TB sebelum dan selepas haji sama saja

oleh Tulang

Lama sungguh Tulang tidak menulis di blog ini kerana Tulang mengambil ‘cooling off period’ buat seketika kerana Tulang Besi juga telah ‘cool’ sekejap. Tetapi tidak semena-mena Tulang Besi panas kembali dalam blognya di malaysiawaves. Tulang Besi menulis

—– mula petikan——
Wahai Zaid, belajarlah dari Tulang Besi.

Wahai Zaid, mengapalah kamu begitu angkuh dan sombong sehingga kamu sanggup meninggalkan PKR sekaligus?

Tulang Besi sendiri mempunyai banyak masalaah dengan parti yang Tulang Besi telah menjadi ahli semenjak zaman Arwah Ustaz Yusuf Rawa menjadi Presiden. NAmun, tidak sekali-kali Tulang Besi akan meninggalkan PAS.

Ini kerana, Tulang Besi tidak menyokong PAS kerana kepimpinan mereka. Tulang Besi menyokong PAS kerana perjuangan dan pegangan hidup (akidah) Tulang Besi.

——tamat petikan —————

Tulang Besi anggap Zaid ini bodoh. Zaid ini dikatakan angkuh dan sombong. Kalau Tulang Besi ini pandai, bijak, pintar, dan yakin pada perjuangan PAS, kenapa Tulang Besi tak mahu pelawa Zaid masuk PAS saja?

Kenapa nak mengutuk Zaid keluar PKR? Apakah Tulang Besi mahu Zaid terus duduk dalam PKR? Adakah Tulang Besi yakin dengan perjuangan PKR sebagaimana Tulang Besi kononnya yakin dengan perjuangan PAS? Sunggu ironik. Sunggu melucukan logik TB.

Apa pun tahniah pada TB kerana telah berpeluang pergi menunaikan haji dan diharapkan beliau akan berubah menjadi bertambah baik dari segi mulut, hati, dan fikrahnya. Malangnya, TB tidak banyak berubah walaupun sudah pergi Mekah baru-baru ini. Harap-harap beliau sudah berhenti minum air barbican (babikan) yang menyebabkan dia mamai dalam memahami perjuangan Islam yang sebenar dan akhlak-akhlak berjamaah di dalam saf perjuangan Islam.

— petikan tambahan dari blog TB
Sebagaimana ramai orang2 PAS marahkan Tulang Besi, namun Tulang Besi tidak berhenti menegur dan mendedahkan kebobrokan segelintir pimpinan PAS yang selama ini menjadi onar dan menjalankan aktiviti2 yang menguntungkan UMNO.
—-tamat petikan

Apa yang TB buat sebenarnya menguntungkan UMNO. TB macam pencuri yang baru keluar dari rumah yang dia masuki, lantas dia menjerit, ‘pencuri’, ‘pencuri’., maka orang ramai mencari mana dia pencuri itu, rupa-rupanya, TB mengaburi tindakannya yang jahat dan licik itu. Bacalah lagi artikel lain dalam blog ini mengenai TB……siapa dia? apa ada? dan tektik TB pada bahagian atas menu blog ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: