TB berlidah jahat semula

oleh Tulang

Setelah hampir dua bulan Tulang Besi tidak bercabang lidah, kini lidahnya bercabang semula. Dalam satu minggu ini, tidak kurang 4 rencananya menyerang PAS. Sasarannya ialah Presiden PAS, Dato’ Seri Haji Hadi Awang, Timb. Presiden Ustaz Nasaruddin, dan beberapa pimpinan PAS Terengganu.

Kalau ada orang PAS yang masih sokong dan junjung TB lidah bercabang menghina ulama ini, eloklah mereka tarik balik borang keahlian PAS.

Seperti Tulang katakan sebelum ini, TB adalah ejen UMNO bertopengkan Islam dan wajah PAS, tetapi mengintai mencari kerusi di dalam PKR. Menjelang Muktamar PAS tahun ini yang akan melangsungkan pemilihan jawatankuasa kerja PAS Pusat untuk sesi 2011-2013, maka TB samada diupah atau atas kehendak hatinya sendiri yang penuh dengan dendam kesumat terhadap pimpinan PAS, beliau akan laga-lagakan ahli-ahli PAS dan pimpinan-pimpinan PAS.

Tulang percaya ahli PAS yang kemas fikrah dan faham sejarah serta matang dalam selok belok dan sepak terajang api dalam sekam, ana-anai bawah lantai, gunting dalam lipatan, atau telunjuk lurus kelingking berkait seperti Tulang Besi ini, ahli PAS akan dapat tangani lontaran fitnah Tulang Besi dengan bijaksana. Oleh kerana pemilihan JK baru dalam PAS di peringkat Kawasan dan Pusat akan berlangsung tidak lama lagi, maka “Tulang Besi strikes again”. TB akan terus menyerang sehinggalah pemilihan JK PAS Pusat berakhir dalam Muktamar. Dendam lamanya mahukan “kumpulan PAS perlu berwajah baru” menerajui pimpinan PAS Pusat dan Negeri akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk fitnah akan berlaku dalam masa yang dekat. Bacalah “siapa dia” di menu atas.

Kalau sudah sampai tahap orang seperti Tulang Besi yang menghina ulama, merendahkan-rendahkan perjuangan Islam, menimbulkan huru hara dan kelamkabut dalam saf di medan tempur, maka tidak mustahil ada orang yang simpati pada PAS, walaupun dia bukan ahli PAS, yang akan “kerjakan” Tulang Besi ejen lidah bercabang yang sedang berusaha menghancurkan gerakan Islam di Malaysia. Beliau bukan seorang diri tetapi dibantu oleh musuh-musuh gerakan Islam di Malaysia dan di luar Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: