Archive for January, 2011

TB lebih konsisten dewasa ini

oleh Tulang

Tulang ucap tahniah pada TB sekarang kerana ia kelihatan lebih konsisten membongkar kejahatan dan kemungkaran UMNO. Banyak maklumat yang TB berikan nampaknya membantu masyarakat memahami siapa sebenarnya BN dan UMNO. Alhamdulillah mungkin TB sudah faham fiqh auliyat. Bila ada ada dua kemungkaran, TB harus menangani kemungkaran yang lebih besar dan membahayakan manusia yang ramai daripada memfokus kepada kemungkaran yang kecil dan tidak melibatkan kelompok terbuka atau kelompok yang besar.

Kalau PAS asyik bongkar hal UMNO, orang ramai akan katakan bahawa memang lumrah PAS akan bongkar UMNO, UMNO akan cuba bongkar PAS.

Tetapi kalau TB bongkar, peminat-peminat TB dari UMNO akan terkedu. Akhirnya TB berjaya tukar paradigma sikap dan pemikiran mereka. Inilah yang kita harapkan TB mampu lakukan jika ia benar ikhlas mewarisi perjuangan arwah ayahnya. Semoga TB dikurnia kesabaran dalam membongkar dan terus menumbangkan BN melalui Facebook, Twitter, dan lamannya seperti bergoncangnya kerusi Ben Ali dan Hosni Mobarak. Selepas ini kita akan lihat satu demi satu negara Arab, seperti Jordan, Algeria, Yaman dan lain-lain dan akhir sekali Saudi akan melalui proses transformasi……mungkin makan masa 1-25 tahun. Sabar TB, sabar

Leave a Comment

Info antik TB

Inilah alamat rumah TB di USA dulu. Betapa antiknya alamat ini. Mungkin boleh mengingatkan TB kepada nostalgia lama. TB dikenali sebagai Rahman KC. Mungkin TB boleh jual bukti alamat ini kepada sesiapa yang tidak percaya, khususnya orang Lombok, yang dia pernah belajar di USA.

Abdul Rahman Abdul Talib
4911 Walnut St. #2
Kansas City MO 64112
Tel: 816-753-8006

Beberapa bekas pelajar dari kampus di mana TB pernah belajar ini telah menghubungi Tulang. Bukan maksud Tulang mahu bongkar kisah lama. Tapi memadai Tulang sebutkan betapa tidak konsistennya Tulang dalam pendirian dan dalam hidupnya, apatah lagi dalam bab politik. Semoga TB tinggalkan sikap opportunisnya. Dan tinggalkan sifat-sifa mazmumahnya.

Comments (1)

2010 in review

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.

Crunchy numbers

Featured image

The average container ship can carry about 4,500 containers. This blog was viewed about 20,000 times in 2010. If each view were a shipping container, your blog would have filled about 4 fully loaded ships.

In 2010, there were 111 new posts, not bad for the first year! There were 14 pictures uploaded, taking up a total of 606kb. That’s about a picture per month.

The busiest day of the year was April 29th with 406 views. The most popular post that day was Siapa dia?.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were batuapi-firestone.blogspot.com, tranungkite.net, freezoneterengganu.blogspot.com, ali-zaidan.blogspot.com, and penembakbabi.blogspot.com.

Some visitors came searching, mostly for tulang besi, tulangbesi, tulang besi wordpress, kickdafella, and malaysia waves.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

  1. Siapa dia? February 2010
  2. TB melenting sebab “Barbican” (babikan?) April 2010
  3. Apa ada? February 2010
  4. Sah! Tulang Besi ejen UMNO March 2010
  5. Tektik TB March 2010

Leave a Comment

Tulang Besi berbohong lagi

Pertemuan bukan di Terengganu – Tulang Besi @ Rahman Seluaq Dalam berbohong lagi

oleh Batu Api

Setelah hits laman Malaysia Waves jatuh teruk, populariti Rahman @ Seluaq Dalam sudah tidak lagi menjadi perhatian. Komen-komen diblognya adalah rekaan dia sendiri bagi menunjukkan masih ada pengunjung. Rahman Seluar Dalam seperti mana yang diketahui masih tidak menjawab isu wang tabung guaman yang dilarikannya bernilai lebih daripada RM10 ribu, sehingga ada yang mengatakan pergi ke Mekah semata-mata nak kaburkan orang ramai sahaja. 

Bagi saya soal dia ke Mekah biarlah Allah sahaja menentukan. Tapi dia kena bertanggungjawab dengan wang tabung guaman bernilai lebih RM10,000.00 itu. Ini soal amanah orang ramai. Masa nak minta janji macam-macam tapi selepas dapat duit, hilang, sepatah haram tak menjawab. (baca di sini dan baca juga daripada blog TB sendiri “di sini”)

Dulu dia minta derma nak balik ke Malaysia tak ada wang. Masa berhujah bukan main eksyen gajinya 6 x lebih daripada gaji exco. Dia dapat duit RM1400. RM1000 buat tambang RM400 tu entah buat apa? Saya nak tanya, dah tahu siapa yang bagi duit RM400 tu? Kalau duit saya, saya kira halal, itu sedekah kepada fakir miskin yang ‘terkempunan’ nak jadi CEO!!! (Untuk pencerahan baca artikel ini “Gaji 6 X Exco masih minta sedekah”)

Balik daripada Mekah, Tulang Besi mula buat kerja jahat lagi. Artikel dia “Perjumpaan Dalam Gelap Dgn UMNO Diteruskan oleh “Geng Perpaduang” dalam PAS” adalah dirujuk.

Terkejut saya membaca posting Facebook dari YB Abdul Fatah Haron seperti di atas. Saya tak sangka agenda “PERPADUANG” masih wujud. Kalau YB Fatah berani mengeluarkan kenyataan terbuka sebegini, ertinya maklumat ini sudah tentunya sahih dan benar.

Aktiviti perjumpaan dalam gelap sememangnya sedang diteruskan. Maklumat saya dapat dari “dalaman PAS”, ianya diteruskan dan ianya berlaku baru-baru ini di Kuala Terengganu. Perjumpaan yang berlaku sebelum Presiden pergi ke London untuk melancarkan PAS Representative Council. Perjumpaan itu telah menjemput Tok Guru Nik Aziz untuk hadzir dan beliau tiba dalam keadaan Presiden dan Timbalan Presiden sedang menunggu bersama-sama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

(Sebab apa berlaku di Kuala Terengganu, saya tak boleh terang, bahaya)

Syukur dalam perjumpaan tersebut, Tok Guru Nik Aziz telah “membasuh” semua yang hadzir dengan memberi hujjah yang mantap bahawa masalah umat Melayu di Malaysia adalah berpunca dari UMNO. ALLAHUAKBAR!!!!!!

Saya dah banyak kali cakap pasal perkara ini, biar kita dengar daripada mulut TGNA. Biar kita dengar kesahihan. Yang hangpa lebih sudu daripada kuah apa pasal. Setiap kali ada pilihan raya kecil TB akan membuat onar, berapa duit hang dapat? Lapaq sangat ke? Kalau hang betul-betul ahli PAS bayaq yuran tahun ni, ni tahun pemilihan RM3 tak kan kedekut!!! (Pencerahan baca di sini)

Nak bohong dapatlah fakta yang betul, hang percayai si Fatah tu. Bagi urus pilihan raya semuanya lingkup. Tak ada persiapan. iKUT APA YANG tERFIKIR (IT), baca artikel aku“Kekalahan PAS di Galas kerana terlalu guna IT?”

Itu aku belum lagi nak dedahkan Post Mortem GALAS, terkencing si Fatah nanti!!

Untuk makluman hangpa, TGNA ada dua orang anak yang tinggal di Terengganu. Seorang yang baru kahwin. Jadi pertemuan yang engkau kata pertemuan 6 orang itu sebenarnya adalah pertemuan antara TGNA dengan TGHH yang berbincang pasal persiapan pertemuan yang dihebohkan ini.

Oleh itu untuk maklumat engkau, TGNA dan TGHH telah bersepakat bersetuju untuk menghadiri pertemuan yang engkau orang kata pertemuan UG!!! TGNA dah jadi penyokong UG kot?

Saya ulang sekali lagi pertemua itu bukan di Terengganu. Faham!!! Berhujah biarlah ada fakta, kalau nak buat fitnah pun jangan bodoh sangat!!! Cerita-cerita sensasi yang TGNA tak tahu itu adalah cerita jahat oleh mereka yang ada dendam dan hasad dengki!

Aku baru dedah sedikit, aku masih tak mahu mendahului kepimpinan. Biarlah TGNA cakap sendiri biar semua orang puas hati. Dengar cerita daripada TB @ Seluaq dalam macam cerita tamil.

Tak hairan bagaimana Zulkifli Noordin, Zaid Ibrahim dll lagi dulu begitu baik dengan DS Anwar Ibrahim ahirnya menjadi musuh yang banyak mengecam DSAI. Sama juga dengan Kicdefella.

Tulang Besi @ Rahman Seluaq Dalam tak diberikan jawatan CEO oleh Dr Hassan Ali akhir menjadi duri dalam daging PAS, menyerang dan menabur fitnah. Sudah hilang pertimbangan, sudah tidak kenal dosa dan pahala.

Pasal itu nasihat cerdik pandai, kita diminta untuk meminta hidayat Allah s.w.t. agar kita selamat

Dipetik dari: http://batuapi-firestone.blogspot.com/2011/01/pertemuan-bukan-di-terengganu-tulang.html

Leave a Comment

Tulang Besi menyalak semula

oleh Tulang

Setelah sekian lama TB senyap seribu bahasa dalam blognya, malaysiawaves, dalam bulan Disember lalu, beliau menyalak semula dengan isu-isu lama dan basi. Bau benda basi biasanya kuat untuk menarik perhatian orang tetapi baunya mual macam nak muntah. Tapi itulah cara TB ingin menarik orang ramai masuk ke blognya.Menyalak seperti an…g adalah satu cara untuk dapatkan perhatian dari orang keliling.

Dalam blognnya, 6 entri mengenai isu basi disebutkan dalam bulan Disember. Nampak TB sudah desperado. TB imbas semula isu basi, “kerajaan perpaduang” yang telah berkubur sekian lama, tiba-tiba TB bangkitkan isu ini semula seperti membangkitkan cerita pontianak sundal malam. Inilah publisiti murahan TB sekarang untuk mendapat perhatian. Al maklumlah kita PRU 13 hampir tiba, TB mencari ruang untuk ditarik ke dalam senarai calon PKR agaknya. Mungkin TB sudah dengar kabar angin bahwa 3-4 orang PKR Selangor akan melompat masuk ke dalam BN/UMNO. Dengan itu, peluang untuk TB jadi calon semakin cerah.

TB, kalau kamu nak jadi calon PRU ke 13, mohonlah pada Anwar Ibrahim secara gentleman, tak payahlah nak serang PAS, pimpinan PAS, dan ahli PAS; tak payahlah nak tunjuk konon PKR lebih baik dari PAS. Serang ajalah UMNO dan kuncu-kuncunya supaya Anwar yakin kamu TB adalah orang selama ini dicari oleh PKR untuk melawan UMNO bukan melawan PAS. Kamu sendiri tahu, kamu TB adalah liabiliti dalam PAS bukannya aset dalam PAS. Jangan tuduh orang hipokrit sedangkan kamu sebenarnya hipokrit. Tulang tidak fikir PAS akan terima kamu sebagai calon PAS untuk PRU ke 13 walaupun kamu rapat dengan beberapa bekas pimpinan JIM dalam PAS dan rapat dengan golongan PAS berwajah baru.

Semoga Allah zahirkan yang batil itu batil dan yang benar itu benar tidak lama lagi.

Leave a Comment