Syaitan kena penjara, TB terus menyalak

oleh Tulang

Salam Ramadan. Kita diberitahu oleh Nabi Muhammad s.a.w. bahawa di bulan Ramadan, syaitan dipenjara, dan tidak ada syaitan yang akan menghasut manusia. Tetapi apabila ada manusia yang membuat hasutan dan menimbulkan provokasi serta kebencian terhadap ulamak, maka ia mewarisi kerja ‘syaitan’, ia mengganti ‘syaitan’, dan ia adalah ‘syaitan-manusia’.

TB menyalak lagi dalam laman webnya. Beliau kata

—–mula petikan
Syukur alhamdulillah. Kiranya agenda PERPADUANG lepas berjaya, necsaya YB Mahfuz tidak dapat menjalankan kempen Anti Saman Ekor beliau. Ini kerana apabila berjaya sahaja agenda PERPADUANG, semua MP PAS terpaksa mengikut kehendak kerajaan Barisan Nasional dan mempertahankan semua polisi dan sistem Barisan Nasional.
——tamat petikan

Entah apa kemaruk TB nak komen pasal PAS, kali ini beliau buat kenyataan sedemikian. Tapi kenyataan ini tidak jelas dan kelabu asap. Apa kaitan saman ekor dan perpaduan pun tak jelas. Apa pun, yang jelas ialah sifat-sifat mazmumah dalam dirinya yang sebati selama ini: dengki, iri hati, dendam, ego, gila pujian, dan sombong. Lihatlah ayat TB seterusnya

——–mula petikan
Ia juga akan memaksa PAS menyokong kesemua polisi maksiat dan kezaliman UMNO/BN selama ini. Saya bukan tak tahu, sebab utama agenda perpaduang popular di kalangan segelintir pimpinan PAS adalah kerana janji habuan dan hadiah dari UMNO yang sebegitu besar untuk mereka. Tiada kena mengena dengan orang Melayu ataupun Islam. Yang penting duit dan pangkat
———–tamat petikan

TB diingatkan bahawa bulan ini bulan puasa, kita dididik supaya mengelak membuat fitnah, dan mengelak bercakap kotor dan keji. Semoga lepas Ramadan, kita terus berhenti berbuat demikian. Semoga kamu diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: