Apa ada di blog ini?

Blog ini mengandungi koleksi artikel dan penulisan terhadap Tulang Besi, seorang pemuda yang sedang membina populariti diri dalam politik tanahair dengan cara membuat pelbagai provokasi sepertimana yang pernah dilakukan oleh YB Jeff Ooi sebelum YB Jeff Ooi menang dalam PRU 12 di P. Pinang. Penulisan Jeff Ooi sebelum itu bersifat educational, informative, tetapi critical dan provocative. Beliau pernah dipanggil polis dan diseret dalam akhbar kerana tulisan-tulisannya. Kini Jeff Ooi adalah YB dan menang atas tiket DAP-PR.

Mungkin TB mahu mengikut susur galur yang sama. Sasaran utama TB ialah UMNO-BN dan PAS secara serentak. Secara lebih khusus, beliau menyerang hampir kesemua pimpinan PAS Pusat kecuali yang ada hubungan dengan kumpulan erdogan dalam PAS. Beliau akan memuji dan melambung tinggi serta membela pimpinan dari kumpulan erdogan. Lebih khusus lagi beliau menyerang  PAS Terengganu habis-habisan. Bahasanya pedas, kotor, dan jijik.

Untuk makluman pembaca: Patah Tulang ialah koleksi artikel dari pelbagai laman dan blog; manakala Retak Tulang ialah koleksi yang ditulis sendiri oleh ‘tulang’ pemilik blogger https://tulangbesi.wordpress.com ini. Selamat membaca!

Jika anda berminat untuk berkongsi info tentang TB, sila hantarkan kepada macg20711@yahoo.com

Kini sudah ada seorang gunakan Facebook untuk memaklumkan kepada dunia mengenai TB dikenalai sebagai Anti-Malaysiawaves (Tulang Besi) dalam bahasa Melayu dan Mandarin.  http://zh-cn.facebook.com/pages/Anti-MalaysiawavesTulang-Besi/108496365836888. Tahniah! Terima kasih!

%d bloggers like this: