Archive for May, 2011

TB berbaju hijau, berkepala sekular, berhati syaitan

oleh Tulang

Seperti yang dijangka Tulang Besi atau TB@Rahman Talib akan terus buat fitnah menjelang Pemilihan JK PAS Pusat yang akan berlangsung di dalam Muktamar Tahunan PAS pada 3 Jun 2011 ini. Dalam blog TB bertarikh 18 Mei 2011, TB membuat fitnah bahawa nama YB Dr Dzulkefli Ahmad tidak ada dalam senarai pencalonan sedangkan dalam Harakahdaily bertarikh 17 Mei 2011 http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3326-presiden-pas-kekal-6-layak-tanding-timbalan , nama YB Dr Dzulkefly ada dalam senarai berkenaan.

Apakah TB tidak membaca? Apakah TB tidak buat homework seperti masa lalu? Apakah TB tidak tahu membaca? Atau tidak ada akses ke Internet pada 17 Mei 2011?

Tidak cukup dengan fitnah itu, TB buat tuduhan khinzir buta bahawa kononnya ini satu konspirasi

Memang sah bahawa Tulang Besi ini busuk perut sampai ke usus sepertimana Tun Mahathir kata UMNO ini busuk perut sampai ke usus.

Wahai Tulang Besi, berhentilah buat fitnah atas PAS. Tak payah bersumpah macam Dato’ Eskay lagi seperti mana Tulang Besi pernah bersumpah laknat sebelum ini di dalam blognya setahun yang lalu.

Tak ada untungnya Tulang Besi buat fitnah jahat ini kecuali alfulus fiddunia walmampus fi akhirat. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua supaya melihat fitnah itu fitnah.

oleh Tulang

Kita tidak terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Tulang Besi dalam blognya malaysiawave hari ini 24 Mei apabila beliau secara biadab dan penuh dendam menyebut “Adapun Ustaz Nasa, beliau bakal dibuang bak sampah. Beliau telah mengkhianati kawan-kawan beliau untuk bersama dengan mereka yang memusuhi beliau. Semua demi agenda PERPADUANG dan perancangan beliau untuk membawa PAS bersama UMNO”

Kalau pembaca meneliti artikel-artikel dalam blog ini, pembaca akan dapat memahami motivasi yang mendorong TB membenci Ustaz Nasaruddin. Untuk makluman ringkas, Ustaz Nasaruddin telah didesak oleh kumpulan erdogan supaya bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar di Kelantan pada 2007 bagi mengenepikan Almarhum Ustaz Hassan Shukri yang merupakan Timbalan Presiden PAS ketika itu. Kumpulan erdogan, yang didokong oleh TB merangkap lidah erdogan, gembira kalau Ustaz Nasaruddin menang ketika itu kerana mereka menyangka mereka boleh “mengawal” dan “mempengaruhi” Ustaz Nasaruddin melalui “remote control” mereka.

Sangkaan mereka menyimpang sama sekali. Ustaz Nasaruddin tidak mudah dipengaruhi oleh kumpulan erdogan. Banyak agenda kumpulan erdogan terbantut kerana Ustaz Nasaruddin tidak mahu mengikut telunjuk kumpulan erdogan. Apatah lagi apabila Dato’ KJ yang dikatakan menjadi proksi DSAI dalam PAS juga tidak lagi menjadi SU Agung PAS selepas 2009, maka suara dan ruang erdogan untuk membawa agenda mereka dalam PAS menjadi buntu. Keadan menjadi lebih rumit apabila SU Politik Presiden bukan daripada golongan erdogan sepertimana yang mereka pernah cadangkan kepada Presiden.

Dengan itu kumpulan erdogan berusaha bagi menggantikan Ustaz Nasaruddin melalui kempen yang begitu dahsyat dalam sejarah PAS selepas kempen menjatuhkan Almarhum Ustaz Hassan Shukri, dan mereka juga berusaha bagi menaikkan Dato’ Husam Musa sebagai Timbalan Presiden PAS untuk menggantikan Ustaz Nasaruddin pada Muktamar 2009. Harapan mereka, jika Ustaz Nasaruddin kalah ketika itu, maka mereka berjaya mencipta sejarah bahawa Timbalan Presiden tidak semestinya dari kalangan orang berpendidikan agama. Bagi mereka, gagasan kepimpinan ulama dalam PAS harus dihapuskan secara perlahan. Jika mereka berjaya meletakkan Timbalan Presiden PAS dari bukan ulamak, maka selepas ini Presiden PAS juga boleh dipilih dari kumpulan bukan berpendidikan agama. Tetapi Allah Maha Mengetahui dan Maha Kaya. Cubaan mereka gagal apabila Dato’ Husam Musa gagal mendapat undi yang besar dalam pertandingan jawatan no. 2 di Muktamar 2009.

Kumpulan erdogan tidak pernah putus asa. Kini kumpulan erdogan berkempen untuk memenangkan Mat Sabu dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini. Apa yang penting ialah siapa sahaja ulamak untuk jawatan no. 2 dalam PAS mesti dikalahkan dalam sesi kali ini. Kumpulan erdogan berkempen untuk memenangkan Mat Sabu walaupun mereka pernah marah dan geram terhadap Mat Sabu kerana memecahkan undi Dato’ Husam Musa dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan no. 2 di Muktamar 2009 hingga menyebabkan Dato’ Husam Musa tewas bersama Mat Sabu bagi merebut jawatan no. 2 tersebut. Kumpulan erdogan tahu Dato’ Husam Musa bukan calon terbaik untuk jawatan Timbalan Presiden kerana “rekod hitam” tahun lalu melibatkan “hubungan misteri” antara Dato’ Husam Musa dengan blogger Kickdafella yang kena “kicked out” oleh kerajaan Kelantan.

Kali ini Mat Sabu merasa selesa dan gah apabila mendapat tahu beliau mendapat bilangan pencalonan yang agak besar juga untuk jawatan Timbalan Presiden dalam Muktamar 2011. Tetapi Mohamad Sabu mungkin terlupa akan agenda kumpulan erdogan untuk membuang gagasan ulamak dari kepimpinan tertinggi PAS iaitu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Para simpati dan penyokong Mat Sabu juga mungkin terlepas pandang akan agenda tersirat kumpulan erdogan ini dalam PAS. Adakah Mat Sabu akan tertipu dengan keghairannya melihat pencalonan yang banyak dan desakan serta sokongan yang hebat dari ahli PAS khususnya kumpulan erdogan? Adakah Mat Sabu akan terjebak dalam permainan politik erdogan dan menjadi S.S.?

Kumpulan erdogan menjadi keliru dan terkedu sebentar apabila Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim menyatakan kesediannya untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar 2011. Inilah yang tidak disenangi oleh Tulang Besi yang menjadi jurucakap kumpulan erdogan. Tulang Besi menyatakan: “Tiada langsung di kepala mereka perasaan sayangkan parti ataupun memikirkan perasaan pengundi-pengundi yang mahukan PAS berwajah “kontemporari” atau “waqi'” Bagi mereka, yang penting adalah jawatan Timbalan Presiden mesti pergi pada orang berpendidikan agama tidak kira sebelum ini orang yang berpendidikan agama telah gagal membahu tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden.” Itulah suara Tulang Besi yang juga suara erdogan dalam PAS.

Kenyataan Tulang Besi mewakili suara erdogan bahawa mereka tidak mahu ulamak memegang jawatan Timbalan Presiden tetapi mereka mahukan tokoh “kontemporari” yang bermaksud tokoh bukan dari kalangan berpendidikan agama. Dalam ertika kata lain, Ustaz Nasarudin dan Dato’ Ustaz Tuan tidak diperlukan lagi kerana golongan ulamak telah “gagal” pada mata kumpulan erdogan dan Tulang Besi.

Maka Tulang Besi yang lidah bercabang, bercakap seperti jaguh soal agama, konon prihatin terhadap PAS, tetapi dalam masa yang sama menabur fitnah dan tuduhan khinzir buta terhadap Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin, Dato Harun Taib, Dato Mustafa Ali, dan Dato’ Hassan Ali sebelum ini jelas menunjukkan kejahatan dan kemungkaran Tulang Besi terhadap PAS dan kepimpinan ulamak PAS. Tulang Besi berbaju hijau, berkepala sekular (ular), dan berhati syaitan.

Kepada pembaca sekelian, khususnya ahli PAS dan simpati PAS, jika anda ingin tahu siapa Tulang Besi, apa statusnya, apa latabelakangnya, apa misinya, anda boleh teliti artikel dalam blog ini secara menyeluruh.

Semoga Allah zahirkan yang benar itu benar dan yang batil itu batil.

Advertisements

Comments (1)

Sudah dijangka Tulang Besi akan buat fitnah

oleh Tulang

Seperti yang dijangka Tulang Besi atu TB@Rahman Talib akan terus buat fitnah menjelang Pemilihan JK PAS Pusat yang akan berlangsung di dalam Muktamar Tahunan PAS pada 3 Jun 2011 ini. Dalam blog TB bertarikh 18 Mei 2011, TB membuat fitnah bahawa nama YB Dr Dzulkefli Ahmad tidak ada dalam senarai pencalonan sedangkan dalam Harakahdaily bertarikh 17 Mei 2011 http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3326-presiden-pas-kekal-6-layak-tanding-timbalan , nama YB Dr Dzulkefly ada dalam senarai berkenaan.

Apakah TB tidak membaca? Apakah TB tidak buat homework seperti masa lalu? Apakah TB tidak tahu membaca? Atau tidak ada akses ke Internet pada 17 Mei 2011?

Tidak cukup dengan fitnah itu, TB buat tuduhan khinzir buta bahawa kononnya ini satu konspirasi

Memang sah bahawa Tulang Besi ini busuk perut sampai ke usus sepertimana Tun Mahathir kata UMNO ini busuk perut sampai ke usus.

Wahai Tulang Besi, berhentilah buat fitnah atas PAS. Tak payah bersumpah macam Dato’ Eskay lagi seperti mana Tulang Besi pernah bersumpah laknat sebelum ini di dalam blognya setahun yang lalu.

Tak ada untungnya Tulang Besi buat fitnah jahat ini kecuali alfulus fiddunia walmampus fi akhirat. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua supaya melihat fitnah itu fitnah.

Leave a Comment

TB diam sekejap komen Pemilihan JK PAS Pusat

oleh Tulang

Muktamar Tahunan PAS akan berlangsung tidak lama lagi iaitu 3-5 Jun 2011, manakala Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat akan berlangsung 1-2 Jun 2011.

Oleh kerana orang harapan dan tempat rujukan TB (iaitu YB Hussam) tidak bertanding jawatan Presiden, TB terkedu dan tergamam seketika. Pada penggal lalu, TB amat kuat berkempen untuk menangkan YB Husam sebagai Timbalan Presiden. TB adalah anti dengan Timb. Presiden yang ada sekarang ini dan TB juga tidak suka pada Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim yang juga berpotensi dicalonkan sebagai Timbalan Presiden selain daripada Tukul Besi Mat Sabu. Malangnya TB tidak rapat dengan Mat Sabu. Dia lebih rapat dengan kumpulan erdogan yang lama sebab dia merasakan dirinya belajar tinggi sampai ke USA dan dia tidak mahu rapat dengan orang yang tidak belajar tinggi dan orang kampung. Dulu dia cuba rapat dengan orang yang ada Ph.D. dan bergelar Dato’ seperti Dato’ Dr Hassan Ali, tetapi apabila dia kecewa kerana dia tidak dapat apa yang dia mahu di Terengganu dan Selangor selepas PAS-PR memerintah, maka dia mula menabur paku di atas jalan PAS.

Kini TB diam sekejap dan tidak menyalak lagi tentang Pemilihan JK PAS Pusat untuk penggal ini. Eloklah begitu, dan artikel ini bukan bertujuan untuk provok beliau supaya menyalak tetapi mengingatkan masyarakat bahawa TB ada agenda sulit untuk menjatuhkan Persiden PAS, dan yang lebih besar dari itu menimbulkan fitnah dalam PAS agar PAS dilihat lemah, berserabut, dan tidak profesional di saat UMNO dan BN akan tumbang tidak lama lagi. Beliau lebih yakin pada PKR daripada PAS. Beliau mahu masyarakat melihat PKR dalam PR lebih baik daripada PAS walaupun PAS juga berada dalam PR. Mungkin kalau PKR dominan dalam PR, TB mudah dapat projek, kerana bagi TB sesungguhnya telah terbukti PAS tidak dapat anugerah kepada TB apa jua projek di Terengganu selepas 2000 dan Selangor, 2008

Semoga beliau bersabar dan yakin dengan janji Allah, bahawa rezki itu dari Allah bukan dari manusia. Kalau sudah ditentukan rezkinya, rezki itu tidak akan ke mana. TB juga haris yakin bahawa Allah akan memberi rezki dari jalan yang tak disangka-sangka jika dia sabar, reda, dan bertaqwa kepada Allah SWT. TB juga harus yakin bahawa kadang kala Allah tidak beri sesuatu yang amat harapkan tetapi Allah akan gantikan dengan yang lebih baik dari apa yang dia harapkan. Sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui segalanya, dan Allah tahu apa yang baik atau buruk untuk kita. Maka TB jangan marah dan salahkan manusia dalam soal projek atau rezki.

 

Leave a Comment

« Newer Posts