Archive for June, 2011

TB hina Almarhum Ustaz Fadzil Noor

oleh Tulang

Akibat terlalu ghairah dengan mulut celupar dan sengal urat kepala kerana minum barbican,  Tulang Besi atau TB@Rahman Talib mencadangkan supaya lambang PAS ditukar dengan lambang foto Allahyarham Ustaz Fadzil bagi mencerminkan PAS Reform atau PAS berwajah baru.

—————–TB@Rahman Talib menulis——————————

Tulang Besi mencadangkan supaya gambar Allahyarham Ustaz Fadzil Now dijadikan lambang “PAS Reform” yang baru.

Ini kerana segala perubahan yang ingin kita bawa dalam PAS sekarang ini tidak lebih dari merealisasikan impian dan visi Allahyarham.

Allahyarham hanya mahu menjadikan PAS sebahagian dari arus perdana, diterima oleh semua kaum dan agama tanpa mengorbankan prinsip dan asas Islam.

Perubahan yang ingin dibawa oleh Allahyarham mendapat sokongan padu dari Mursyidul Am PAS. Malahan, dalam isu Kerajaang Perpaduang, Tok Guru Nik Aziz semata-mata mahu mempertahankan amanah serta wasiat Allahyarham Ustaz Fadzil Nor

PAS yang terasing dari arus perdana hanya merugikan Islam. PAS adalah duta Islam di Malaysia. Kalau PAS tidak bersama di dalam kehidupan majoriti rakyat Malaysia, bagaimana Islam hendak berkembang di Malaysia?

Sepanjang pemerintahan Ustaz Fadzil tiada berlaku perpecahan seperti yang kita lihat selepas PRU 2008. Ini kerana Ustaz Fadzil Nor memberi sepenuh wala’ kepada Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz.

Sekian

Tulang Besi  @Rahman Talib

——————–tamat—————————————

Inilah satu penghinaan yang dahsyat kepada Allahyarham Ustaz Fadzil, bekas Presiden PAS.

Ia juga satu penghinaan kepada pimpinan PAS seluruhnya dan ahli-ahli PAS seluruhnya serta penyokong PAS dari seluruh dunia. Apakah TB tidak baca sejarah lambang dan bendera PAS? Apakah TB tidak faham bahawa PAS bukan milik indidvidu atau dipengaruhi kuat oleh individu-individu tetapi dipengaruhi seluruhnya oleh ahli dan pimpinan secara kolektif?

Tidak seperti UMNO yang dikawal dan diputuskan oleh pimpinan melalui wang, rasuah, projek, perempuan, dan ugutan, PAS bebas dari semua ini

Tidak seperti PKR, bayangan DSAI lebih kuat menguasai arah haluan PKR walaupun Yb Azmin sentiasa memerhati dan membuat check-and-balance.

Tidak sepertimana DAP, yang dibayangi kuat oleh Lim Kit SIang dan Karpal Singh.

PAS pernah menghukum Dr. Asri dan pengikutnya walaupun beliau pernah menjadi YDP PAS (Presiden). PAS pernah menghukum beberapa individu pimpinan di Kelantan dalam kes 1978 melibatkan Menteri Besar Kelantan Dato’ Muhammad Nasir dan ketika gelombang Angkatan Perpaduan Ummah sekitar akhir 80an dan awal 90an dan di Terengganu serta Pahang yang melibatkan Tok Guru dan Aktivis PAS.

Nampak benar TB ini ikut selera dan nafsu apabila beliau mencadangkan lambang baru ini untuk PAS. Yang peliknya TB ini ada pengikut, dan pengikutnya ada yang memiliki ijazah dari England. Pelik ada orang PAS yang masih berbangga dengan TB yang menjadi jurucakap kepada erdogan ini dan menghina Almarhum serta pimpinan PAS termasuk Presiden PAS selama ini.

Advertisements

Comments (1)

TB seronok tak terkira hentam ulama PAS

oleh Tulang

Selepas mendengar keputusan pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat dan JK PAS Pusat pada Muktamar PAS ke 57, Tulang Besi atau TB@Rahman Talib melompat-lompat gembira macam kera kena belacan.

Gembiranya tak terkira dan dia melabel DMPP dan JK PAS Pusat dikuasai oleh erdogan. Dia yang labelkan begitu dan dia agak konsisten sepanjang 3-4 tahun ini dalam melabelkan beberapa orang erdogan yang dijunjung dan dipujanya terutamanya mentornya YB Dzl dan YB HM.

Ahli PAS dan perwakilan Muktamar boleh terima keputusan dalam semua muktamar, samada Muktamar Dewan atau Muktamar Pusat, tapi TB tidak boleh terima, apatah lagi dia bukan perwakilan.

TB@RahmanTalib menghentam dan menghina ulama yang kalah seperti YB Ustaz NMI dan Ustaz Dato’ TITM (Ustaz Tuan). Tidak lupa juga dia menghentam anak Tok Guru YAB TGNA dan YB TGHH yang dipilih oleh perwakilan. Dan apabila Dolah Karim tidak terpilih sebagai AJK DPPP, TB kata AJK DPPP menyisihkan Dolah Karim. Perwakilan yang tak pilih Dolah Karim. Malah AJK DPP belum bersetuju untuk terima Dolah Karim dalam JK DPPP sebab kesnya yang belum selesai, iaitu kes kritikan terbuka yang tidak  melalui saluran dan etika sebagai ahli PAS dalam kes tindakan dispilin ke atas YB DHA dan YB KS tahun lalu SERTA kebocoran minit mesyuarat DPPP dan minit mesyuarat BPPN Pahang. TB dapat maklumat bocor ini dari bloggers celaka lain seperti Wan Jie yang merupakan sahabatnya.

Agaknya TB nak suruh semua orang dengar cakap orang yang minum air barbican yang ada alkohol 0.5% dalam menentukan JK DPPP. Semoga TB@Rahman Talib sudah berhenti minum air barbican dan bertaubat. Dek kerana air barbican itu, pemikirannya menjadi sempit dan mamai serta pendek akal.

Memang dangkal otak TB apabila beliau tidak boleh terima keputusan perwakilan Muktamar. Itu keputusan ramai bukan keputusan satu orang manusia.  Sudahlah tak bayar yuran ahli PAS, menghentam PAS, menimbulkan fitnah dalam PAS, melaga-lagakan ahli PAS, dan menghina ulama, TB pula nak kempen supaya YB KS Shah Alam sebagai Pesuruhjaya Selangor.

Memang cetek pemikiran TB. Tak mungkin dia tak tahu bahawa meletakkan YB KS akan terus menerus mengekalkan masalah dalam PAS Selangor. Adanya YB DHA sebagai PJ PAS Selangor yang ada sekarang juga bermasalah sebab YB KS cemburu dengannya; kalau letak YB KS sebagai PJ pula, penyokong YB DHA yang cemburu. Memang tak selesai. Jadi nampak cetek dan kebudakan pemikiran TB dalam menyusun tanzim dan mengatur saf kepimpinan.

Kawan Tulang kata, alahai, si TB tu kan budak jalanan yang nakal. Apa dia tahu tentang tanzim dan manhaj? Biarlah dia nak kata apa pun. Budak-budak kan selalu emosi, cakap ikut sedap mulut dan ikut rasa, bukan ikut akal dan iman.

Tulang kata betullah tu…jadi eloklah Tulang berhenti tulis dulu sekejap pasal TB@Rahman Talib ni. Biarlah TB meracau dan mamai dengan keghairahannya dan kegembiraannya yang terencat kira-kira tiga tahun yang lalu kerana pujaannya kalah dalam Muktamar 2009. Kali ini biarlah dia melompat macam kera sekejap.

Comments off

TB belum berhenti meratib dengan UG

oleh Tulang

TB, Tulang Besi@Rahman Talib  kata dia besyukur kerana kelompok UG atau kerajaan perpaduan kalah dalam Muktamar 2011. Kenyataan sindiran ini adalah zikir dan ratib TB sejak tiga tahun ini apabila TB gagal dalam percubaan fitnahnya terhadap Ustaz Nasharuddin bagi menjatuhkan Ustaz Nasharuddin (YB NMI) untuk memenangkan YB Husam Musa (YB HM) sebagai Timbalan Presiden dalam Muktamar 2009.

Berbekalkan air barbican yang kini diketahui ada alkohol 0.5%,  TB masih meratib dengan UG dan Kerajaan Perpaduang dan TB masih belum berhenti lagi meratib.

Kita tidak lupa TB, menggunakan nama samaran The Truth Seeker, pernah membuat fitnah ke atas Alamarhum PJ Selangor, agar PJ berkenaan diganti dengan YB Dato’ Dr. Hassan Ali (YB DHA). Melalui fitnahnya dan usaha melobi oleh erdogan mengikut pintu belakang dalam PAS ketika itu, akhirnya YB DHA dilantik menjadi PJ Selangor.

TB dan erdogan terus merangka pelan agar DHA terus naik ke puncak kepimpinan dalam PAS supaya suara dan agenda erdogan dapat di bawa ke depan dalam PAS. Tiga penggal DHA menjadi Naib Presiden. Atas kesungguhan TB@Rahman Talib, YB DHA melantik TB menjadi Pegawai Khas YB DHA. Apabila Selangor diperintah oleh PR, TB minta jawatan dari DHA. DHA tak dapat tunaikan kehendak TB, maka TB mengamuk dan terus memfitnah YB DHA. Kemudian diikuti dengan YB KS “menyerang” YB DHA di Selangor dalam isu SELCAT sehingga menyebabkan YB KS dikenakan tindakan disiplin dan begitu juga YB DHA.

Soalan yang timbul dalam perkara ini ialah  mengapa TB dan erdogan yang pernah melonjakkan YB DHA selama tiga penggal dalam PAS tiba-tiba “menyerangnya” dan kemudian cuba menjatuhkan YB DHA pada tahun lalu di Selangor? Dan menurunkan YB DHA dari jawatan no. 3 dalam PAS? Mengapa? Bukankah YB DHA ini yang banyak membantu mereka sebelum ini?

Nah perkara yang sama dibuat oleh TB dan erdogan di mana mereka memujuk Ustaz Nasharuddin Mat Isa (YB NMI) supaya mencabar Almarhum Ustaz Hassan Shukri selaku Timbalan Presiden PAS. Kemudian mereka berkempen secara terbuka bagi memastikan YB NMI menang dalam pertandingan di Muktamar di Kelantan. Walaupun menang, YB NMI tidak mengikut telunjuk erdogan. Maka YB NMI terpaksa ditukar ganti. YB HM dirangka sebagai pengganti tetapi tewas. Isu UG atau kerajaan perpaduan hanyalah alasan untuk dijadikan peluru untuk membenam YB NMI dan zikir UG pada bibir TB tidak pernah lekang selagi YB NMI masih menjadi orang no. 2 dalam PAS.  Selepas YB NMI tidak lagi pegang jawatan no. 2, baki zikir UG masih melekat pada bibir TB sehingga hari ini.

Soalan yang sama kita tanya mengapa TB dan erdogan berkempen untuk YB NMI satu masa dulu dan meyokongnya selama beberapa tahun, kemudian cuba menjatuhkannya pada tahun 2009 dan akhirnya melumpuhkan YB NMI tahun ini?

Kali ini TB dan erdogan cuba menjunjung Mat Sabu dalam parti dengan harapan agenda ulamak dalam PAS boleh dipudarkan secara perlahan setelah Mat Sabu menjadi orang no. 2 dalam PAS. Setelah Mat Sabu menang, dan jika Mat Sabu tidak mendengar suara dan agenda erdogan dalam PAS selepas ini, maka Mat Sabu akan menerima nasib yang sama seperti YB DHA dan YB NMI.

Sejarah terus berulang dan akan berulang. Kita tahu Mat Sabu kenal TB ini dan kawan-kawan TB dari erdogan. Mat Sabu juga tahu tektik erdogan. Mat Sabu pernah menolak dengan tegas satu kertas “Amanat Presiden PAS” yang ditulis oleh sekelompok dari erdogan yang menguasai PPP pada ketika itu. Kertas amanat itu diberikan ‘last minute” kepada Presiden dan Presiden tidak sempat menyemaknya secara terperinci, tetapi bersangka baik kepada kelompok yang menyediakan kertas itu, lantas Presiden membentangkan kertas “amanat” itu. Amat mengejutkan apabila Mat Sabu dan Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik mengajak peserta konvension di bangunan Angkasa Kelana Jaya itu untuk KIV kertas tersebut dan tidak menerima kertas yang kontroversi itu. Tulang  tahu TB dan erdogan tahu cerita ini. Ia amat memalukan Presiden PAS. Tuan Haji Subky pernah bertanya, apakah mereka (erdogan) mahu membuat percubaan untuk “membunuh” Presiden TGHH dengan kertas itu?

Kini Mat Sabu akan dikelilingi oleh erdogan, dan TB menjadi lidah penyambung kepada suara erdogan dari luar PAS. Tuan Haji Subky menasihatkan Mat Sabu supaya membawa ulama bersamanya dalam melaksanakan tugasnya. TB akan melontarkan banyak perkara dalam blognya selepas ini kerana TB akan dapat info dalaman dengan lebih mudah selepas ini. Informan lama TB akan sampaikan info mesyuarat tertutup dan info mesyuarat JK Kerja Kerja PAS jika informan berkenaan masih mahukan TB membantunya, khususnya mewujudkan pressure dari luar ke atas PAS bagi menjayakan agenda mereka.

Kemenangan Mat Sabu di tempat no. 2 bukan satu yang permanent. Kalau semua orang yang pernah pegang jawatan no. 2 dan no. 3 dalam PAS tidak pernah kekal, maka Mat Sabu juga tidak kekal. Di dalam PAS, Mat Sabu antara pimpinan PAS yang pernah mendaki gunung perjuangan sejak remaja lagi, berebut-rebut memegang panji Islam untuk mencari keredhaan Allah dan mencari syahid, dan berlumba-lumba untuk akhirat. Tetapi ada orang yang turun dari helikopter di atas gunung dan menjadi pemimpin PAS serta membawa agenda kelompoknya dalam PAS, dan yang paling tidak seronok ialah mereka cah keting orang yang tidak menyokong agenda erdogan. Cah keting ini bukan baru dalam amalan mereka kerana mereka sering mengamalkannya semasa di zaman belajar di universiti sejak dulu lagi. TB suka begini sebab itu TB tidak kekok dalam menjalankan tugas memfitnah orang sehingga YB TGHH pun difitnahnya.

Betullah kata YB TGHH, dalam PAS, samada orang baru atau orang lama, semua akan diuji oleh Allah SWT. Yang turun dari helikopter pun akan diuji. Orang lama dalam PAS juga pernah diuji oleh Allah dan akhirnya keluar dari PAS. Dato’ Asri dan 13 pengikutnya, Nakhaie, Ustaz Abd Latif Besut adalah antaranya contoh pimpinan PAS dan ahli PAS yang diuji di merata negara juga pernah diuji dan terkeluar dari PAS. Ada orang baru dalam PAS, aktif beberapa tahun, kemudian hilang entah ke mana dan ada yang masuk UMNO menentang PAS. Ada orang lama dan orang baru yang pegang jawatan no. 2 dan no. 3 dalam PAS, tetapi apabila gagal menjalankan amanah, maka mereka diturunkan dari pimpinan oleh perwakilan dalam Muktamar.  Perwakilan pernah menghukum YB HM dari Kelantan dan YB DHA dari Selangor. Kini perwakilan yang pernah junjung YB NMI satu masa dulu turunkan YB NMI dari jawatan no. 2. Pewakilan yang pernah bagi undi tinggi pada YB Nizar (YB N) dalam Muktamar 2009, kini tidak memberikan undi yang memberangsangkan kepada YB N, dan YB N harus sedar bahawa undi popular tidak kekal lama.

Selain daripada alasan perwakilan mahu mengajar pimpinan no. 2,  perwakilan juga mahu ulama berfikir dan bertindak untuk menyusun semula ukhwah sesama mereka dan memperkasa gagasan ulama dalam PAS agar PAS tidak menjadi seperti UMNO. Berbanding dengan TB yang suka kutuk ulama, perwakilan Muktamar PAS lebih beradab dan sopan dalam mengatur langkah. Agaknya itu beza perwakilan yang matang dengan TB yang masih budak nakal di tepi jalan yang gagal menjadi perwakilan dalam Muktamar hampir 10 tahun sudah.

Gelombang perubahan dalam pimpinan PAS buat kali ini menunjukkan bahawa semangat dan tempias kebangkitan rakyat Mesir dan Tunis berlaku dalam PAS. Mungkin semangat dan tempias ini adalah pra-syarat kepada PAS untuk menyemarakkannya dalam negara ini. Perwakilan mahukan pimpinan muda yang bukan sahaja kental semangat “menggempur” dan “bergocoh” , tetapi kesemua 4 orang itu, Mat Sabu, Salehudin, Husam, dan Mahfuz adalah orang berani dan selalu turun di padang dan di jalan-jalan. 3 daripada mereka pernah merengkok lama dalam penjara dan beberapa kali dipenjara, tapi keempat-empatnya selalu di simbah asid dari water canon  milik FRU yang dikerah oeh UMNO-BN ketika 4 orang ini memimpin demonstrasi jalanan. Gelombang kali ini mahukan PAS menggempur UMNO habis-habisan. Gelombang kali ini adalah gelombang generasi muda yang dahagakan keadilan, ketelusan, dan kebenaran. Mungkin imej ulamak tidak sesuai untuk menggempur kubu UMNO dan BN di saat kemenangan ini. Ia memerlukan tenaga dan kekuatan luarbiasa untuk membuat pecutan akhir. Izinkanlah anak-anak muda bertubuh kasa ini menjalankan tugas untuk bergocoh dengan UMNO dan BN. Imej ulamak tidak serasi dengan gocoh dan bertempur. Insya Allah ulamak akan berikan sokongan moral, motivasi, dan doa berterusan kepada  empat gedebe PAS ini untuk membawa ahli PAS dan rakyat ke dalam Putrajaya dalam PRU13. Allahuakbar!

Comments (4)