Blog TulangBesi @Rahman Talib Hidup Semula

oleh Tulang

Tiba-tiba blog TulangBesi @Rahman Talib Hidup Semula selepas Tulang memberi ulasan ringkas mengenainya. Mungkin TulangBesi @Rahman Talib tak bayar sewa hosting dia untuk sekian lama, akhirnya blognya mati sekejap selepas 8 Jun 2012 hingga hingga 28  Ogos 2012. Kini blog malaysiawaves.com hidup semula.

TulangBesi @Rahman Talib juga telah menggunakan Facebook sekian lama sebelum blognya mati sekejap dan  kini beliau mengguna Twitter untuk menyatakan pandangannya tentang isu semasa.

Tulang akan memantau TulangBesi @Rahman Talib, seorang individu yang mengaku PAS tapi ahli UMNO Taman Melewar yang belum dinafikannya lagi dan beliau masih gagak membuktikan bahawa beliau bukan ahli UMNO.

 

TulangBesi @Rahman Talib adalah individu yang suka mencari populariti dengan melontar isu-isu panas dan jahat terhadap PAS suatu masa dulu selepas Dr. Hasan Ali (dalam PAS) tidak bersetuju memberi jawatan kepada beliau dalam kerajaan negeri Selangor dan dalam PAS. TulangBesi @Rahman Talib memilih untuk bersama kumpulan Erdogan dalam dalam PAS. Kini Hassan Ali tidak lagi dalam PAS, dan TulangBesi @Rahman Talib tidak lagi menyerang Hassan Ali, tetapi beliau masih menyerang pimpinan PAS yang lain dalam nada yang sederhana sedikit dewasa ini.

Baru-baru ini orang penting dalam erdogan, yang bukan pakar dalam Islamic political science,  buat kenyataan rasmi bahawa isu hudud tidak perlu dan PAS tidak bersedia lagi. Lantas TulangBesi@Rahman Talib buat kenyataan berunsur syirk ini:

“Hakikatnya, kalau PAS atau DAP keluar dari Pakatan Rakyat, hukum hudud terus tidak boleh dilaksana.”

Adakah TulangBesi@Rahman Talib fikir DAP dan PR menjadi penentu untuk hukum hudud dilaksana di negara ini? Apakah Allah tidak ada peranan dan tidak mampu mengubah suasana dan manusia dalam bab pelaksanaan hudud ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: