Tulang Besi tak banyak bantu Mat Sabu

oleh Tulang

Tulang Bes atau TB@Rahman Talibi tiada pilihan kecuali kempen untuk Mat Sabu bagi jawatan Timbalan Presiden. Pada Muktamar lalu beliau asyik kempen untuk YB Husam dan hentam Mat Sabu dan Ustaz Nasharuddin. Kali ini TB kempen untuk Mat Sabu tetapi tidak bersungguh-sungguh. Kenapa?

Sebelum Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man membuat pusingan U untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, Tulang Besi dan erdogan amat gembira kerana mereka banyak “menyokong dan mencalonkan” Mat Sabu melalui Kawasan dan Dewan-Dewan bagi menjatuhkan Ustaz Nasharuddin yang dianggap degil dan tidak mahu bersama agenda erdogan.

Tetapi apabila Ustaz Tuan bersetuju untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, Tulang Besi dan kumpulan pujaannya iaitu erdogan agar terkesima, terkedu, terkilan, dan tertelan air liur kerana undi Ustaz Tuan akan pecahkan undi Mat Sabu dan undi Ustaz Nasharuddin.

Tetapi hakikatnya Tulang Besi tidak kempen besar-besaran terhadap Mat Sabu dalam blog. Tulisannya mengenai Mat Sabu agak ringkas seperti melepas batuk di tangga. Sebenarnya Tulang Besi dan puak erdogan tahu Mat Sabu bukan pilihan terbaik kerana kemenangan Mat Sabu akan menyulitkan usaha bagi menyokong DSAI untuk menjadi Perdana Menteri.

Ahli PAS dan erdogan tahu Mat Sabu adalah rakan karib DSAI dulu semasa zaman belajar, sama-sama berdemo pada 1974 membangkitkan kesedaran rakyat terhadap rakyat miskin yang tertindas di Baling. Mat Sabu merengkok dalam penjara dan kena buang dari ITM, tetapi apabila keluar penjara, Mat Sabu masuk PAS.

Manakala DSAI, apabila keluar dari penjara,  masuk UMNO selama 16 tahun. Kemasukannya dalam UMNO memecahkan golongan muda dalam gerakan Islam kepada beberapa serpihan. Maka lahirlah golongan muda Melayu Islam  yang bersama IRC dan Suara Islam di England kerana tidak bersetuju dengan ABIM yang mengikut bayang DSAI dalam UMNO. IRC dan Suara Islam juga tidak mahu menyokong PAS tetapi Hizbi Islami di England terus menyokong PAS. Di Amerika, MISG yang dianggotai oleh pelajar Melayu yang cintakan perjuangan Islam pecah menjadi 5 kumpulan serpihan selepas DSAI masuk UMNO, dan serpihan yang paling besar menubuhkan Hizbollah, kemudian menjadi Hizbi Islami sebelum ditubuhkan secara rasmi menjadi MISNA pada tahun 1990. MISNA menyatakan sokongan terbuka kepada perjuangan Islam yang didokong oleh PAS, manakala MISG menyatakan sokongan kepada UMNO kerana DSAI berada dalam UMNO ketika itu.

Kemudian majoriti bekas IRC dan MISG masuk JIM,  dan ada yang masuk UMNO dan kekal dalam UMNO seperti Dato’ Dr. Fuad Zakarshi bekas MISG dan ada yang keluar dari UMNO dan masuk PKR.  Setelah itu apabila pimpinan JIM masuk PAS dan PKR, ahli JIM pecah kepada serpihan menjadi ISMA dan IKRAM. Tapi walaupun berpisah badan, mereka tidak berpisah jiwa. Dalam agenda politik, meskipun mereka dalam PAS atau PKR, mereka tetap menyokong DSAI. Slogan “politik bersama PAS, jamaah masing-masing” masih kental dalam diri mereka. Ertinya bekas-bekas pelajar di England dan Amerika ini tahu siapa erdogan dalam PAS dan PKR dan tahu kenapa si erdogan A dan B masuk PKR dan tak masuk PAS,  dan  tahu kenapa si erdogan C dan D masuk PAS dan tak masuk PKR.

Susulan itu, erdogan samada dalam PAS atau PKR akan pastikan kerusi-kerusi untuk calon Pilihanraya Umum sejak 2000, 2004, dan 2008 mesti diisi oleh orang erdogan. Kalau menang, maka erdogan akan ada di tampuk yang tinggi tak kira samada dalam PAS atau PKR. TB menjadi sukarela untuk mempercepatkan misi dan kempen ini. Dalam PRU ke 13 juga, erdogan akan pastikan orang erdogan memenuhi sebanyak mungkin kerusi dalam PAS dan PKR walaupun mereka tahu YB Azmin adalah faktor yang boleh menghalang dan menerima.

Bagi Mat Sabu, dia sudah memaafkan DSAI apabila DSAI dicampak keluar oleh UMNO pada tahun 1997  dan apabila AlMarhum Ustaz Fadzil Nor boleh menerima kembali DSAI dalam pangkuan persahabatan dan pangkuan gerakan Islam di Malaysia. Tetapi, kata pepatah Inggeris “I can forgive, but I cannot forget”. Kata pepatah Melayu “luka boleh diubat, tetapi parut tetap ada”. Begitulah kedudukan Mat Sabu. Tulang Besi tahu Mat Sabu tidak sejiwa lagi dengan DSAI. Mat Sabu belum tentu boleh besama dalam agenda peribadi DSAI yang disokong oleh erdogan.

Mat Sabu boleh bersama dalam agenda politik bersama DSAI kalau ia menguntungkan PAS. Tetapi Tulang Besi dan edorgan tahu, Mat Sabu TIDAK ADA KAITAN DENGAN ERDOGAN, tetapi Tulang Besi dan erdogan mengambil kesempatan atas situasi pertandingan sengit jawatan no. 2 dalam PAS kali ini. Tulang Besi dan edorgan tahu kalau Mat Sabu menang sebagai Timbalan Presiden PAS sekalipun, belum tentu misi erdogan dalam PAS dan PKR akan berjalan lancar.

Tetapi yang penting bagi Tulang Besi dan edorgan ialah jatuhkan dulu kepimpinan ulamak di tempat no. 2 dalam PAS, kemudian sekaligus, jawatan no. 1 akan berubah kepada bukan ulama secara beransur-ansur. Hal ini disebutkan secara terbuka  oleh YB Khalid dan erdogan lain dalam Forum 24 Mei 2011 yang lepas.

Kita pecaya Ustaz Nasharuddin bersedia untuk menang dan bersedia untuk tewas. Bagi Ustaz Nasharuddin, dia berjuang kerana Allah bukan kerana habuan dunia atau habuan yang ditawarkan oleh erdogan. Ustaz Nasharuddin tetap bersama pimpinan ulamak dan ahli-ahli PAS yang ikhlas berjuang dalam PAS dan wala’nya tidak berbelah bagi kepada PAS. Hubungan dengan PKR dan DAP atau UMNO hanyalah hubungan politik bukan hubungan jiwa dan roh perjuangan. Berbanding dengan Tulang Besi dan erdogan yang mempunyai hubungan politik, dan hubungan jiwa dan roh bersama pimpinan PKR.   Itulah agaknya slogan “politik bersama PAS, jamaah masing-masing” ini ada benarnya

Ustaz Tuan juga bersedia untuk menang dan bersedia untuk kalah. Bagi Ustaz Tuan, beliau bukan berjuang kerana pangkat atau habuan dunia tetapi kerana perjuangan Islam yang didokongnya. Sama seperti Ustaz Nasharuddin, Ustaz Tuan bersatu hati dan jiwa dalam perjuangan bersama pimpinan ulamak dalam PAS. Ustaz Tuan boleh menerima siapa saja dan faham akan golongan oportunis dalam PAS.

Mat Sabu juga sama seperti Ustaz Nasharuddin dan Ustaz Tuan, bersedia untuk menang dan bersedia untuk kalah. Mat Sabu, walaupun bukan ulamak dan bukan profesional seratus peratus, tetapi beliau amat setia pada perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Ketika DSAI menghentam PAS bertalu-talu di saat DSAI dalam UMNO, Mat Sabu menjadi perisai, penepis, dan tukul besi mempertahankan PAS.  Ketika itu Tulang Besi masih budak-budak berhingus dan belum pergi Amerika lagi, manakala ramai dari erdogan masih budak universiti di England ketika itu. Hati Mat Sabu luka yang amat sangat apabila DSAI masuk UMNO selepas keluar penjara dan kemudian menyerang PAS selama 16 tahun. Kini Mat Sabu telah maafkan DSAI dan bersahabat semula dengan DSAI serta  boleh berceramah bersama dengan DSAI, tetapi parut tetap ada. Inilah yang menyebabkan Tulang Besi dan erdogan tidak bersungguh berkempen untuk Mat Sabu cuma sekadar melepaskan batuk di tangga. Mereka tahu kemenangan Mat Sabu tidak menjamin kelansungan misi erdogan tetapi memadai menjatuhkan kepimpinan ulamak dari jawatan no. 2. Mat Sabu amat arif risiko ini. Mat Sabu juga sudah tahu minggu ini kenapa bilangan pencalonannya agak besar rupanya.

Apa pun, Tulang Besi akan terus serang ulamak dalam PAS, tak kira samada di PAS Pusat, Dewan Pemuda, atau Dewan Ulamak.  Hatinya benci kepada ulamak dan beliau adalah anti-ulama, tetapi berpura-pura pandai cakap pasal agama dan perjuangan Islam, TB berbaju hijau, berkepala ular, dan berhati syaitan. Beliau seperti Abdullah bin Ubai.  https://tulangbesi.wordpress.com/2010/03/24/tb-mahu-ikut-jejak-abdullah-bin-ubai/

Semoga Allah mengurniakan kesabaran, ketenangan dan keredhaan dalam diri Ustaz Nasharuddin, Ustaz Tuan dan Mat Sabu apabila melalui proses ujian khususnya dalam pemilihan kali ini. Kepada ahli PAS, carilah reda Allah bukan reda manusia. Kembalilah kepada akhlak Islam bukan akhlak sekular seperti TB.

Ya Allah jauhkanlah anai-anai yang suka makan tiang-tiang rumah perjuangan agar tidak rapuh dan tidak runtuh rumah perjuangan ini.

Dalam bahasa kiasan orang Melayu, lalat suka pada makanan terhidang, lazimnya diberakkaan makanan itu supaya orang yang makan makanan itu akan sakit perut, muntah dan cirit-birit. Bila tak jumpa makanan, lalat pergi ke tempat sampah, dan dimakan sampah dan ditelorkan anak-anak lalat supaya lalat-lalat ini akan pergi memberakkan lagi ke atas makanan lain. Itulah golongan opportunis dan itulah Tulang Besi dan bloggers celaka.

3 Comments »

  1. Subky's Fan said

    Majlis Syura wajar buat endorsement pemilihan parti’

    http://siasahdaily.blogspot.com/2011/05/majlis-syura-wajar-buat-endorsement.html

    Veteran PAS, Subky Abdul Latif berpendapat Majlis Syura Ulama parti wajar membuat perakuan (endorsement) calon jawatan-jawatan tertinggi parti untuk dijadikan panduan oleh ahli dalam membuat pilihan.

    Menurutnya, pemerkasaan Majlis Syura untuk menjalankan fungsi ini perlu supaya ahli-ahli parti mempunyai panduan untuk memilih pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

    “Majlis Syura mesti diperkasakan untuk menjadi pemandu kepada parti. Majlis Syura boleh menunjuk calon-calon yang dilihat layak untuk jawatan-jawatan tersebut supaya ahli mempunyai panduan siapa hendak dipilih,” kata Subky kepada SiasahDaily.

    Bekas pemimpin PAS Wilayah Persekutuan ini menjelaskan, sekiranya soal pemilihan calon untuk pilihan raya perlu melalui penilaian Majlis Syura, tidak ada sebab pemilihan kepimpinan parti tidak boleh mendapat perakuan majlis itu.

    Katanya, Majlis Syura perlu menilai setiap calon dan memberikan perakuan untuk calon-calon pilihan supaya disokong oleh ahli dalam pemilihan di muktamar.

    Beliau turut menegaskan lagi keperluan dua jawatan tertinggi parti dipegang oleh tokoh berkelulusan agama kerana berpendapat orang nombor dua ialah pemimpin yang dipersiapkan untuk menggantikan presiden.

  2. Bekas IRC said

    http://www.jalan-yang-satu.blogspot.com/2012/01/irc-dan-penglibatan-dakwah-di-malaysia.html

    IRC DAN PENGLIBATAN DAKWAH DI MALAYSIA – SATU CATATAN RINGKAS

    Sejarah Penubuhannya

    Islamic Representative Council (IRC) atau dalam bahasa Melayunya, Majlis Syura Muslimin (MSM)[1] adalah satu kumpulan dakwah di kalangan para pelajar Malaysia yang ditubuhkan di United Kingdom (UK) pada awal tahun 70-an, bergerak cergas sehingga ke hari ini.[2] Ada pendapat yang mengatakan ianya diasaskan di Brighton, England oleh para pelajar Malaysia yang dihantar ke sana atas biasiswa Kerajaan Perskutuan.[3] Gerakan IRC amat rahsia sifatnya. Sistem yang diamalkan di dalam IRC amat rigid, tetapi berdisiplin tinggi, mempunyai manhaj tarbiyyah usrah yang tersusun lengkap dengan sukatan dan peringkatnya,[4] amat menekankan aspek tarbiyyah di kalangan ahli, dikawal sepenuhnya oleh naqib dan pimpinannya, bergerak secara yang amat halus dan teliti dan rata-ratanya dianggotai oleh kalangan intelektual yang “bijak dari segi pencapaian akademiknya”.[5]

    Menurut seorang pengkaji sosial, IRC pada mulanya dipimpin oleh barisan intelektual dan pelopor gerakan Islam di Indonesia yang secara kebetulan juga belajar di UK terutamanya Ir. Imaduddin Abdul Rahim[6] yang mendapat pendedahan gerakan Islam dari Ikhwanul Muslimin, Mesir dan Jami’at Islami, Pakistan.[7] Pada awal tahun 70-an, Kerajaan Malaysia melaksanakan program memberikan biasiswa kepada ramai pelajar lepasan MCE/SPM dan HSC/STP untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. UK adalah destinasi yang favourite di kalangan Malaysians. Di Malaysia sendiri, Institut Teknologi Kebangsaan – ITK (kini Universiti Teknologi Malaysia – UTM) menjadi base kepada IRC apabila graduan yang telah belajar di UK itu (kebanyakannya mengambil jurusan kejuruteraan, sains gunaan dan berkaitan), pulang sebagai pensyarah dan mengajar di ITK. Hubungan ITK dengan Institut Teknologi Bandung (ITB) di Indonesia menjadi akrab.

    Demikianlah, semakin tahun semakin ramai pelajar Malaysia dihantar ke luar negara, semakin meluas fikrah IRC mula tersebar UK, Australia, di Amerika Syarikat (umpamanya di Terra Houte, Houston yang merupakan “Kampung Malaysia” di Amerika!) malah di Mesir dan Jordan. Pimpinan-pimpinan tertinggi al-ikhwan (‘Alami) sering berkunjung ke UK, USA, Australia, Mesir dan Jordan dan para pelajar Malaysia didedahkan secara langsung kepada pengalaman mereka dalam dakwah.[8] Semua ini adalah pengalaman yang amat baru bagi pelajar kita di luar negeri. Berbanding dengan rakan-rakan mereka yang menuntut di dalam universiti tempatan yang hanya mendapat tarbiyyah daripada kalangan ustaz-ustaz tempatan, peluang berjumpa, berbincang dan bergaul dengan barisan pimpinan al-Ikhwan dan Jami’at Islami dirasakan amat luar biasa dan memberikan kekuatan baru kepada para pelajar Malaysia. IRC sering menyebut bahawa kini mereka “mempunyai pakar rujuk yang benar-benar harakiyyah sifatnya” malah adalah yang tidak segan-segan mengatakan bahawa “mereka telah diterima masuk oleh Ikhwan ke dalam Tanzim ‘Alami”.[9]

    IRC, ABIM dan PAS di Malaysia

    Bagaimanapun di Malaysia sudah wujud Gerakan Islam bernama ABIM di peringkat persatuan bukan politik dan PAS sebagai parti politik. Semua pimpinan IRC ketika itu seperti Prof. Abang Abdullah, Zaid Kamaruddin, Mustafa Abdul Kader, Abdul Jalil Hassan, Azman Hussin, Ariffin (Said?), Ahmad Tarmidzi, Dzulkifli Muhammad, Saari Sungip (Abu ‘Urwah), Dr. Abdul Rahim Gouse, Dr. Mohd Hatta Shahrom dan sebagainya amat memahami bahawa mewujudkan satu Jamaah lagi di Malaysia apabila mereka pulang adalah tidak syar’iyy dari segi prinsip jamaah Islam malah bertentangan dengan kaedah gerakan Islam. Hendak duduk di dalam ABIM, mereka tidak sebulu dan sehaluan. Untuk melibatkan diri dalam politik, tarbiyyah dan fikrah mereka menghalang mereka daripada berbuat demikian, lagipun seperti yang sering mereka hujjahkan ketika itu: “PAS tidak mempunyai tarbiyyah dan ustaz-ustaz dalam PAS tidak mendapat tarbiyyah harakiyyah daripada kalangan al-Ikhwan Mesir dan oleh itu, memasuki siasah apatah lagi PAS, adalah “tidak betul” dan PAS perlu dijauhi”.[10]

    Pada awal 80-an IRC mengambil sikap “tidak menterjemahkan identiti diri” mereka di dalam masyarakat. Namun usrah-usrah IRC wujud terutama di kampus-kampus universiti tempatan secara sulit dan rahsia. Ketika itu sudah ramai tenaga IRC pulang ke tanah air selaku pensyarah terutama di UM, UKM, UPM, ITM dan UTM. Manakala terdapat juga beberapa orang tenaga ustaz yang mendapat didikan di Mesir yang memberikan sumbangan tertutup kepada mahasiswa kampus seperti Ustaz Darus Senawi di UM, Ustaz Zawawi Ali di Kolej Islam Kelang, Ustaz Alias Othman di UM, Ustaz Kamil Abdul Majid di UM dan sebagainya.[11]

    Dalam perbincangan-perbincangan tertutup di peringkat tertinggi IRC, rupa-rupanya ada usaha-usaha sulit untuk membenarkan figure-figure IRC tertentu untuk memasuki medan dakwah secara terbuka terutama PAS.[12] Maka saudara Mustafa Abdul Kader yang bergerak aktif dalam Pemuda dan PAS Shah Alam dan Selangor menjadi test case IRC yang pertama. Ketika itu, ABIM sudah tidak mendapat tempat dan PAS menjadi tumpuan. Mustafa Abdul Kader diberi kepercayaan sehingga menduduki EXCO Pemuda PAS Pusat dan juga EXCO PAS Selangor. Kemudian lebih ramai bekas IRC”[13] memasuki PAS termasuklah YB Khalid Samad[14] yang kemudiannnya diikuti oleh lainnya, yang paling menonjol kini ada YB Dr. Dzulkifli Ahmad (Abu Iman), AJK PAS Pusat. Sumbangan bekas IRC dalam PAS memang ada kesannya. Pimpinan PAS terutamanya Ustaz Fadhil Mohd Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang sangat terbuka dalam kes IRC masuk PAS. Pintu PAS dibuka seluas-luasnya kepada mereka. Kritikan orang-orang IRC di luar dan dalam negara diterima baik oleh PAS dalam rangkaian semangat “IRC menegur kita untuk sama-sama membina PAS” dan kini “keluarga Jamaah Islam semakin luas”.

    Bagaimanapun pada tahun 1985 sudah kedengaran suara-suara dari kalangan Pemuda PAS bahawa anggota IRC dalam PAS “bawa fikrah IRC dalam PAS dan secara diam-diam mengutuk PAS di luar”. Semakin banyak bukti diperolehi untuk dikemukakan kepada Dewan ‘Ulamak dan Dewan Harian PAS bahawa barangkali masanya sudah tiba bagi PAS untuk mengkaji sejauh mana peranan bekas IRC dalam PAS. Pertembungan terbuka mula berlaku. Tetapi di peringkat pimpinan tertinggi PAS Pusat, masih tiada apa masalah. Malah, Ustaz Abdul Hadi Awang (kini YB Tuan Guru Dato’ Seri) menulis kata pengantar siri buku Risalah Usrah oleh Abu ‘Urwah (YB Saari Sungip). Buku yang dianggap teks utama usrah IRC itu menjadi bahan usrah utama di dalam kampus-kampus sehinggakan terdengar cerita buku yang sama digunakan juga oleh para mahasiswa Malaysia di Universiti al-Azhar dan universiti lain di Timur Tengah![15]

    Suatu ketika dulu, Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Dr. Abdul Aziz Hanafi adalah di antara pimpinan PAS yang bermati-matian mempertahankan IRC dalam PAS manakala Ustaz Nakhaie dan Ustaz Harun Taib di antara yang paling kuat menentang fikrah IRC ketika itu. Satu perkara yang menarik ialah pimpinan tertinggi PAS masih memberikan ruang kepada IRC sehinggalah PAS Shah Alam mengemukakan dokumen-dokumen penting membuktikan penglibatan IRC dalam beberapa strategi PAS menyebabkan PAS mengambil tindakan tegas memecat Mustafa Abdul Kader dan kemudiannya Ustaz Alias Othman mengundur diri.

    Pada bulan Mac 1990 satu perkembangan menarik berlaku dalam IRC. IRC yang sudah tidak mendapat tempat dalam ABIM dan PAS mula mengorak langkah drastik dengan mengusulkan supaya ahli Jamaah dibenarkan memasuki UMNO.[16] Usul itu dengarnya ditolak. IRC kembali seperti biasa tetapi retak dalam IRC sudah semakin rancak. Sebenarnya retakan dalam fikrah IRC pertama kalinya bermula di UK pada akhir tahun tujuh puluhan lagi apabila ada kalangan yang ingin menubuhkan Suara Islam yang kemudian dijelmakan sebagai “Parti Negara Islam” apabila kembali ke tanah air, ada yang ingin masuk ke dalam ABIM dan PAS manakala ada yang ingin kekal secara rahsia di Malaysia. Sudah mula tidak sepakat sejak dari peringkat itu lagi.

    IRC, JIM dan IKRAM

    Pada tahun 1991 sekali lagi IRC bergolak. Kali ini ada usul di kalangan mereka untuk menzahirkan IRC di mata masyarakat dengan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM). Usul diterima majoriti dan Presiden JIM pertama adalah Abu ‘Urwah (Saari Sungip)[17] sehingga tahun 1999 di mana Prof. Madya Dr. Mohd Hatta Shahrom (ketika itu) mengambil tempat sebagai Presiden. Pada tahun 1999 juga ramai pimpinan JIM menganggotai KeAdilan, di antaranya ialah Sahari Bahari (bekas Naib Presiden JIM) yang menjadi EXCO Pemuda KeAdilan. Hj. Saari Sungip menjadi calon KeAdilan dalam Pilihanraya 29 November 1999 tetapi tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, tetapi kini menjadi ADUN PAS Hulu Kelang.

    IRC sekali lagi bergolak pada tahun 2009 apabila kepimpinannya yang berada dalam HIS mencadangkan penubuhan IKRAM pada 22 Oktober 2009. Mengikut kalangan tertentu IKRAM diwujudkan bagi menggabungkan tenaga semua ikhwahnya yang pernah mendapat pendedahan tarbiyyah IRC di luar negara tetapi kini terlibat dalam pelbagai jemaah; ada yang dengan JIM, ada yang dengan ISMA[18] dan ada yang dengan HALUAN.[19] Demi menggabungkan semua kenalan seniors yang masing-masing membawa uslub yang berbeza, IKRAM dilahirkan.[20] Namun JIM, HALUAN dan ISMA tetap berasingan. Pada Disember 2011, dalam PPN JIM ke-21, Zaid Kamaruddin mengisytiharkan dalam Muktamar berkenaan bahawa JIM akan dibubarkan dan diserapkan ke dalam IKRAM sepenuhnya, yakni tanpa ISMA dan HALUAN.

    Sebab utama pembubaran JIM, penubuhan IKRAM dan seumpamanya hanya diketahui oleh pimpinan yang duduk di dalam Tanzim IRC secara rahsia. JIM, IKRAM dan seumpamanya adalah wajihah (front organization) terbuka dalam masyarakat umum sebagaimana yang dirangkumkan dalam masterplan dan grand design IRC sejak tahun 70-an lagi. Bahawa JIM, IKRAM adalah IRC dan daripada kumpulan yang sama tidak dapat dinafikan lagi kerana dalam Muktamar JIM yang terakhir baru-baru ini apabila Presiden JIM terakhir ada menyebutkan bahawa….

    “Ramai pengasas JIM merupakan bekas pelajar di luar negara.”

    “Kita berhimpun membina Jamaah di kalangan umat Islam setempat bagi menyempurnakan tanggungjawab bersama. Kemudian kita bina jamaah yang menyatukan pelajar Islam dari Malaysia, IRC, Islamic Representative Council pada bulan April 1974.”

    “Kita kembali ke Malaysia pada pertengahan 1970-an. Terus menggerakkan usaha dakwah dan tarbiah terutamanya di kampus- kampus. JIM hanya ditubuhkan pada 27 Julai 1990……IKRAM ditubuhkan pada 22 Oktober 2009.”

    Penutup

    Demikianlah secara ringkas peranan yang dimainkan oleh IRC dalam medan dakwah di Malaysia yang turut mengalami pasang surutnya. IRC sendiri telah mengalami banyak perpecahan di kalangan ahli dan penyokongnya: dari IRC kepada Suara Islam di UK dan berlanjutan hingga ke Malaysia, kemudian menjadi IRC di Malaysia, memasuki ABIM dan PAS dan bersendiri di bawah JIM. Mereka tubuhkan pula IKRAM pada tahun 2009 dan pada bulan Disember 2011 ini membubarkan JIM dan berbondong-bondong memasuki IKRAM pula. Esok-esok nanti entah apa pula……UMNO? Tidak mustahil kerana kertas kerja asas sudah ada sejak awal 1990 lagi……

    Demikianlah secara ringkas penglibatan IRC dalam medan dakwah di Malaysia yang sempat kita bentangkan berdasarkan pengalaman bersama-sama mereka untuk penilaian para pembaca. Kita tidak mengulas kesannya ke atas PAS dan ABIM di sini kerana memberikan peluang kepada para pembaca yang budiman membuatnya. Kita bentangkan fakta-fakta sahaja. Selamat mengulas dan berikanlah ulasan yang berfakta dengan penuh adab berdasarkan pengalaman masing-masing ….

    Wallahu a’lam bissawab.

    Akhukum fi’Llah,

    Kamal Izzuddin Abdullah

    [1]Ada pelbagai pendapat tentang bagaimana nama IRC atau MSM ini mula diperkenalkan. Pendapat yang diterima umum ialah kefahaman bahawa mewujudkan sebuah gerakan Islam di luar negeri tidak praktikal kerana medan sebenar adalah di Malaysia. Mereka tidak boleh tubuhkan gerakan Islam di Malaysia kerana mereka masih belajar dan berada di luar Malaysia. Akhirnya, solution terbaik adalah dengan mengadakan sebuah “Syura” yang disepakati. Mereka tidak mahu bergabung dengan badan-badan sedia ada di luar negara sebab tidak sealiran fikrah dengan mereka.
    [2]Zainah Anwar yang buat pertama kalinya dalam sejarah IRC, telah berjaya menemubual ramai pimpinan IRC dan menerbitkan kajian Ijazah Sarjana Politiknya dalam bentuk sebuah buku kecil tetapi penuh makna berjudul, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Kuala Lumpur: Pelanduk Publications, 1990.
    [3]Zaid Kamarudin dalam Ucapan Dasar perasmian Jemaah Islah Malaysia (JIM) pada bulan Dismber 2011 telah dengan jelas menyatakan JIM mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun bermula dari April 1974 di England secara tak langsung mengaitkan JIM dengan IRC.
    [4]Kita harus mengakui bahawa IRC berjaya menyusun manhaj usrah yang sangat kemas dan amat pratikal digunakan di peringkat mahasiswa universiti. Inilah yang menjadikan ia berjaya menarik semakin ramai mahasiswa universiti pada akhir 70-an sehingga pertengahan 80-an. Asas model tarbiyyah yang digunakan adalah berdasarkan al-Ikhwanul Muslimimun, Mesir.
    [5] Ini adalah ciri-ciri umum yang terdapat dalam sistem IRC. Memang tidak dapat dinafikan bahawa IRC mampu mengumpul tenaga-tenaga du’at yang sedemikian, sama ada di dalam mahupun di luar negara. Itulah kelebihan IRC. Dengan dokumen usrah yang tertib dan mantap, IRC berjaya menambat hati para pelajar Malaysia di luar negara berbanding dengan pengaruh ABIM dan PAS. Tenaga-tenaga profesionalnya yang gigih ditambah dengan sokongan du’at dari Mesir dan Jordan yang berlatarbelakangkan gerakan al-Ikhwanul Muslimun, ternyata IRC adalah satu force yang boleh membawa kesan yang agak besar di Malaysia.
    [6]Pak Ir. Imaduddin Abdul Rahim sangat berpengaruh di kalangan pelajar IRCdan hal ini didedahkan sendiri oleh salah seorang senior bekas IRC, “Ayah Hasan Firdaus” berjudul, Gerakan Islam – Satu Sejarah dan Pengalaman, Bandar Baru Bangi: Madrasah Muttaqin, 1989, hal. 4.
    [7]Lihat Zainah Anwar, op. cit.
    [8]Umpamanya sila lihat bahan-bahan Tamrin Pimpinan Winter Gathering IRC pada tahun 1982-1985 di UK.
    [9]Dakwaan ini kuat kedengaran tetapi dinafikan sekers-kerasnya oleh pimpinan IRC apabila ditemui.
    [10]Dakwaan ini amat kuat kedengaran dari tahun pertengahan tahun 70-an sehingga awal 80-an dan angin perubahan amat kuat bertiup di kampus-kampus universiti tempatan. Mengikut sdr. Fauzi (bukan nama sebenar) yang pernah memimpin pelajar pada hujung 70-an sehingga awal 80-an di sebuah universiti tempatan, ditambah dengan faktor Anwar memasuki UMNO, hujjah-hujjah IRC bahawa sistem tarbiyyah ABIM semakin gagal mendapat tempat. Di UM, UKM, UTM, UPM dan ITM, ramai mahasiswa yang pro-ABIM mula mendekati ustaz dan pensyarah yang pro-IRC. Bagaimanapun terdapat ramai juga yang mendekati PAS sebagai alternatif kepada ABIM yang dilihat menghampiri UMNO bahkan sudah ada gelarab untuk ABIM yang berbaik dengan UMNO ketika itu – ABINO”!
    [11]Perkara ini tidak menjadi rahsia lagi kerana ia kini sudah menjadi makluman umum. Sebahagian besar daripada mereka bergerak di dalam ABIM seperti Ustaz Zawawi Ali (kini Dr.) dan Ustaz Darus Senawi. Bagaimanapun pendirian Ustaz Alias Othman amat berlainan sekali. Beliau hanya pernah dijemput menduduki Lujnah Tarbiyyah PAS Pusat atas jemputan Ustaz Abdul Hadi Awang tetapi kemudiannya keluar kerana beberapa masalah yang timbul antara PAS dengan IRC. PAS mendapati bahawa Ustaz Alias dan kalangan lain dalam PAS hanya sebelah kaki sahaja manakala sebelah kaki lagi masih kekal dalam IRC.
    [12]Keputusan ini adalah berdasarkan konsep “Harakiyyah Islamiyyah Syumuliyyah” (HIS) IRC di mana IRC menganggap PAS dan ABIM adalah front organization yang boleh “IRC ketengahkan kepada masyarakat”. Perkara ini tercatat dalam dokumen blueprint IRC yang disedarkan dalam Summer dan Winter Gatherings peringkat pimpinan Nuqaba’ mereka yang diadakan secara tertutup di luar negara. Maklumat-maklumat terperingkat ini mula dipecahkan oleh kalangan bekas IRC yang kemudian menolak konsep IRC apabila mula menyelami gerakan ABIM dan PAS apabila kembali ke tanah air. Nama-nama mereka masih kita rahsiakan di peringkat ini atas sebab-sebab tertentu.
    [13] Sdr. Mustafa Abdul Kader mengakui bahawa beliau mempunyai ramai kawan dalam IRC tetapi menafikan bahawa beliau masih duduk dalam tanzim IRC. Bagaimanpun akhirnya rahsia itu terbongkar juga.
    [14]Ketika di UK sdr. Khalid Samad aktif dalam IRC tetapi kemudian broke off dan mengasaskan Suara Islam di UK. Khalid yang rebellious in nature ini memang tidak berubah sejak zaman pelajarnya, dari “sebelum mengenal Islam” sehingga kini dalam barisan kepimpinan PAS Pusat. Bacalah temuramah menarik dengan beliau (atas nama samaran) dalam Zainah Anwar, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Kuala Lumpur: Pelanduk Publications, 1984.

    [15]Perkara ini hampir tidak dapat dipercayai lebih-lebih lagi memikirkan bahawa sepatutnya para pelajar jurusan agama di Timur Tengah membaca teks-teks asal dalam bahasa Arab dan merujuk kepada guru-guru yang dipercayai.
    [16]Dengan takdir Allah, kertas kerja berjudul “Usul Pendekatan Terhadap UMNO” bertarikh 28 Februari 1990 diperolehi dan pecah tembelang IRC kepada PAS. Kini IRC ridak boleh berdolak dalih lagi malah berasa malu terhadap PAS. Bagaimanapun masih terdapat ahli IRC yang cuba meyakinkan pimpinan PAS bahawa usul itu dibawa sesetengah ahli IRC yang ingin berpolitik dan tidak mewakili keseluruhan fikrah IRC. Kertas kerja ini masih dianggap rahsia oleh IRC/JIM. Dalam pertemuan pimpinan PAS dengan pimpinan Ikhwan di London pada tahun 1991, perkara ini telah diutarakan. Menurut wakil Ikhwan, Syaikh Mustafa Masyhur dikatakan telah menulis surat peribadinya kepada Ustaz Fadhil Mohd Noor dan Syaikh Mustafa Masyhur mengatakan pandangannya bahawa PAS mesti disokong oleh IRC di Malaysia dalam pilihanraya dan dakwah. Malangnya surat yang dikirimkan melalui Prof. Khurshid Ahmad dari London itu tidak sampai ke tangan PAS. Ia hilang apabila berakhir ke tangan ABIM! PAS mengetahuinya melalui pertemuan sulit dengan Dr. Azzam Tamimi (wakil Ikhwan dan Hamas UK) semasa berkunjung di London. Dua orang yang tahu akan perkara ini kini berada di barisan AJK PAS Pusat.
    [17]Ironinya pula dalam tanzim JIM ini, Ustaz Alias Othman yang terkenal sebagai pakar rujuk IRC sejak pertengahan 70-an hingga tertubuhnya JIM, tidak menjadi Presiden JIM , tetapi hanya pernah memegang jawatan Timbalan Presiden JIM. Perkara ini pernah ditanyakan kepadanya. Jawapannya: “strategi dalam dakwah, syaikh”.
    [18]IRC Mesir yang mendaftarkan diri sebagai NGO atas nama “Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).” Kini ISMA turut dikembangkan di luar negara sebagai ISMA Jordan, New Zealand, Eropah, Jepun, Korea, India.
    [19]Merupakan serpihan daripada IRC UK didaftarkan pada tahun 1988 sebagai sebuah NGO atas nama “Petubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.” Mempunyai perspektif yang sedikit berlainan daripada modus operandi JIM dan ISMA.
    [20]Ada kalangan exIRC yang ditemui menyebut tidak mustahil pada masa akan datang, IKRAM akan menjadi political front yang baru dalam perspektif dakwah di Malaysia. Menurut Ghazali (bukan nama sebenar), penubuhan IKRAM itu sendiri selain daripada percubaan untuk tujuan wehdah, ia juga berperanan sebagai NGO Islamik alternatif kepada yang sedia ada dan barangkali akan mengikut langkah Parti PKS Indonesia yang juga mempunyai persamaan ciri-cirinya dengan IKRAM yang mengambil model al-Ikhwanul Muslimin. Asas manhaj tarbiyyah harakiyyah yang dipegang oleh kalangan pengasas seniors IRC adalah model al-Ikhwan dan sebagaimana berlaku perpecahan dalam fikrah al-Ikhwan sejak penubuhannhya oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna sehingga kini, begitulah yang berlaku kepada IRC sejak penubuhannya pada tahun 1974 sehingga menjadi IKRAM, JIM, HALUAN dan ISMA di Malaysia.

  3. yg memperhatikan sejak kecik. said

    JIM ni gerakan politik je lebih. to be precise, bukan jemaah pun, tp puak politik. Takkan x sedar kot, IRC n JIM hanyalah wujud dr beberapa ahli drpd jemaah Islam/gerakan Islam yg sedia ada ketika tu. Kemudian kerana kurang idea, dok hijack AGM/mesyuarat beberapa bdn ata organisasi kat malaysia. instead of working together as a jamaah, pg hijack? Byk cth hijack2 ni. Pastinya org tak terfikirkan kenapa PAS/ABIM rata2 menolak mereka ni? Sbb cara mereka ni infiltrate. Cara mereka ni, bila dh masuk suatu organisasi. Dorang tgk n jaga jemaah dorang je la. Perjuangan utk puak sndr/jemaah sndr. Bukan utk menjaga org Islam secara satu jemaah. Jikalau niat mereka ni betul pun, itu sama semestinya tidak menghalalkan cara/modus operandi.

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: