TB menzahirkan siapa lagi erdogan dalam PAS

oleh Tulang

Semakin dekat dengan hari Muktamar semakin terserlah ahli erdogan dalam PAS yang dizahirkan oleh Tulang Besi dalam blognya hari ini 27 Mei 2011. Terima kasih Tulang Besi.

Pada tahun lalu, TB telah menzahirkan siapa erdogan dalam JK Kerja PAS Pusat.  https://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/17/tb-jual-nama-erdogan/. Kini TB menzahirkan pula siapa erdogan dalam Dewan Pemuda PAS Pusat.

Setelah membaca keseluruhan artikel TB hari ini 27 Mei 2011 di dalam blog TB,   orang yang meneliti perkembangan erdogan akan dapat memahami secara menyeluruh bahawa maklumat yang ditulis dalam blog TB kali ini menunjukkan minit mesyuarat mahupun maklumat perbincangan dalam Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Pusat BOCOR kepada TB! Samada bocor melalui minit mesyuarat DPPP atau maklumat lisan/bertulis yang diberikan kepada TB, secara langsung atau tidak langsung, ini adalah suatu PENGKHINATAN! Informantitu adalah pembelot dalam DPPP. Pemuda PAS patut menghukum informant yang belot dan khianat ini.

Terima kasih TB menzahirkan pembelot itu dari kalangan erdogan dalam DPPP. Persoalannya siapainformant TB dalam DPPP? Pembaca sudah boleh agak siapa informant yang dimaksudkan itu di dalam DPPP. Bukan satu orang erdogan dalam DPPP  tetapi ada tiga empat orang yang pasti.  Pemuda lebih tahu siapa orang erdogan ini melalui lengggang lenggok mereka dalam parti. Dulu di zaman YB Dato’ Mahfuz dan YB Salahudin, tidak ada Pemuda yang berani membocorkan maklumat kepada orang luar dari JK DPPP. Bukan mereka takut, tetapi mereka bersatu hati dan wala’ kepada pimpinan meskipun pimpinan itu bukan ulamak. Itulah akhlak dalam berjamaah yang ditunjukkan oleh AJK yang lepas.

Pada tahun lalu, TB pernah mempamerkan maklumat perbincangan dari Mesyuarat JK Kerja PAS Pusat dalam beberapa siri tulisannya di malaysiawave.  Bagaimana Tulang Besi boleh tahu apa yang dibincangkan dalam Mesyuarat JK Kerja PAS Pusat kalau tidak ada informant yang menyampaikan kepada TB? Kita telah menulis hal ini tahun lalu  https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/20/tb-akan-bocor-rahsia-erdogan/. Apakah kerana  ahli (atau ahli-ahli) JK Kerja PAS Pusat berkenaan tidak dapat bersuara secara terbuka lalu memberikan maklumat kepada TB untuk diletupkan dalam Internet agar mereka dapat melepaskan geram dan marah mereka kepada pimpinan ulamak?

Kini dalam Dewan Pemuda PAS Pusat juga sudah ada informant dalam kalangan erdogan yang tidak segan silu menyampaikan kandungan perbincangan mesyuarat kerja DPPP di dalam usrah dan pertemuaan dengan ahli biasa yang bukan AJK DPPP. Bukan itu sahaja, malah ada beberapa AJK DPPP yang berani melontarkan kandungan perbincangan mesyuarat DPPP ke dalam blog, samada secara langsung atau tidak langsung.

Nampaknya perancangan erdogan untuk menguasai sayap kanan PAS yang menjadi kilang pengkaderan ulamak muda dalam PAS sudah mula terserlah. TB secara tidak langsung menyampaikan mesej kepada kita bahawa kumpulan erdogan yang didokongnya kini sudah meresap masuk ke dalam DPPP bagi memastikan Ketua DPPP tidak berlu berpindidikan agama. Orang seperti YB Firdaus juga boleh jadi Ketua Pemuda, dan TB melagakan antara YB Fidaus dengan Suhaizan yang tuduh oleh TB dipermainkan oleh ahli Pemuda,  dan TB berkempen bagi pihak erdogan untuk memenangkan YB Fidaus sebagai Timbalan Ketua Pemuda dalam blognya. Kemudian rakan-rakan dalam kelompok bloggers celaka akan kutip lontaran itu dan disebarkan ke dalam Internet sehingga pembaca menjadi sesask nafas membacanya.

Dalam kempen TB,  beliau menyerang kumpulan ulamak dalam DPPP. Ustaz Azman Shapawi dan Ustaz Nik Abduh menjadi sasarannya disamping nama Ustaz Idris yang menjadi mentor kepada pengkaderan ulamak muda dalam DPPP.

Kini kumpulan erdogan sudah berani secara terbuka menyuarakan mereka mahu reformasi dalam kepimpinan PAS. Dalam satu majlis Forum bertajuk Pemilihan 2011: Mampukah PAS Membuat Lonjakan 24 Mei 2011,  adalah siri kempen terbuka bagi mengemukakan barisan erdogan untuk AJK PAS Pusat yang baru dan mereka mengutarakan idea erdogan untuk membawa reformasi dalam PAS.  Antara panelis forum ialah Dr Dzulkifly Ahmad, ahli Parlimen Kuala Selangor dan bekas pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam dan Datuk Kamaruddin Jaafar, ahli Parlimen Tumpat, yang disenaraikan oleh Tulang Besi sebagai orang erdogan.  YB Dr. Dzul secara terbuka menyatakan PAS perlu kepada reformis dan reformasi. Siapa reformis yang dimaksudkan kalau bukan erdogan. Apa pula reformasi yang dimaksudkan kalau bukan menukar tubuh badan pimpinan PAS dari kepimpinan ulama kepada suatu PAS BERWAJAH BARU iaitu “kepimpinan kontemporari”. Dan yang peliknya YB Dr Dzul memberi “signal” kepada perwakilan bahawa beliau menyokong Mat Sabu secara terbuka. Dato’ KJ juga turut beri “signal” yang sama. Belum ada pimpinan PAS membuat AMALAN INI (menyatakan sokongan terbuka) dalam majlis rasmi dan terbuka secara langsung! Kita percaya ahli panel di sini yang layak menjadi perwakilan juga berkempen untuk Mat Sabu. Tulang Besi kutip modal ini untuk dimeriahkan dalam blognya.

Dalam satu forum membahaskan buku PAS BERWAJAH BARU di Shah Alam lebih dua bulan lalu, kumpulan erdogan gagal mengemukakan maksud reformasi dan wajah baru yang memuaskan hati penonton dan pendengar. Bagi erdogan, wajah baru itu ialah tukar tubuh badan manusia kepada tubuh badan manusia lain, bukannya wajah pemikiran, sikap, strategi, fikrah, dan peningkatan perjuangan.

Kumpulan erdogan juga telah “menggunakan” pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari untuk mengiakan idea gagasan erdogan sehingga Aziz Bari membuat kenyataan kurang ajar bahawa TG Hj Abdul Hadi adalah liabiliti kepada PAS hanyalah kerana semata-mata PAS tewas dalam Pilihanraya Umum Negeri Sarawak baru-baru ini.  Apakah pencalonan tunggal TGHA sebagai Presiden kali ini mencerminkan TGHA satu liabiliti? Professor, jangan malukan diri sendiri kalau tidak cukup buat homework atau research.

Tahun lepas Aziz Bari membuat kenyataan yang kontroversi terhadap PAS kononnya PAS mahu bergabung dalam UMNO melalui usaha beberapa pimpinan tertinggi PAS tetapi sehingga hari ini beliau gagal memberikan BUKTI YANG JELAS kecuali andaian dan gosip serta khabar angin yang tidak pasti yang diterimanya dari kumpulan erdogan. Lalu wakil erdogan di Kelantan membisikkan kepada TGNA bahawa mana mungkin seorang Professor boleh buat kenyataan “PAS nak masuk UMNO” kecuali Professor itu ada maklumat yang jitu dan tepat! Merah padam wajah TGNA. Maka berlakulah pergeseran sekejap antara TGNA dan Timbalan Presiden. Inilah angkara konspirasi erdogan tahun lalu.

Bertolak dari andaian dan gosip serta khabar angin yang tidak pasti inilah bloggers celaka kutip dan semarakkan api fitnah dalam saf pimpinan PAS dan PAS itu sendiri sehingga suasana menjadi kelam kabut seketika. Banyak ahli PAS yang tak faham wayang kulit yang dimainkan oleh dalang-dalang di belakang layar putih PAS.  Api kemarahan dan asap kekeliruan mula muncul dalam PAS. Tulang Besi juga turut menambah minyak tanah bersama Cybertrooper UMNO (yang dibayar oleh UMNO) dalam api kecil yang sedang membesar ketika itu  untuk mengwujudkan keadaan tidak stabil di semua peringkat dalam PAS.  Suasana menjadi tambah kelamkabut apabila 10 BUDAK HTAM tiba-tiba muncul di Parlimen menyatakan protes terhadap usaha Presiden PAS yang kononnya mahu “bergabung dengan UMNO” sedangkan Presiden PAS belum lagi membentangkan kertas konsep dan gagasan kerajaan perpaduan yang disebut dalam Muktamar 2009.

10 BUDAK HITAM yang terdiri dari 8 orang erdogan dan 2 bukan erdogan tapi terperangkap dalam kegelojohan itu memprotes perkara yang mereka sendiri belum baca atau dengar secara jelas dari Presiden! Lebih tidak senonoh apabila 10 BUDAK HITAM lakukan protes dalam Sidang Media di Parlimen ketika “bapa” kepada BUDAK HITAM ini “tiada di rumah” atau tiada dalam negara kerana berada di Eropah ketika itu. Memang betullah kata orang tua, budak-budak kat rumah tak boleh dibiar begitu sahaja tanpa ada pengasuh.

TETAPI ALLAH MAHA KAYA. PAS selamat dengan izin ALLAH selepas satu sesi perbincangan ilmiah terbuka  dibuat di Markas PAS Taman Melewar dengan menjemput Aziz Bari memberi pandangannya secara gentleman. Malang Aziz Bari mencemarkan dirinya sebagai ahli akademik wibawa kerana gagal memberi BUKTI YANG TIDAK BOLEH DIRAGUKAN. “Bukti” yang dibekalkan oleh Aziz Bari ketika itu tidak jelas dan hanya samar-samar dan beliau menegaskan selepas sesi itu, beliau tak mahu komen lagi tentang PAS dan akan komen tentang MCA! Samada kecewa atau malu atau gagal atau apa sekalipun, kita biarkan Aziz Bari menyimpan hal itu dalam dirinya. Malang berterusan, komennya tentang MCA yang bergelumang dengan korupsi gagal mendapat tempat dalam akhbar dan media elektronik secara meluas.

Tetapi Tulang Besi yang berkelulusan ijazah dari Amerika dan anak saudara kepada seorang tokoh sosialis terkenal di Malaysia dan anak kepada seorang ahli PAS di zaman 80an, mengambil kesempatan memainkan isu yang terhasil dari perancangan erdogan dalam PAS.  Apa yang jelas sehingga setakat ini suara Tulang Besi ADALAH suara erdogan! Kempen erdogan semakin rancak menjelang Muktamar PAS yang akan berlangsung dari 1-2 Jun oleh Dewan-Dewan dan 3-5 Jun oleh Muktamar PAS Pusat.

Semoga Allah akan zahirkan yang benar itu benar dan yang batil itu batil!

Bacaan ringan: https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/03/nu%E2%80%99aim-bin-mas%E2%80%99ud-seorang-yahudi-lebih-baik-dan-lebih-mulia-daripada-tulang-besi/

https://tulangbesi.wordpress.com/2010/02/24/mengapa-tb-marah-pada-mustafa-ali/

https://tulangbesi.wordpress.com/2010/02/27/kenapa-tb-marah-pada-ust-nasaruddin-mat-isa/

Antara pujaan TB dalam DPPP https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/01/tb-suka-ambil-kesempatan/

4 Comments »

  1. fzt said

    segala agenda mesyuarat pas pusat sudah dipost kedalam alam maya. apa yang mahu dikatakan lagi. memang ada manusia berkepala 8 dalam pas sekarang. dan komen sumbang masih berluasa dlm pas. sampaikan adukatakguna pun menggunakan semua berita yg hampir sohih kedalam blog, sifat amanah sudah tiada lagi. ini lah yang paling disukai oleh umno dan puak bangang dalam pas

  2. PAS UK said

    Saya dengar kabar isu perbicangan dalam DPPP ni bocor dalam usrah di UK dan dalam Facebook. Cuba cek Facebook Wan Ji atau One G. Siapa yang bagi maklumat pada Wan Ji yang juga kawan Tulang Besi? Siapa ahli DPPP yang pergi UK temani isterinya?

  3. UK Hizbi said

    Saya percaya orang itu ialah Dolah Karim yang mengkritik Ustaz Tuan Ibrahim, selaku Pengerusi JK Disiplin, yang memutuskan YB KS digantung 6 bulan dan YB HA diberi amaran. Dolah tidak puas hati. Dan Dolah bersama TB memprotes UG dan memprotes keputusan amal jamaie oleh JK Disiplin parti. Sayang orang muda yang gelojoh, musta’jilun

  4. pahang said

    petikan dari http://selamatkanpahang.blogspot.com/2011/06/siapa-dedahkan-mesyuarat-pas-pahang.html

    Saya terkejut besar apabila sebuah blog yang satu ketika dulu terkenal mentohmah ‘Presiden PAS mahu bawa masuk Umno’ mendapat maklumat berkaitan perjalanan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang.

    Dalam postingnya bertajuk “Dato’ Tuan Ibrahim Lebih Diperlukan di Pahang Dari Di Pusat”, Tulang Besi yang berkempen untuk Mohamad Sabu mendedahkan seolah-olah calon Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ditentang oleh Ahli Badan Perhubungan PAS Pahang sendiri untuk bertanding, pada mesyuarat Perhubungan yang baru lepas.

    Tulang Besi (@Tb Rahman Talib) menulis: “Di dalam mesyuarat tersebut, seorang veteran PAS yang amat dikenali oleh orang2 lama PAS Pahang, mempersoalkan tindakan Tuan Ibrahim menerima pencalonan Timbalan Presiden PAS Pusat tanpa berbincang dengan Perhubungan PAS Pahang.”

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: