Archive for August, 2010

Tulang Besi, tak apa nama “Abdul”

oleh Tulang

Tulang Besi kata dia adalah mangsa diskriminasi Amerika yang menyebabkan permohonan beliau untuk kerja di Amerika ditolak kerana namanya bermula dengan “Abdul” (Rahman).

—–mula petikan sini

Not long ago, Tulang Besi applied for a position in United States. Despite being told by the agent that Tulang Besi has a great chance of getting the job due to the fact that Tulang Besi is an alumni of an American University and has a fully functional social security number registered with the American government.

Several months had passed, yet no answer from my agent in the US. Finally, after checking with a few sources, Tulang Besi concludes that Tulang Besi is rejected outright. And, the main reason for the rejection is because Tulang Besi’s real name starts with Abdul (Abdul Rahman Abdul Talib).

If only Tulang Besi had submitted a resume without mentioning the “Abdul”, the application would have been accepted.

—-tamat perikan di sini

Tak mengapalah Tulang Besi, ingatlah bahawa rezeki itu ditangan Allah. Kadang-kadang apa yang kita nak tak dapat sebab Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk kita. Kadang Allah nak uji iman kita samada kita yakin pada Allah sebagai pemberi rezki atau manusia yang jadi pemberi rezki.

Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah. Anggaplah ia sebagai satu rahmat tak bekerja di Amerika.

Advertisements

Comments (2)

Syaitan kena penjara, TB terus menyalak

oleh Tulang

Salam Ramadan. Kita diberitahu oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahawa di bulan Ramadan, syaitan dipenjara, dan tidak ada syaitan yang akan menghasut manusia. Tetapi apabila ada manusia yang membuat hasutan dan menimbulkan provokasi serta kebencian terhadap ulamak, maka ia mewarisi kerja ‘syaitan’, ia mengganti ‘syaitan’, dan ia adalah ‘syaitan-manusia’.

TB menyalak lagi dalam laman webnya. Beliau kata

—–mula petikan
Syukur alhamdulillah. Kiranya agenda PERPADUANG lepas berjaya, necsaya YB Mahfuz tidak dapat menjalankan kempen Anti Saman Ekor beliau. Ini kerana apabila berjaya sahaja agenda PERPADUANG, semua MP PAS terpaksa mengikut kehendak kerajaan Barisan Nasional dan mempertahankan semua polisi dan sistem Barisan Nasional.
——tamat petikan

Entah apa kemaruk TB nak komen pasal PAS, kali ini beliau buat kenyataan sedemikian. Tapi kenyataan ini tidak jelas dan kelabu asap. Apa kaitan saman ekor dan perpaduan pun tak jelas. Apa pun, yang jelas ialah sifat-sifat mazmumah dalam dirinya yang sebati selama ini: dengki, iri hati, dendam, ego, gila pujian, dan sombong. Lihatlah ayat TB seterusnya

——–mula petikan
Ia juga akan memaksa PAS menyokong kesemua polisi maksiat dan kezaliman UMNO/BN selama ini. Saya bukan tak tahu, sebab utama agenda perpaduang popular di kalangan segelintir pimpinan PAS adalah kerana janji habuan dan hadiah dari UMNO yang sebegitu besar untuk mereka. Tiada kena mengena dengan orang Melayu ataupun Islam. Yang penting duit dan pangkat
———–tamat petikan

TB diingatkan bahawa bulan ini bulan puasa, kita dididik supaya mengelak membuat fitnah, dan mengelak bercakap kotor dan keji. Semoga lepas Ramadan, kita terus berhenti berbuat demikian. Semoga kamu diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.

Leave a Comment