Sudah dijangka TB mula kempen untuk erdogan

oleh Tulang

Hari ini sahlah jangkaan Tulang bahawa TB akan guna lidah bercabangnya. 6 Mei yang lalu, kita ada sebut bahawa TB diam sekejap  https://tulangbesi.wordpress.com/2011/05/06/tb-diam-sekejap-komen-pemilihan-jk-pas-pusat/, kemudian bila hampir dengan Muktamar TB akan menyalak semula dan kita nyatakan pada 18 Mei https://tulangbesi.wordpress.com/2011/05/18/sudah-dijangka-tulang-besi-akan-buat-fitnah/

Semalam kita kata https://tulangbesi.wordpress.com/2011/05/25/tb-beriman-dengan-blogger-umno/ sebab TB rujuk blog UMNO untuk hentam PAS. Sebelum ini dia hentam UMNO, tapi bila sampai ahli PAS nak pertahankan ulamak dalam pimpinan PAS, dia guna kenyataan UMNO untuk hentam PAS. Memang pembelit betul.

Hari ini 26 Mei TB tulis dua artikel, yang satu dia puji Mat Sabu dan sokong Mat Sabu dan dia kononnya simpati pada Mat Sabu sebab TB tidak mahu ulamak menang dalam jawatan Naib Presiden. Malah dia tak mahu Ulama pegang Dewan Pemuda. Artikel satu lagi menghentam Ustaz Idris, Ustaz Nasarudin Tantawi dan pemilihan Pemuda PAS yang mengekalkan ulamak sebagai waris kepimpiman.

Kenapa TB ni anti-ulamak? Dia tak faham ke beza antara ulamak dunia dan ulamak akhirat atau ulama dunia akhirat? Kenapa dia marah sangat ulama mendapat tempat dalam PAS? Apa masalahnya? Tulang Besi ni tak faham ke ulamak adalah waris anbiya? Kenapa Tulang Besi ni dengki dengan ulamak? Nampaknya TB ni mewarisi penyakit UMNO benci ulamak; penyakit Yahudi benci ulama; penyakit Amerika benci golongan berserban; dan penyakit hati yang dia tak tahu ada penyakit hati dalam dirinya dan Allah tambahkan lagi penyakit itu hingga dia buta melihat petunjuk dan kebenaran.

TB dan erdogan cuba berselindung disebalik Mat Sabu; mereka menyatakan mereka bersama Mat Sabu. Mentor TB, Dr Dzul terang-terang kata dia bersama Mat Sabu semalam dalam kenyataan terbukannya kerana nak menangkan Mat Sabu supaya ulamak tidak kuasai pimpinan PAS. Bagaimana seorang pemimpin tertinggi dalam PAS boleh bercakap begini? Pelik bin ajaib. Tok Guru sebagai model pemimpin pun  tak pernah kata begitu secara terbuka. Ini macam declare war against ulamak ni.

Sedangkan Mat Sabu tak ada pula berpakat dengan erdogan, malah penglibatan Mat Sabu dalam pertandingan jawatan no. 2 dalam Muktamar 2009 ialah untuk memecahkan undi YB Husam supaya erdogan tidak kuasai pimpinan PAS. Kali ini Mat Sabu bertanding lagi bukan kerana mahu memecahkan undi untuk menghalang erdogan, tetapi kerana “percaya bilangan pencalonan” yang besar itu meyakinkan beliau untuk bertanding merebut jawatan no. 2. Samada Mat Sabu sedar atau tidak bahawa bilangan pencalonan yang besar itu adalah termasuk pencalonan dari kelompok erdogan atas arahan/pengaruh erdogan kepada Kawasan-Kawasan supaya mencalonkan Mat Sabu kali ini dan bukan YB Husam.

Semua plot ini diketahui dan diorkestrakan oleh beberapa orang dari erdogan termasuklah TULANG BESI. Hebat tak hebat TB ini, dia sanggup jadi “punching bag” asalkan ulamak tidak menang dalam PAS kali ini, esok, dan selamanya dalam PAS.

Itulah misi TB, mengadu-domba, melaga-melagakan, menimbulkan fitnah dan tuduhan ke atas ulamak termasuklah ke atas Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Tantawi dan anak Tuan Guru Ustaz Abd Hadi, iaitu Zaharudin Abd Hadi yang Tulang Besi panggil  Din Ayam dengan tujuan menghina!

TB tidak tahu bahawa Ustaz Nasaruddin mendapat pencalonan jauh lebih tinggi daripada yang TB jangka. Dewan Pemuda Kawasan yang banyak mahukan Ustaz Nasarudin Tantawi, bukan atas kehendak Ustaz Nasarudin. Dengki ke TB? Yang si TB ini, yuran ahli PAS pun tak bayar, tak perlulah berlagak lebih suduh dari kuah.

Kenapa TB dengki dengan Ustaz Idris? Kenapa fitnah Ustaz Idris kononya pergi pujuka Ustaz Nasarudin supaya terus janga undur dari jawatan Ketua Pemuda? Banyak Pemuda PAS Kawasan mencalonkan Ustaz Nasaruddin. Kenapa dengki pada Ustaz Idris?  Kenapa dengki dengan Ustaz Tuan Ibrahim? Kenapa dengki dengan Ustaz Harun Din? Kenapa dengki dengan Ustaz-Ustaz lain yang bersama ulamak dalam PAS? Apa masalah TB? Itulah kita dah kata, Tulang Besi berbaju hijau, berkepada ular, berhati syaitan.https://tulangbesi.wordpress.com/2011/05/24/tb-berbaju-hijau-berkepala-sekular-berhati-syaitan/

Inilah anak saudara pimpinan sosialis, yang terbukti akhirnya beliau mewarisi sifat anti-ulamak seperti mana Kassim Ahmad.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: