nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

    Seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini, 27 Jun lalu.

    Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

    “Kami dibawa masuk melalui bangunan Legend Hotel sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing, turun tangga tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, lalu diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

    “Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap.

    Hosni merupakan seorang Al-Hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

    Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian MAnya di sebuah universiti tempatan.

    Anak ke tiga daripada empat beradik ini kesal dengan kejadian yang berlaku kerana masyarakat memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

    “Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

    Mengulas kejadian itu, Ustaz Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa dan berkata PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

    Sementara itu, susulan respon Umno menafikan empat mereka tidak dijemput hadiri majlis 40 ulama muda menyertai parti itu sebaliknya hanya dijemput oleh orang kuat Umno disifatkan sebagai amat melucukan.

    Menurut Hosni, satu malam sebelum itu, seorang orang kuat Umno telah memujuk beliau untuk menyertai Umno dan mengajak hadiri majlis tersebut dan kebetulan merupakan bapa kepada kawan rapatnya, beliau tidak dapat menolak jemputan itu.

    “Logiknya bagaimana kami boleh hadir jika tidak mendapat sebarang jemputan malah cara masuk juga ditipu, dari bangunan sebelah Mall, naik escalator, turun tangga, tiba-tiba muncul di Bangunan Umno.

    “Tentang hendak bersalam dengan Najib, adalah lebih munasabah saya pergi ke Kelantan bersalaman dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, itu lebih baik dari bersalaman dengan orang yang didakwa,” jelasnya.

    Ulama muda nafi tidak dijemput (Score: )
    Oleh pendekarlekir on Wednesday, June 30 @ 06:00:00 PDT

    Dalam pada itu, Hosni berkata, beliau mendapat maklumat terdapat seorang lagi lepasan
    Madinah yang dijemput ke majlis itu kerana dijemput majlis diskusi sebaliknya yang berlaku adalah penyerahan borang sertai Umno oleh beberapa orang yang digelar sebagai sebagai ulama muda yang ‘ori’.

    Katanya, seorang lagi di Perlis, Ustaz Wahab Abdullah berkata, beliau hadir untuk bertemu dengan perdana menteri bagi membersihkan nama kumpulan mereka yang dikaitkan dengan keganasan.

    “Terbukti Umno menggunakan banyak cara untuk menarik ulama muda menyertai mereka kerana jika untuk alasan biasa pasti mereka tidak didekati, lalu mereka gunakan berbagai cara,” ujarnya.

    Menjawab hasrat mereka untuk membuat laporan polis terhadap penafian beliau yang disiarkan oleh portal Harakahdaily, dua hari lalu, Hosni bersetuju, artikel tersebut langsung tidak menyebut nama orang berkenaan.

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6087&mode=thread&order=0&thold=0

  2. Ahmad Albab said

    Kes ulama muda diperangkap masuk UMNO dan agenda Wahabi nak masuk UMNO untuk mengelak dari dikenakan tindakan oleh UMNO

    Baca http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6089

  3. Dalam pada itu, Hosni berkata, beliau mendapat maklumat terdapat seorang lagi lepasanMadinah yang dijemput ke majlis itu kerana dijemput majlis diskusi sebaliknya yang berlaku adalah penyerahan borang sertai Umno oleh beberapa orang yang digelar sebagai sebagai ulama muda yang ‘ori’.
    +1

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: