Tulang Besi buat fitnah macam Rahim Tamby Chik

oleh Tulang

Bila DUN Sarawak dibubarkan dan PRU Sarawak diumum, maka timbul video seks kononnye mengenai Anwar Ibrahim ciptaan Rahim Tamby Chik serta konco-konconya. Menjadi kelaziman pimpinan tertinggi UMNO dan penasihat UMNO (Tun M) memaksa orang bermasalah dalam UMNO untuk letupkan sesuatu bagi memusnahkan karakter pimpinan Pakatan Rakyat. Rahim Tamby Chik memang sinonim dengan “seks”, “perempuan” dan sex maniac. Rahim Tamby Chik tidak seorang diri. Beliau ada dalang yang mengarahkannya.

Entah macamana tiba-tiba Tulang Besi, entah dibayar oleh siapa, atau mendapat arahan siapa, mula menabur fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat dari PAS. Beliau secara terus terang menyerang Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS, dan Ketua Dewan Ulamak PAS. TB juga menyerang Dato’ Mustapha Ali, SU Agung PAS Pusat dan Ustaz Nasaruddin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat serta SU Majlus Syura Ulama’ PAS Pusat.

Tulang Besi juga membuat tuduhan khinzir buta tanpa bukti yang jelas dan hanya melontarkan “taik” pada muka pimpinan PAS ini, dan kemudian meminta pimpinan PAS membersihkan “taik” itu dari wajah masing-masing dengan cara menuntut pimpinan PAS ini memberi penjelasan terhadap tuduhan yang dibuat oleh TB laknatullah. Tektik ini sama dengan Rahim Thamby Chik dan talibarutnya melontar video seks atau ‘taik” pada muka Anwar Ibrahim dan menuntut Anwar menafikan skandal seks itu atau Anwar harus meletakkan jawatannya dari PKR. Inilah tektik Tun M satu masa dulu, lontar ‘taik” dulu sebagai suatu bentuk “character assassination” dan kalau nasibnya baik, musuh jatuh tertiarap dan tewas,tetapi kalau nasib tidak baik, dia akan kata dia belum ada bukti dan akan mendapatkan bukti.

TB juga kini menyerang Dr. Hassan Ali, orang yang pernah menjadi pujaan oleh TB satu masa dulu kerana TB mahukan jawatan dalam negeri Selangor. Apabila gagal mendapat habuan dari Hassan Ali, beliau berpusing tumit dan menyerang Hassan Ali. Kali ini beliau menabur fitnah bahawa Dr Hassan Ali beri kontrak kelas F pada orang UMNO. Inilah fitnah baru Tulang Besi yang masih berdendam dengan Dr. Hassan Ali. Dendam kesumatnya dan niat jahat Tulang Besi tidak pernah luntur.

Mengapa TB buat kerja celaka memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat dari PAS ketika ini? Ia adalah kerana pemilihan JK PAS Kerja Pusat dan JK PAS di semua peringkat akan berlangsung tidak lama lagi dalam Muktamar Dewan-Dewan dan Muktamar PAS Pusat. Maka Tulang Besi akan tabur paku fitnah dan lidah munafiknya kepada umum dan kepada ahli PAS khususnya untuk menjatuhkan pimpinan PAS yang sedia ada dengan melaga-lagakan pimpinan PAS berwajah baru. Beliau berharap dengan fitnah-fitnah ini, PAS akan menjadi porak peranda dan akhirnya memenangkan semula UMNO kerana beliau secar diam-diam adalah ahli UMNO Taman Melewar.

TB mengaku kononnya beliau adalah ahli PAS, tetapi beliau tidak membayar yuran bertahun-tahun dan kemudian menyerang serta memburuk-burukkan pimpinan PAS dan ahli PAS serta PAS secara umum. Apa yang beliau dapat? Pastinya ada habuan dunia di sebalik semua ini. Masakah TB mahu huat kerja percuma! Kalau Gobala boleh terima habuan dunia, Ezam boleh terima habuan dunia, masakan TB tidak mahu terima habuan dunia ketikan sumber kewangannya tidak pernah kukuh dan hutangnya keliling pinggang. TB bukan bodoh tetapi beliau adalah oportunis.

Tulang sudah bongkar siapa sebenar Tulang Besi ini kerana Tulang tahu Tulang Besi ini akan menjadi duri dalam daging dan nangka busuk dalam PAS. Bacahlah ruangan di bawah ini untuk tahu

“siapa dia” https://tulangbesi.wordpress.com/about/,
‘apa ada” https://tulangbesi.wordpress.com/apa-ada/
“tektik TB” https://tulangbesi.wordpress.com/apa-tektik-serangan-tb/ dan
“koleksi khas” https://tulangbesi.wordpress.com/koleksi-khas/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: