Tulang Besi berbohong lagi

Pertemuan bukan di Terengganu – Tulang Besi @ Rahman Seluaq Dalam berbohong lagi

oleh Batu Api

Setelah hits laman Malaysia Waves jatuh teruk, populariti Rahman @ Seluaq Dalam sudah tidak lagi menjadi perhatian. Komen-komen diblognya adalah rekaan dia sendiri bagi menunjukkan masih ada pengunjung. Rahman Seluar Dalam seperti mana yang diketahui masih tidak menjawab isu wang tabung guaman yang dilarikannya bernilai lebih daripada RM10 ribu, sehingga ada yang mengatakan pergi ke Mekah semata-mata nak kaburkan orang ramai sahaja. 

Bagi saya soal dia ke Mekah biarlah Allah sahaja menentukan. Tapi dia kena bertanggungjawab dengan wang tabung guaman bernilai lebih RM10,000.00 itu. Ini soal amanah orang ramai. Masa nak minta janji macam-macam tapi selepas dapat duit, hilang, sepatah haram tak menjawab. (baca di sini dan baca juga daripada blog TB sendiri “di sini”)

Dulu dia minta derma nak balik ke Malaysia tak ada wang. Masa berhujah bukan main eksyen gajinya 6 x lebih daripada gaji exco. Dia dapat duit RM1400. RM1000 buat tambang RM400 tu entah buat apa? Saya nak tanya, dah tahu siapa yang bagi duit RM400 tu? Kalau duit saya, saya kira halal, itu sedekah kepada fakir miskin yang ‘terkempunan’ nak jadi CEO!!! (Untuk pencerahan baca artikel ini “Gaji 6 X Exco masih minta sedekah”)

Balik daripada Mekah, Tulang Besi mula buat kerja jahat lagi. Artikel dia “Perjumpaan Dalam Gelap Dgn UMNO Diteruskan oleh “Geng Perpaduang” dalam PAS” adalah dirujuk.

Terkejut saya membaca posting Facebook dari YB Abdul Fatah Haron seperti di atas. Saya tak sangka agenda “PERPADUANG” masih wujud. Kalau YB Fatah berani mengeluarkan kenyataan terbuka sebegini, ertinya maklumat ini sudah tentunya sahih dan benar.

Aktiviti perjumpaan dalam gelap sememangnya sedang diteruskan. Maklumat saya dapat dari “dalaman PAS”, ianya diteruskan dan ianya berlaku baru-baru ini di Kuala Terengganu. Perjumpaan yang berlaku sebelum Presiden pergi ke London untuk melancarkan PAS Representative Council. Perjumpaan itu telah menjemput Tok Guru Nik Aziz untuk hadzir dan beliau tiba dalam keadaan Presiden dan Timbalan Presiden sedang menunggu bersama-sama Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

(Sebab apa berlaku di Kuala Terengganu, saya tak boleh terang, bahaya)

Syukur dalam perjumpaan tersebut, Tok Guru Nik Aziz telah “membasuh” semua yang hadzir dengan memberi hujjah yang mantap bahawa masalah umat Melayu di Malaysia adalah berpunca dari UMNO. ALLAHUAKBAR!!!!!!

Saya dah banyak kali cakap pasal perkara ini, biar kita dengar daripada mulut TGNA. Biar kita dengar kesahihan. Yang hangpa lebih sudu daripada kuah apa pasal. Setiap kali ada pilihan raya kecil TB akan membuat onar, berapa duit hang dapat? Lapaq sangat ke? Kalau hang betul-betul ahli PAS bayaq yuran tahun ni, ni tahun pemilihan RM3 tak kan kedekut!!! (Pencerahan baca di sini)

Nak bohong dapatlah fakta yang betul, hang percayai si Fatah tu. Bagi urus pilihan raya semuanya lingkup. Tak ada persiapan. iKUT APA YANG tERFIKIR (IT), baca artikel aku“Kekalahan PAS di Galas kerana terlalu guna IT?”

Itu aku belum lagi nak dedahkan Post Mortem GALAS, terkencing si Fatah nanti!!

Untuk makluman hangpa, TGNA ada dua orang anak yang tinggal di Terengganu. Seorang yang baru kahwin. Jadi pertemuan yang engkau kata pertemuan 6 orang itu sebenarnya adalah pertemuan antara TGNA dengan TGHH yang berbincang pasal persiapan pertemuan yang dihebohkan ini.

Oleh itu untuk maklumat engkau, TGNA dan TGHH telah bersepakat bersetuju untuk menghadiri pertemuan yang engkau orang kata pertemuan UG!!! TGNA dah jadi penyokong UG kot?

Saya ulang sekali lagi pertemua itu bukan di Terengganu. Faham!!! Berhujah biarlah ada fakta, kalau nak buat fitnah pun jangan bodoh sangat!!! Cerita-cerita sensasi yang TGNA tak tahu itu adalah cerita jahat oleh mereka yang ada dendam dan hasad dengki!

Aku baru dedah sedikit, aku masih tak mahu mendahului kepimpinan. Biarlah TGNA cakap sendiri biar semua orang puas hati. Dengar cerita daripada TB @ Seluaq dalam macam cerita tamil.

Tak hairan bagaimana Zulkifli Noordin, Zaid Ibrahim dll lagi dulu begitu baik dengan DS Anwar Ibrahim ahirnya menjadi musuh yang banyak mengecam DSAI. Sama juga dengan Kicdefella.

Tulang Besi @ Rahman Seluaq Dalam tak diberikan jawatan CEO oleh Dr Hassan Ali akhir menjadi duri dalam daging PAS, menyerang dan menabur fitnah. Sudah hilang pertimbangan, sudah tidak kenal dosa dan pahala.

Pasal itu nasihat cerdik pandai, kita diminta untuk meminta hidayat Allah s.w.t. agar kita selamat

Dipetik dari: http://batuapi-firestone.blogspot.com/2011/01/pertemuan-bukan-di-terengganu-tulang.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: