TB lebih konsisten dewasa ini

oleh Tulang

Tulang ucap tahniah pada TB sekarang kerana ia kelihatan lebih konsisten membongkar kejahatan dan kemungkaran UMNO. Banyak maklumat yang TB berikan nampaknya membantu masyarakat memahami siapa sebenarnya BN dan UMNO. Alhamdulillah mungkin TB sudah faham fiqh auliyat. Bila ada ada dua kemungkaran, TB harus menangani kemungkaran yang lebih besar dan membahayakan manusia yang ramai daripada memfokus kepada kemungkaran yang kecil dan tidak melibatkan kelompok terbuka atau kelompok yang besar.

Kalau PAS asyik bongkar hal UMNO, orang ramai akan katakan bahawa memang lumrah PAS akan bongkar UMNO, UMNO akan cuba bongkar PAS.

Tetapi kalau TB bongkar, peminat-peminat TB dari UMNO akan terkedu. Akhirnya TB berjaya tukar paradigma sikap dan pemikiran mereka. Inilah yang kita harapkan TB mampu lakukan jika ia benar ikhlas mewarisi perjuangan arwah ayahnya. Semoga TB dikurnia kesabaran dalam membongkar dan terus menumbangkan BN melalui Facebook, Twitter, dan lamannya seperti bergoncangnya kerusi Ben Ali dan Hosni Mobarak. Selepas ini kita akan lihat satu demi satu negara Arab, seperti Jordan, Algeria, Yaman dan lain-lain dan akhir sekali Saudi akan melalui proses transformasi……mungkin makan masa 1-25 tahun. Sabar TB, sabar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: