Apakah tektik Tulang Besi?

TB @Rahman Talib menggunakan tektik kotor yang digunakan oleh UMNO dan tektik-tektik ini pernah diajar dan dilakukan oleh Hitler.

1. Tektik pukul dulu, betulkan kemudian

TB  serang dan timbulkan provokasi untuk jangka masa tertentu. Kemudian beliau akan mendapat respon dan penjelasan dari individu terbabit dan organisasi yang diserang. Kemudian TB akan membuat pembetulan di atas ‘kesilapan’nya yang kononnya beliau tidak berniat jahat tetapi melakukankan kerana sayangkan PAS dan sayangkan perjuangan.

Tektik ini UMNO gunakan untuk tahan orang PAS atau pembangkang, cas tuduhan, ambil kenyataan, dan setelah mendapat maklumat, mereka membuat pembetulan dan membebaskan orang itu.

2. Tektik baling taik pada muka orang, biar orang itu cuci sendiri

TB akan lontar tuduhan demi tuduhan kepada sasaran, dan kemudian meminta indvidu atau organisasi itu menafikan tuduhan atau menjawab tuduhan, dan jika tuduhan tidak dijawab dan tidak ada penjelasan, maka tuduhan itu dianggap BETUL.

Tektik ini UMNO gunakan pada DS Anwar Ibrahim dan Dato’ Harun Din serta beberapa orang politik. Ingat lagi isu Al-Maunah? Isu Memali?

3. Tektik psikologi songsang

TB gunakan tektik ini dengan mengatakan bahawa ada orang lain lakukan kejahatan sedangkan yang melakukan kejahatan ialah dirinya sendiri. Misalnya TB akan pancitkan kereta orang pada malam hari, kemudian beliau menjerit ‘woi ada orang pancitkan tayar kereta, kereta aku pun pancit juga’. Terkini, TB kata dalam lamannya “Puak PAS” minta tolong blogger UMNO serang Tulang Besi. Hakikatnya TB yang bekerjasama dengan blogger UMNO tetapi dia tuduh orang PAS kerjasama dengan blogger UMNO.

UMNO pernah guna tektik ini untuk mendapatkan perhatian orang ramai dan mengalihkan isu atau fokus ke tempat lain supaya orang tidak berfokus kejahatan atau kelemahan atau penyelewengan UMNO. Tektik ini dikenali juga sebagai ‘diversion technique’. Ingat lagi isu Tanjung Pagar dan isu air dengan Singapura? Isu video Lingam?

4. Tektik baling batu sembunyi tangan

TB gunakan tektik ini dengan penyamaran pelbagai identiti dalam dunia siber dan menyerang sasarannya. Kemudian dia diam dan perhati apa berlaku. Daripada reaksi individu dan orng ramai, TB akan petik dan ulas dalam laman webnya untuk mencapai maksudnya.

UMNO juga gunakan tektik ini. Ingat lagi isu kalimah Allah? Siapa yang mulakan dan kenapa?

5. Tektik publisiti berulang-ulang

TB akan lontarkan sesuatu isu dan tuduhan serta disusuli dengan komen dan ulasan secara berulang-ulang beratus kali hingga ia menjadi satu yang boleh “diterima” dan “dipercayai” oleh sebilangan ahli masyarakat. Misalnya isu UG antara PAS dengan UMNO.  Tektik ini bertujuan memaku info dan persepsi dalam pemikiran masyarakat sehingga masyarakat boleh percaya dan boleh terima atau paling tidak keliru dan sangsi dengan orang yang menjadi sasaran.

UMNO guna tektik ini untuk buat publisiti berulang tentang salah laku seks oleh DS Anwar Ibrahim sehingga ada orang jadi keliru, ada yang sangsi terhadap Anwar, dan ada yang percaya yang kononnya Anwar melakukan seks di luar tabii. Inilah tektik kotor Hitler. Tektik ini diguna juga oleh syarikat mengiklan produk mereka dalam media secara berulang-ulang sehingga terpaku dan terlekat produk itu dalam hati dan otak pelanggan.

6. Tektik inkuri

TB gunakan tektik ini dengan soalan-soalan yang dilontarkan kepada indvidu atau organisasi untuk dijawab.  Akhirnya sasaran akan menjawab atau memberi penjelasan. Jika tidak hati-hati dalam menjawab, TB akan gunakan jawapan itu sebagai peluru untuk serangan seterusnya. Komunikasi e-mail, SMS, dan rakaman audio-video akan menjadi alatnya untuk menyerang sasarannya semula.

UMNO gunakan tektik ini dalam proses interogasi atau soal siasat ke atas seseorang yang ditahan reman atau dipanggil untuk membuat kenyataan atau dipanggil untuk memberi penjelasan. Tektik ini juga digunakan dalam Parlimen.

Sebahagian besar soalan-soalan adalah perangkap. Misalnya apabila anda ditanya, “Apakah anda sudah berhenti pukul isteri anda?” walaupun anda tidak pernah memukul isteri anda.

Kalau anda jawab YA, maknanya memang anda PERNAH pukul isteri anda. Kalau ada jawab TIDAK, maknanya  memang anda MASIH pukul isteri anda.

Kesimpulannya,

a. hati-hati dengan permainan dan tektik kotor TB dan gurunya UMNO.

b. jangan layan tuduhan-tuduhan dan lontaran-lontaran TB

c. jangan rai’kan penulisan TB dalam laman webnya, kerana lagi dirai’kan tulisannya, lagi “terkenal” dia dalam masyarakat sebagaimana Kassim Ahmad dengan lontaran anti-Hadisnya

d. dapatkan khidmat nasihat guaman untuk tindakan undang-undang jika perlu bagi menjaga maruah dan nama baik anda dan untuk membetulkan keadaan.

e. dedahkan kejahatan TB dan hal-hal disebalik tabir yang mendorongnya membuat tindakan jahatnya.

Kalau anda hendak PUKUL Tulang Besi, si penabur fitnah, boleh lawat di sini

http://macamoranggila.blogspot.com/2010/03/bermain-dengan-games-gila-1.html

http://macamoranggila.blogspot.com/2010/03/bermain-dengan-games-gila-2.html

Kini sudah ada seorang gunakan Facebook untuk memaklumkan kepada dunia mengenai TB dikenalai sebagai Anti-Malaysiawaves (Tulang Besi)dalam bahasa Melayu dan Mandarin.  http://zh-cn.facebook.com/pages/Anti-MalaysiawavesTulang-Besi/108496365836888. Tahniah! Terima kasih!

%d bloggers like this: