TB berbaju hijau, berkepala sekular, berhati syaitan

oleh Tulang

Seperti yang dijangka Tulang Besi atau TB@Rahman Talib akan terus buat fitnah menjelang Pemilihan JK PAS Pusat yang akan berlangsung di dalam Muktamar Tahunan PAS pada 3 Jun 2011 ini. Dalam blog TB bertarikh 18 Mei 2011, TB membuat fitnah bahawa nama YB Dr Dzulkefli Ahmad tidak ada dalam senarai pencalonan sedangkan dalam Harakahdaily bertarikh 17 Mei 2011 http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3326-presiden-pas-kekal-6-layak-tanding-timbalan , nama YB Dr Dzulkefly ada dalam senarai berkenaan.

Apakah TB tidak membaca? Apakah TB tidak buat homework seperti masa lalu? Apakah TB tidak tahu membaca? Atau tidak ada akses ke Internet pada 17 Mei 2011?

Tidak cukup dengan fitnah itu, TB buat tuduhan khinzir buta bahawa kononnya ini satu konspirasi

Memang sah bahawa Tulang Besi ini busuk perut sampai ke usus sepertimana Tun Mahathir kata UMNO ini busuk perut sampai ke usus.

Wahai Tulang Besi, berhentilah buat fitnah atas PAS. Tak payah bersumpah macam Dato’ Eskay lagi seperti mana Tulang Besi pernah bersumpah laknat sebelum ini di dalam blognya setahun yang lalu.

Tak ada untungnya Tulang Besi buat fitnah jahat ini kecuali alfulus fiddunia walmampus fi akhirat. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua supaya melihat fitnah itu fitnah.

oleh Tulang

Kita tidak terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Tulang Besi dalam blognya malaysiawave hari ini 24 Mei apabila beliau secara biadab dan penuh dendam menyebut “Adapun Ustaz Nasa, beliau bakal dibuang bak sampah. Beliau telah mengkhianati kawan-kawan beliau untuk bersama dengan mereka yang memusuhi beliau. Semua demi agenda PERPADUANG dan perancangan beliau untuk membawa PAS bersama UMNO”

Kalau pembaca meneliti artikel-artikel dalam blog ini, pembaca akan dapat memahami motivasi yang mendorong TB membenci Ustaz Nasaruddin. Untuk makluman ringkas, Ustaz Nasaruddin telah didesak oleh kumpulan erdogan supaya bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar di Kelantan pada 2007 bagi mengenepikan Almarhum Ustaz Hassan Shukri yang merupakan Timbalan Presiden PAS ketika itu. Kumpulan erdogan, yang didokong oleh TB merangkap lidah erdogan, gembira kalau Ustaz Nasaruddin menang ketika itu kerana mereka menyangka mereka boleh “mengawal” dan “mempengaruhi” Ustaz Nasaruddin melalui “remote control” mereka.

Sangkaan mereka menyimpang sama sekali. Ustaz Nasaruddin tidak mudah dipengaruhi oleh kumpulan erdogan. Banyak agenda kumpulan erdogan terbantut kerana Ustaz Nasaruddin tidak mahu mengikut telunjuk kumpulan erdogan. Apatah lagi apabila Dato’ KJ yang dikatakan menjadi proksi DSAI dalam PAS juga tidak lagi menjadi SU Agung PAS selepas 2009, maka suara dan ruang erdogan untuk membawa agenda mereka dalam PAS menjadi buntu. Keadan menjadi lebih rumit apabila SU Politik Presiden bukan daripada golongan erdogan sepertimana yang mereka pernah cadangkan kepada Presiden.

Dengan itu kumpulan erdogan berusaha bagi menggantikan Ustaz Nasaruddin melalui kempen yang begitu dahsyat dalam sejarah PAS selepas kempen menjatuhkan Almarhum Ustaz Hassan Shukri, dan mereka juga berusaha bagi menaikkan Dato’ Husam Musa sebagai Timbalan Presiden PAS untuk menggantikan Ustaz Nasaruddin pada Muktamar 2009. Harapan mereka, jika Ustaz Nasaruddin kalah ketika itu, maka mereka berjaya mencipta sejarah bahawa Timbalan Presiden tidak semestinya dari kalangan orang berpendidikan agama. Bagi mereka, gagasan kepimpinan ulama dalam PAS harus dihapuskan secara perlahan. Jika mereka berjaya meletakkan Timbalan Presiden PAS dari bukan ulamak, maka selepas ini Presiden PAS juga boleh dipilih dari kumpulan bukan berpendidikan agama. Tetapi Allah Maha Mengetahui dan Maha Kaya. Cubaan mereka gagal apabila Dato’ Husam Musa gagal mendapat undi yang besar dalam pertandingan jawatan no. 2 di Muktamar 2009.

Kumpulan erdogan tidak pernah putus asa. Kini kumpulan erdogan berkempen untuk memenangkan Mat Sabu dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini. Apa yang penting ialah siapa sahaja ulamak untuk jawatan no. 2 dalam PAS mesti dikalahkan dalam sesi kali ini. Kumpulan erdogan berkempen untuk memenangkan Mat Sabu walaupun mereka pernah marah dan geram terhadap Mat Sabu kerana memecahkan undi Dato’ Husam Musa dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan no. 2 di Muktamar 2009 hingga menyebabkan Dato’ Husam Musa tewas bersama Mat Sabu bagi merebut jawatan no. 2 tersebut. Kumpulan erdogan tahu Dato’ Husam Musa bukan calon terbaik untuk jawatan Timbalan Presiden kerana “rekod hitam” tahun lalu melibatkan “hubungan misteri” antara Dato’ Husam Musa dengan blogger Kickdafella yang kena “kicked out” oleh kerajaan Kelantan.

Kali ini Mat Sabu merasa selesa dan gah apabila mendapat tahu beliau mendapat bilangan pencalonan yang agak besar juga untuk jawatan Timbalan Presiden dalam Muktamar 2011. Tetapi Mohamad Sabu mungkin terlupa akan agenda kumpulan erdogan untuk membuang gagasan ulamak dari kepimpinan tertinggi PAS iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Para simpati dan penyokong Mat Sabu juga mungkin terlepas pandang akan agenda tersirat kumpulan erdogan ini dalam PAS. Adakah Mat Sabu akan tertipu dengan keghairannya melihat pencalonan yang banyak dan desakan serta sokongan yang hebat dari ahli PAS khususnya kumpulan erdogan? Adakah Mat Sabu akan terjebak dalam permainan politik erdogan dan menjadi S.S.?

Kumpulan erdogan menjadi keliru dan terkedu sebentar apabila Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim menyatakan kesediannya untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar 2011. Inilah yang tidak disenangi oleh Tulang Besi yang menjadi jurucakap kumpulan erdogan. Tulang Besi menyatakan: “Tiada langsung di kepala mereka perasaan sayangkan parti ataupun memikirkan perasaan pengundi-pengundi yang mahukan PAS berwajah “kontemporari” atau “waqi'” Bagi mereka, yang penting adalah jawatan Timbalan Presiden mesti pergi pada orang berpendidikan agama tidak kira sebelum ini orang yang berpendidikan agama telah gagal membahu tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden.” Itulah suara Tulang Besi yang juga suara erdogan dalam PAS.

Kenyataan Tulang Besi mewakili suara erdogan bahawa mereka tidak mahu ulamak memegang jawatan Timbalan Presiden tetapi mereka mahukan tokoh “kontemporari” yang bermaksud tokoh bukan dari kalangan berpendidikan agama. Dalam ertika kata lain, Ustaz Nasarudin dan Dato’ Ustaz Tuan tidak diperlukan lagi kerana golongan ulamak telah “gagal” pada mata kumpulan erdogan dan Tulang Besi.

Maka Tulang Besi yang lidah bercabang, bercakap seperti jaguh soal agama, konon prihatin terhadap PAS, tetapi dalam masa yang sama menabur fitnah dan tuduhan khinzir buta terhadap Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin, Dato Harun Taib, Dato Mustafa Ali, dan Dato’ Hassan Ali sebelum ini jelas menunjukkan kejahatan dan kemungkaran Tulang Besi terhadap PAS dan kepimpinan ulamak PAS. Tulang Besi berbaju hijau, berkepala sekular (ular), dan berhati syaitan.

Kepada pembaca sekelian, khususnya ahli PAS dan simpati PAS, jika anda ingin tahu siapa Tulang Besi, apa statusnya, apa latabelakangnya, apa misinya, anda boleh teliti artikel dalam blog ini secara menyeluruh.

Semoga Allah zahirkan yang benar itu benar dan yang batil itu batil.

1 Comment »

  1. ahli pas amerika said

    TB dan endorgan ini selalu guna modal kerajaan perpaduan atau UG bila berhujjah. Memang puak yang bermodalkan tuduhan kononnya dalam pas ada golongan kerajaan perpaduang ini tak siuman. tak guna layan orang gila pangkat dan orang yang nak tukar kepimpinan ulamak kepada kumpulan bukan ulamak supaya PAS jadi macam UMNO dan PKR. mereka sebenarnya mahukan PAS jadi macam UMNO. Kalau dah pimpinan ummah bukan di bawah ulamak di dalam PAS, maka tak ada beza PAS dengan UMNO. itulah bodohnya puak2 endorgan tu walaupun mereka belajar tinggi. mereka belajar tinggi dan pandai dalam ilmu mereka tetapi belum tentu pandai dalam perjuangan dan haraki. tapi itulah kadang bila belajar tinggi, mereka lupa daratan dan menjadi ego serta ingat mereka pandai dalam semua benda. tulang besi ni belajar sampai USA tapi sombong, bongkak dan tak sedar diri. saya ingat dia berkopiah hijau, tapi kepala dan hati macam UMNO juga…penuh dengan hipokrit

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: