TB masih minum barbican lagi ke?

oleh Tulang

Bloggers celaka sinonim dengan barbican, satu jenis minuman yang dikategorikan sebagai “halal beer”.  Pada tahun lalu isu barbican ini timbul bukan sangat kerana air minuman itu tetapi bloggers celaka sering bertemu di sebuah kedai bagi merancang bagaimana nak jatuhkan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan isu kerajaan perpaduan. Baca ini: https://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/10/tb-melenting-sebab-barbican-babikan/

Sambil minum barbican (sebutan bahasa Melayu, babi kan?), mereka berpakat siapa nak lontar dulu isu UG atau kerajaan perpaduan tahun lalu dan siapa nak kutip dan komen kemudian letupkan dalam banyak blog di sana sini. Mereka berpakat macamana nak  calarkan imej kepimpinan ulamak dan pimpinan PAS Terengganu.

Mereka juga berpakat untuk sokong kumpulan erdogan. Mereka buat pertemuan dengan YB Khalid Samad untuk dapat maklumat. YB Khalid Samad kata dia dapat info dari abang dia yang UMNO YB Dato’ Shahril Samad yang kata ada pimpinan tertinggi PAS berbicang dalam gelap jumpa pimpinan tertinggi UMNO nak bawa PAS masuk UMNO.  Maklumlah Shahril Samad kan duduk dalam Majlis Tertinggi UMNO, jadi info itu dianggap munasabahlah. Lantas erdogan Kelantan kutip info yang samar-samar itu dan beri pada TGNA. Erdogan Kelantan  sebar info yang samar pada anak-anak buahnya. Hampir seluruhPAS Kelantan marah pada TGHH dan Timbalannya. Dalam masa yang sama bloggers celaka mainkan isu UG dan kerajaan perpaduan dalam Internet selama 6 bulan sampailah kepada kemuncak Ustaz Nasharuddin terpaksa pergi minta maaf dengan TGNA dalam isu UG ini dan sehingga YB Fatah selaku Pengarah PRK tidak beri ruang pada TGHH dan Timbalannya turun ke PRK Manir Urai. Dahsyat betul permainan bloggers celaka ini. Akibatnya undi PAS di Manik Urai merosot! Kita teringat lirik lagu bangau-oh-bangau bila menilai kisah ini.

Hatta, Prof. Aziz dicucuk erdorgan supaya muncul dan buat kenyataan menuduh ada pimpinan tertinggi PAS nak bawa PAS masuk UMNO, dan pimpinan tertinggi ini harus dipecat.  Lagi sekali erdogan Kelantan kutip kenyataan seorang profesor hebat ini dan berikan pada TGNA. Apa lagi meletuplah dan panaslah kisah kerajaan perpaduan. Mujurlah dengan izin Allah apabila berlaku isu angkara Kickdafella di Kelantan barulah erdogan Kelantan diam hingga hari ini. Baca lagi di sini https://tulangbesi.wordpress.com/2011/05/27/tb-menzahirkan-siapa-lagi-endorgan-dalam-pas/

Begitulah gara-gara penangan air barbican yang diminum oleh puak bloggers celaka yang menimbulkan fitnah dalam PAS bagi melaga-lagakan ahli PAS dan menjatuhkan imej ulamak. Tulang Besi@Rahman Talib Wan Ji, Dzulfakar, Penarik Beca, Topeng Perak, Task Force 13, AdukaTruna, Kickdafella dan beberapa lagi bloggers celaka memainkan peranan penting dalam usaha jahat in. . https://tulangbesi.wordpress.com/2010/06/20/tulang-besi-blogger-celaka-dan-blogger-luncai/

Isu bir halal ini dibahaskan oleh beberapa blogger lain seperti Penembak Babi, Batu Api, Frezone Terengganu,  dan Ali Zaidan. Blogger ini menggelar bloggers celaka sebagai kumpulan usrah barbican.

Dulu kita kata air minuman barbican ini jatuh dalam kategori hukum syubahat. Tulang Besi kata Arab kat Dubai dan Mekah pun minum air barbican. Bila kita minta bukti, Tulang Besi tak boleh bagi bukti yang air itu halal. Bila kita minta fatwa dari Mufti UAE dan Saudi, Tulang Besi gagal beri bukti. Dia nak minum juga barbican bersama kumpulan usrah bloggers celaka. Nak minum minumlah. Kita cuma ingatkan saja.

Akibat minum air barbican inilah yang menjadikan Tulang Besi dan bloggers celaka jadi anti-ulama PAS.

Nah hari ini Albanjari menulis dalam blognya:

———————————–mula

http://albanjarionline.blogspot.com/2011/05/panas-berapi-sapa-nak-jawab-barbican.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+AlbanjariOnlineV2+%28%3A%3A+albanjari+online+V2+|%29

Barbican ada alkohol!

Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol

—————————————tamat

Baca lagi beberapa posting mengenai perbicangan air barbican dan kumpulan usrah barbican

Siapa Tulang Besi @ Abdul Rahman Talib sebenarnya?
24 March 2010
…  saya baca tulisan dalam bloq Penembak Babi mengenai Usrah Barbican, saya menjadi mengerti dan akur bahawa Pak Bakaq adalah naqib usrah …  Wan Ji. Saya berkesempatan untuk memamparkan gambar Usrah Barbican yang lebih besar yang dikenali sebagai usrah umum yang dihadiri oleh …
TB belum nafi dia ejen UMNO
6 April 2010
…  dan kumpulan usrah minuman “arak” barbican kini menunggu arahan untuk serangan seterusnya, mungkin selepas penamaan calon PRK Hulu Selangor atau selepas itu. Usrah barbican? …
10 April 2010
…  ini tulangbesi telah marah kepada penembak babi kerana isu barbican, penembakbabi rupanya orang tranung, kalau tidak tulangbesi tidak akan mengamuk dan mengatakan barbican tiada ditulis dalam bahasa tranung. rupanya bahasa tranung ni dipakai …
10 April 2010
…  kisah bloggers celaka buat usrah di kedai minum dan minum barbican. TB kata dalam laman webnya. ——————- Ada seekor …  rendah dari babi. Mamat ni sengaja guna nama “Puak Barbican” sebab nak bagi kiasan kononnya blogger-blogger anti UG ni rapat …
10 April 2010
…  sini dengan tajuk Siri Menjawab Tomahan Bodoh: “USRAH BARBICAN” Tulang Besi @ Seluaq Dalam tak payah besar-besarkan isu Usrah Barbican. Usrah Barbican boleh dibuat ditempat yang tertutup.
15 April 2010
…  sebab demam 2 minggu lepas belum baik.  Eloklah mionum barbican (beer halal) yang TB suka sangat sampai dai kata jumpa barbican tu kat Mekah  https://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/10/tb-melenting-sebab-barbican-babikan  Dalam keadaan separuh mamai sebab minum barbican (beer  halal) …
17 April 2010
…  termasuk duit minyak dan tambang teksi, duit belanja barbican (arak halal) dan makan-makan sama bloggers celaka, duit derma untuk …
27 April 2010
…  sebab sikap tamak dan rakusnya). Mungkin kesan minuman barbican belum habis lagi dalam diri TB, maka dalam keadaan mamai, TB membuat …
8 May 2010
…  kepada hadirin yang hadir dalam kuliah agama. kalau kuliah barbican aku tak tahu le ada sebut ke tidak, tengah mabuk pun sebut pun mana …
8 May 2010
…  ke dalam kepala dan tubuhnya samada dia minum arak halal barbican atau tidak. Syaitah sudah suka sama TB. Kini TB serang lagi ulama …  masa tu. Bila TB lahir dan dewasa serta minum arak halal barbican, dia terus mamai dan meracau yang kononnya PAS tidak menentang judi …

3 Comments »

  1. tulangbesi said

    dari FZT
    http://freezoneterengganu.blogspot.com/2011/05/arak-barican-haram.html

    Minuman kebangaan ularmak kepala lutut rupanya haram, barbican mengandungi 5% dari kandungan yang dibenarkan oleh oleh majlis fatwa. Ini bermakna beer halal yang selalu diminum oleh puak puak reform bangang tidak halal, dan aku mula rasa patutlah tulisan mereka seperti orang mabuk dalam kelab malam.
    Pembongkaran tidak halal dilalukan oleh Majlis Agama Johor. Oleh kerana kesan mabuk yang berpanjang kerana meminum beer halal ini blogger reform boleh melalut apa saja. Maulana ularmamak kepala lutut membuat komen kepada tok guru harun din sebagai ularmamak kepala lutut rupanya dalam keadaan mabuk rupanya. Mabuk secara kecil kecilan.

    Segala tulisan mereka selama ini berada dalam keadaan mabuk. Tak apa nanti ularmamak kepala lutut akan menghalalkan apa yang haram. Pasti ada uslub uslub tertentu yang boleh menghalalkan minuman kebangaaan puak puak reform. Bangga gila dapat minum beer halal akhir menjadi beer haram. Dengan pelajaran dan ilmu dan kehebatan ularmamak kepala lutut pasti perkara ini dapat dibereskan.

    Puak puak reform pasti muntah kedarah dulu hari ini. Sebelum ularmamak kepala lutut mencari nas nas yang boleh menghalalkannya. Muktamar PAS makin dekat dan makin mabuklah puak puak reform untuk menulis dan semakin laku le beer halal diminum dan semakin laku nasik arab. Perbincangan tepi longkang akan terus hangat. Kutipan berita semakin diperhebatkan. Utusan dan mengulas sengitnya pertandingan tahun ini.

  2. tulangbesi said

    Ada 2 orang hantar email pada Tulang marah-marah sebab Tulang paparkan isu air barbican yang dilaporkan oleh JAJ kepada JAKIM supaya ambil tidakan ke atas minuman yang ada alkohol 0.5% ini. Mereka tak marah pasal isu Tulang Besi dan mainan politik Tulang Besi, tapi mereka marah sebab air itu sepatutnya tidak haram, dan satu daripada mereka komen bahawa tidak adil Tulang masukkan link yang menunjukkan cara buat air barbican dengan memasukkan whisky itu. Katanya ada juga cara lain orang proses air barbican tanpa alkohol. Bagi Tulang, bukan isu proses air barbican, tetapi isu di sini ialah tentang bloggers celaka yang buat usrah barbican. Isu halal atau haram tentang air ini, wajar ditanya pada Jab. Islam Johor dan JAKIM dan bukan tanya Tulang. Tulang bukan mufti. Cuma Tulang kata, kalau sesuatu itu samar-samar dan ada syak wasangka, maka ia boleh dikategorikan sebagai syubahat, dan Tulang tak kata haram, Tulang kata, mengikut Syeihk Yusuf Qardawi, syubahat itu lebih dekat pada yang haram dari yang halal. Bagaimana pun Tulang ucap terima kasih pada penghangtar email kerana peka terhadap isu halal dan haram.

  3. Ahli PAS bawahan said

    BERSETUJU betul saya supaya penggunaan istilah ‘bir halal’ dihentikan sebab perkataan tersebut tidak sesuai dan boleh mengelirukan umat Islam.

    Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, ‘bir’ secara umum diketahui umat Islam adalah haram, dan tentu sekali tidak munasabah digunakan kepada minuman yang tidak beralkohol.

    (Rujuk di sini)

    Saya pun hairan mengapa ada pihak yang pakai istilah ‘bir’ untuk minuman yang dijual kepada orang Islam. Kalau sudah tahu minuman tersebut tidak beralkohol, kenapa hendak panggil ‘bir’?

    Bagi kita ‘bir’ termasuk dalam kategori arak. Seluruh planet bumi tahu – seperti yang ditegaskan dalam al-Quran – bahawa arak adalah haram, dan minum arak adalah salah satu dosa besar.

    Tentulah mengaibkan jika dikatakan orang Islam di Malaysia, termasuk para ustaz, minum bir. Orang pun boleh keliru dan bertanya mengapa Jakim halalkan bir?

    * MUNGKIN ada pihak yang memang suka dengan istilah ‘bir’. Sama ada disedari atau tidak negara kita telah menghalalkan bir sejak berpuluh tahun lalu, iaitu ‘rut bir’ atau dalam istilah asalnya ‘roots beer’, sejenis minuman tanpa alkohol yang begitu popular. Saya sendiri sebagai Islam tulen telah meneguk ‘bir’ tersebut tiga empat tempayan sejak zaman remaja.

    Apa pendapat Jamil Khir dalam hal ini? Saya cadangkan istilah ‘bir’ pada ‘rut bir’ dibuang, dan minuman kegemaran ramai itu disebut hanya ‘rut’.

    Sekiranya ‘rut bir’ boleh terus digunakan, nanti ada orang lain yang taasub dengan istilah ‘bir’ ambil kesempatan lalu mencipta minuman tanpa alkohol dan menamakan ‘tebu bir’, ‘tembikai bir’, ‘longan bir’, ‘sirap bir’.

    Alangkah aibnya Islam sekiranya setiap gerai, kedai, restoran menjual lebih banyak minuman bir dari minuman jenis lain. Lucu juga sekiranya majlis kenduri tahlil pun dihidangkan ‘bir’ sebagai penghilang dahaga.

    * BERCAKAP mengenai istilah yang mengelirukan Islam, sebenarnya bukan setakat ‘bir’. Makanan segera kegemaran ramai ‘hot dog’ pun boleh mengelirukan. Macam mana orang Islam boleh makan ‘anjing panas’?

    Opah di kampung Hulu Muar mesti terkejut, malah mungkin pengsan, apabila mendapat tahu cucunya yang baru jadi orang KL sudah pandai makan ‘anjing panas’, dan mula minum ‘bir’.

    Satu lagi istilah yang pada hemat saya sengaja digunakan oleh pihak tertentu untuk mengelirukan orang Islam ialah ‘bacon’. Buka mana-mana kamus Inggeris, istilah tersebut bermaksud ‘daging babi’.

    Oxford English Dictionary menyebut ‘bacon’ sebagai ‘salted or smoked meat from a pig’, atau ‘daging babi yang dibubuh garam atau disalai’. Sama seperti arak, babi pun ditegaskan dalam al-Quran sebagai haram.

    Tetapi sekarang ‘bacon’ telah dihidangkan kepada umum, termasuk kepada orang Islam, secara terbuka baik di restoran, hotel dan tempat-tempat makan eksklusif. Orang Islam pun makan ‘babi’.

    Pihak restoran, hotel dan kedai kek menggunakan istilah ‘bacon’, seperti ‘beef bacon’, ‘chicken bacon’. Mungkin tidak lama lagi akan ada pula ‘arnab bacon’, ‘tenggiri bacon’, ‘patin bacon’, ‘belut bacon’.

    Mengapa perlu guna istilah ‘bacon’ untuk daging lembu, ayam dan sebagainya? Apakah tidak boleh gunakan ‘daging lembu salai’ atau ‘ayam salai’. ‘Bacon’ memang daging babi, kenapa hendak dikaitkan dengan lembu atau ayam?

    Inilah yang orang kata ‘mengada-ngada’, atau ‘pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar’. Molek sekali pihak berkuasa agama Islam, khasnya Jakim, melarang penggunaan istilah ‘bacon’ untuk daging halal yang dijual kepada pengguna Islam.

    * AKHIR kalam, tidak sahaja istilah asing, istilah tempatan juga hendak dikelirukan. Contoh, tidak lama dulu ada pihak dengan idea ‘amat bergeliga’ hendak menjual ‘bak kut teh’ untuk pengguna Islam.

    ‘Satu Malaya’ tahu bahawa istilah ‘Bak kut teh’ bererti ‘sup babi’, iaitu makanan kegemaran orang Cina. Mana boleh orang Islam makan babi? Konon, nama ‘bak kut teh’ hendak dikekalkan, cuma bahannya bukan dari babi tetapi dari daging halal seperti lembu, kambing, ayam dan sebagainya.
    Apabila ustaz pun minum bir…

    dari http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6305

    Tidakkah pelik, bodoh, lagi mengelirukan pakai nama ‘sup babi’ tetapi guna bahan daging lembu? Ini betul-betul kes ‘gila-gila babi’.

    Syabas kepada NGO-NGO Islam juga Jakim yang peka dan menolak idea kartun ini. Kalau tidak nanti media barat yang anti Islam akan menghina kita dengan tajuk berita ‘Islam di Malaysia makan sup babi’.

    Sumber Sinar Harian

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: