TulangBesi@Rahman Talib gembira tak terkira

oleh Tulang

Apabila Dr Hassan Ali dipecat dari PAS, antara manusia paling gembira dalam dunia ini ialah TulangBesi@Rahman Talib.

Segala dendam dan marahnya terhadap Hassan Ali seolah-olah sudah terbayar. Oleh kerana Hassan Ali tidak beri dia jawatan politik dalam kerajaan negeri Selangor, TulangBesi@Rahman Talib  amat marah dan terus menerus serang Hassan Ali. Padahal TulangBesi@Rahman Talib ini adalah pegawai khas kepada Hassan Ali sebelum PR menang di Selangor.

TulangBesi@Rahman Talib kini mendakwa bahawa dirinya betul dan Hassan Ali salah selama ini.  Sekarang barulah TulangBesi@Rahman Talib mahu serang Hassan Ali dalam isu Unity Government atau kerajaan perpaduan yang mana inisiatif UG itu datang dari Hassan Ali bukan dari Ustaz Nasarudin Mat Isa.

Sebelum ini, TulangBesi@Rahman Talib  menyerang Ustaz Nasarudin Mat Isa habis-habisan kononnya Ustaz Nasaruddin yang membuat iniasiatif untuk satukan PAS dan UMNO atas nama Melayu.

Dengan terpecatnya Hassan Ali dari PAS, TulangBesi@Rahman Talib  kini faham bahawa PAS Pusat ada kuasa untuk pecat ahli PAS yang kurang ajar dan biadab serta degil dengan kadar segera tanpa melalui Jawatankuasa Tatatertib PAS. Perkara 82(9) dalam Perlembagaan PAS mengizinkan JK PAS Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas ahli PAS tanpa melalui proses biasa iaitu melalui JK Tatatertib PAS Pusat.

Tindakan pemecatan itu tidak dilakukan dengan drastik atau tergesa-gesa. PAS Pusat telah memberikan 3 surat panggilan kepada Hassan Ali, mengumumkannya dalam media meminta Hassan Ali datang ke pejabat PAS untuk berbincang dengan JK PAS, malah Hassan Ali telah dinasihat, diberi ingatan, dan telah bertemu dengan TG Nik Aziz, tetapi Hassan Ali tidak ambil peduli terhadap surat panggilan dan nasihat serta amaran.

Kini TulangBesi@Rahman Talib  sudah berhenti serang PAS, berhenti serang pimpinan PAS buat sementara. Dan mentornya dari kelompok erdogan juga nampaknya sudah mula ambil tindakan berdiam diri kerana mereka sedar bahawa kini kalau mereka silap langkah, mereka juga boleh diambil tindakan tegas oleh PAS Pusat tanpa melalui proses lazim dalam isu disiplin dalam parti.

Mereka juga sedar kini mereka dinamakan sebagai parasit dalam PAS oleh Hassan Ali, dan Hassan Ali berkata dia adalah bekas ketua parasit dalam PAS dulu. Merekalah orang yang memuja, mengusung dan berkempen untuk Hassan Ali naik sebagai Naib Presiden dan Pesurujaya PAS Selangor. Tetapi mereka jugalah yang menjatuhkan Hassan Ali apabila Hassan Ali tidak lagi memenuhi kehendak mereka. Akibatnya Hassan Ali marah dan kesal dengan siap mereka dan Hassan Ali menyebut beberapa nama parasit dalam PAS dan semuanya dari kelompok edorgan.

Kalau TulangBesi@Rahman Talib  adalah seorang yang terkenal di Malaysia dan mempunyai pengikut di peringkat akar umbi, dan dalam masa yang sama jika TulangBesi@Rahman Talib terus menerus serang PAS, serang peribadi pimpinan PAS, membuat fitnah dalam PAS dan seumpamanya serta boleh meninggalkan kesan negatif yang besar pada PAS dan rakan politik dalam PR, pasti TulangBesi@Rahman Talib  juga sudah lama dipecat.

Tapi oleh kerana TulangBesi@Rahman Talib  seorang yang mentah, budak, dan orang suruhan erdogan yang tidak memberi kesan negatif yang besar pada PAS, maka PAS Pusat tidak perlu ambil tindakan disiplin buat masa ini ke atas TulangBesi@Rahman Talib.

Biarlah TulangBesi@Rahman Talib  ketawa sebentar dengan kes Hassan Ali. Dia layak untuk gelak besar ke atas orang menjadi sasaran dendamnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: