Tulangbesi@Rahman Talib akhirnya terpaksa tutup laman fitnahnya

tulangbesi

Advertisements

Leave a Comment

Tulangbesi@Rahman Talib sudah mula kempen untuk erdogan ambialih PAS di Muktamar tahun ini

oleh Tulang

Tulangbesi@RahmanTalib sudah memulakan kempennya untuk melobi kumpulan erdorgan supaya ambil alih kepimpinan PAS dari ulama.   Buat masa ini dia sedang mempromosi tulisan-tulisan YB Khalid Samad berhubung dengan isu Kota Damansara yang menjadi kontroversi dalam persefahaman politik antara PAS dan PKR.

YB Khalid yang tidak beretika menyerang Presiden secara terbuka dan menyerang ahli PAS secara terbuka selepas PRU 13. Tulangbesi@RahmanTalib amat suka sikap “terbuka” dan “berani” KS ini.

KS adalah YDP PAS Kawasan Shah Alam dan beliau juga adalah AJK PAS Pusat. Beliau mempunyai ruang dan saluran yang luas dan secara langsung dalam PAS untuk menyatakan ketidakpuasannya terhadap apa yang berlaku dalam PRU 13 tetapi beliau memilih untuk mengheret PAS ke dalam blognya di peringkat global? Untuk apa beliau berbuat demikian? Berkempen menjual nama untuk menjadi juara agar popular dan terpilih sebagai AJK Pusat yang mendapat undi paling banyak dalam pemilihan JK PAS Pusat di Muktamar PAS Nov ini?

Tulangbesi@RahmanTalib adalah promoter setia untuk KS. Dia juga sudah mula menjual nama YB Husam Musa sebagai calon Presiden PAS yang akan datang. Dia mencadangkan agar Presiden PAS TGHH  ini direhatkan dan menjadi Mursyidul Am menggantikan TGNA. Dengan itu jawatan Presiden boleh dipertandingkan kepada ahli PAS.

Rahsia erdogan sudah bocor. Dalam kelompok erdogan ada juga yang tidak sanggup melihat PAS diporak perandakan oleh puak edorgan yang menjadikan Tulangbesi@Raham Talib sebagai tukang pukul gong. Tulangbesi@Raham Talib akan melobi beberapa orang edorgan jawatan penting dalam PAS melalui blog dan Facebook.

Idea erdogan ialah YB Husam dicalonkan sebagai Presiden atau Timbalan Presiden. Pastinya Mat Sabu akan menjadi pencabar utama YB Dato’ Husam. Ustaz Nasarudin Mat Isa sudah tidak ada dalam kamus pimpinan PAS. Erdogan mahukan semua calonnya yang menang supaya dicalonkan di peringkat tinggi. Dengan kemenangan KS mengalahkan Zulkifli Nordin dengan majoriti 10 ribu, Erdogan akan mencalonkan KS sebagai Timbalan Presiden atau Naib Presden untuk melawan siapa sahaja, samada YB Dato’ Mahfuz Omar atau Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man atau Salehudin Ayub.

Bagi jawatan Naib Presiden, erdogan akan mencalon YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, YB Dato’ Seri Nizar dan YB Dr. Hatta Ramli. Tidak mustahil juga nama YB Dr Mariah akan naik sebagai calon Naib Presiden. Malang kalau Dr Dzulkifli Ahmad menang dalam PRU, nama beliau akan berada di tingkat paling atas dalam senarai calon AJK PAS Pusat yang baru. Tulangbesi@Raham Talib paling suka kalau bosnya dapat dicalonkan dalam senarai Timbalan Presiden PAS atau Naib Presiden PAS.

Tulangbesi@RahmanTalib akan menggunakan isu undi populariti yang dimenangi oleh YB dari erdogan dalam PRU sebagai alasan untuk mempromosi individu berkenaan dalam kempen dan lobinya.  Kita percaya ahli PAS bukan bodoh, terutama golongan Pemuda yang berdarah panas dan mudah dibakar semangat mereka untuk bertempur dengan UMNO secara “berani” dan “terbuka”. Pemuda akan dibakar supaya membuat tranformasi radikal dalam PAS untuk menang PRU akan datang kononnya. Mereka menganggap AJK PAS Pusat di bawah kepimpinan ulamak sampai bila pun tidak mampu untuk menang besar dalam PRU di Malaysia.

Di samping Tulangbesi@Rahman Talib, bekas EXCO DPPM Abdullah Karim, yang tidak terpilih dalam EXCO Pemuda musim lalu, juga sedang hangat membuat promosi dan kempen membantu Tulangbesi@RahmanTalib.  Dolah Karim menggunakan rangkaian dalamannya dalam Whatsapp Group alumni jamaah UKM menyerang ulamak termasuk Presiden dan mempromosi KS serta ahli erdogan yang lain. Beliau juga mula menghasut alumni UKM untuk menjatuhkan kepimpinan DPPM di bawah YB Nasharuddin Hassan dan YB Nik Abduh yang dikategorikan sebagai ulamak. Begitulah hebatnya usaha Tulangbesi@Rahman Talib dan pembantu-pembantunya bermain api dalam PAS.

Mungkin orang luar PAS melihat artikel ini sebagai cuba memporak perandakan suasana, tetapi mereka tidak tahu tangan-tangan di belakang  suasana dalam erdogan sudah aktif untuk merubah PAS dari kepimpinan ulamak kepada kepimpinan bukan ulamak seperti dalam PKR dan DAP. Usaha ini sudah lama dibuat sejak 1986 tetapi gagal. Kemudian setelah Anwar ditendang keluar dari UMNO 1988, usaha untuk membuang kepimpinan ulama oleh kumpulan erdogan menjadi semakin hebat selepas PRU 2004.  

Perebutan jawatan penting dalam PAS oleh erdogan secara terancang berlaku untuk jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden pada tahun 2005 dan 2008. Dan kini 2013, Muktamar PAS yang tertangguh 2 kali akan melabuhkan tirainya dengan pertandingan kalah mati. Tulangbesi@Rahman Talib akan menjadi dalang di sebalik tirai wayang kulit erdogan dengan promosinya yang akan dibuat secara agresif dan mungkin di luar dugaan. Semoga Allah selamatkan PAS dari fitnah musuh dalam selimut dan melindungi orang-orang yang ikhlas berjuang dalam perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS di Malaysia ini.

Leave a Comment

Tulang Besi@ AbdulRahman Talib menyalak semula apabila gagal jadi calon PKR

oleh Tulang

Manusia lidah bercabang seperti Tulang Besi@ AbdulRahman Talib  yang belum selesai dendam terhadap Presiden PAS terus menyalak selepas keputusan PRU 13 diumumkan.

Tulang Besi mengamuk

Sebelum ini dia menyerang semua pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Pusat secara terbuka, dan menyerang Presiden PAS secara berlapik. Tetapi kali ini Tulang Besi@ AbdulRahman Talib, semakin celupar dan biadab terhadap Presiden PAS secara terang-terangan.

Entah apa kisahnya dia marah sangat dalam isu UG yang dah lama berkubur dan tidak diperkatakan lagi, tiba-tiba manusia dua alam kini bangkit dari kesunyian dan menyalak seperti anjing menyalak bukit di dalam blognya malaysiawave.net

Kebodohan dan kesombongan Tulang Besi@ AbdulRahman Talib  ini terserlah ketika dia cuba menjadi hero di depan Pejabat Keadilan Rakyat memaki pemberita dan juru gambar sebelum PRU baru-baru ini.

Ahli PKR dan ahli PAS tahu bahawa Tulang Besi@ AbdulRahman Talib  sudah bertahun cuba menunjukkan belangnya depan DSAI untuk meyakinkan DSAI kononnya dia hebat dan patut menjadi calon PKR. Malang apa yang dia lakukan selama ini hanya sia-sia sahaja. Pimpinan PKR, termasuk YB Azmin yang suka kepada watak kurang ajar dan biadab Tulang Besi@ AbdulRahman Talib, tetapi tidak yakin dengan Tulang Besi@ AbdulRahman Talib. Mungkin sebab Tulang Besi@ AbdulRahman Talib hanya tin kosong, kuat bunyi bila diketok tapi kosong di dalam.

Tulang Besi@ AbdulRahman Talib …..anda boleh teruskan tunjuk garang dan benci pada UMNO, BN dan SPR untuk pujuk DSAI dan YB Azmin yang anda memang hebat, tapi belum cukup hebat.

Tulang Besi@ AbdulRahman Talib terpaksa buat video sendiri dan letak videonya di Youtube untuk merasionalkan perbuatan bodoh dan biadabnya terhadap pemberita akhbar. Cuba anda baca komen orang yang melihat video ini. Dia cuba tunjuk garang sebab dia nak cari populariti dalam politik

Inilah video peristiwa Tulang Besi@ AbdulRahman Talib yang memaki pemberita akhbar; cuba baca komen orang ramai terhadapnya. Dia nak cari populariti dalam politik dengan tektik murahan.

Dan satu lagi video yang menunjukkan betapa ‘garangnya’ Tulang Besi@ AbdulRahman Talib depan pejabat PKR dengan harapan PKR akan ambil dia sebagai calon PRU 13, tapi malangnya hampas, PKR tahu perangai manusia dua alam seperti Tulang Besi@ AbdulRahman Talib ini.

Tulang Besi@ AbdulRahman Talib boleh cuba lagi kerja keras untuk jadi calon. Anda masih muda dan ada masa lagi untuk kempen calonkan diri. Mungkin DAP atau PSM boleh pertimbangkan kehebatan anda agaknya. Lagipun bapa saudara anda adalah seorang sosialis yang hebat dan terkenal. Atau kalau Tulang Besi@ AbdulRahman Talib terhingin sangat nak jadi YB, elok masuk UMNO ikut Zulkifli Nordin, yang pernah beliau puja satu masa dulu, atau ikut Dr Hassan Ali yang pernah melantik Tulang Besi@ AbdulRahman Talib sebagai pegawai khas Dr Hassan Ali semasa Dr Hassan Ali jadi Pesuruhjaya PAS Selangor.

Sahabat baik yang juga mentor kepada Tulang Besi@ AbdulRahman Talib iaitu Norman Toha telah ikut Dr Hassan Ali, mengapa mentee Norman Toha ini tidak ikut sama ikut mentor dia?

Sila baca lagi: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/03/panas-blogger-tulang-besi-mengamuk-di.html

Leave a Comment

Tulangbesi@Rahman Talib masih berdendam dengan Pemuda PAS

oleh Tulang

Misi Tulangbesi@ Rahman Talib untuk menjatuhkan beberapa pemimpin dalam Dewan Pemuda PAS yang tidak sealiran dengan kelompok erdogan dalam PAS masih belum selesai.

Posting terbaru  Tulangbesi@ Rahman Talib dalam blognya malaysiawaves.com 21 Nov 2012  menyerang Dewan Pemuda PAS khususnya Ketua DPP Ustaz Nasrudin Tantawi. Kemudian di akhir postingnya beliau sengaja meletakkan foto Ustaz Nik Abduh Nik Aziz bergambar bersama Pak Lah dan beliau meninggalkan soalan “apa hubungan Timbalan Ketua Pemuda PAS dengan mantan Presiden UMNO di bawah?”. Tujuannya jelas bagi menimbulkan rasa tandatanya dan tidak puas hati serta kesangsian terhadap Ustaz Nik Abduh yang merupakan orang yang rapat dengan Ketua DPPP. Soalan itu dianggap sebagai berniat jahat terhadap Ustaz Nik Abduh.

Mengapa Tulangbesi@ Rahman Talib berbuat demikian?

Pertama, ada 3 orang pimpinan utama dalam DPPP yang sentiasa diserang oleh Tulangbesi@ Rahman Talib. Ustaz Nasaruddin diserang oleh Tulangbesi@ Rahman Talib kerana rakan baik Tulangbesi@ Rahman Talib iaitu Abdullah Karim, bekas AJK DPPP tidak terlantik sebagai AJK DPPP dalam penggal kali ini. Abdullah Karim pernah berganding bahu bersama Tulangbesi@ Rahman Talib menyerang Presiden dan Ustaz Nasarudin dalam isu UG dua tahun lalu, dan beliau telah ditegur oleh pimpinan DPPP sebelum beliau berangkat ke England menemani isterinya menyambung pengajian. Kini Abdullah Karim tidak lagi ada suara dalam DPPP dan dalam PAS. Malang Abdullah Karim kalah dalam sesi pemilihan AJK DPPP tiga  tahun dan tidak pula dilantik oleh Ketua DPPP untuk berada dalam AJK DPPP.

Kedua, Tulangbesi@ Rahman Talib menyerang anak TGNA, iaitu Ustaz Nik Abdul kerana Ustaz Nik Abdul pernah membongkar kejahatan  Kickdafella, seorang blogger dan pembantu Dato’ Hussam, terhadap bapanya dan kerajaan Kelantan  satu masa dulu. Kickdafella, adalah rakan blogger Tulangbesi@ Rahman Talib yang berdiri dibelakang puak erdogan dalam PAS di Kelantan. Akhirnya, Kickdafella telah dipecat dan hilang periuk nasinya di Kelantan. Kickdafella berpaking tadah dan marah pada Dato’ Hussam dan berhasrat menyaman DatUstaz Nik Abduh adalah rakan karib Ustaz Nasaruddin Tantawi. Baca hubungan Tulangbesi@RahmanTalib dengan Kickdafella https://tulangbesi.wordpress.com/2010/05/08/tb-sambung-lidah-kickdafella/https://tulangbesi.wordpress.com/2010/05/01/tb-dan-kickdafella-gocoh/ dan https://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/12/tb-main-wayang-dengan-kickdafella/

Ketiga, Tulangbesi@ Rahman Talib menyerang anak Presiden TGHA, iaitu Ustaz Zaharuddin yang menjadi penghalang kepada kemaraan puak erdogan dalam PAS untuk menguasai JK PAS Pusat. Berlaku beberapa kali pertembungan idea dan pendapat antara puak erdogan dalam PAS dengan Ustaz Zaharuddin, termasuk isu hudud yang disalahtafsirkan oleh puak erdogan dalam PAS sehingga ahli PAS menjadi keliru dengan kenyataan akhbar yang dibuat oleh ketua puak  erdogan dalam PAS. Akhirnya orang ini dipanggil oleh Majlis Syura untuk “bermesyuarah”  yang mana orang erdogan ini baru sedar ilmu Islam  dan hudud dalam dirinya hanya indah kabar dari rupa.

Tulangbesi@ Rahman Talib akan terus menyerang pimpinan  DPPP. Beliau tidak peduli samada meriamnya yang dihalakan ke DPPP itu akan merugikan PAS atau gerakan Islam, asalkan beliau dapat menjalankan misi memburukkan pimpinan  DPPP, mencalarkan nama baik pimpinan PAS, dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli PAS. Tulangbesi@ Rahman Talib lebih mementingkan dendam kesumat peribadi daripada memulihara keharmornian jamaah dan agenda perjuangan.

Selepas Ustaz Nasaruddin tidak lagi memegang jawatan penting dalam PAS, dan setelah Dr Hassan ali dipecat, sasaran Tulangbesi@ Rahman Talib yang belum selesai ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, iaiatu Dato’ Ustaz Harun Taib, yang merupakan orang utama dalam PAS berdepan dengan puak erdogan ketika mereka berada di alam universiti melalui pltaform IRC, kemudiannya  menjadi JIM. Sebahagian ahli IRC telah masuk ke dalam PAS, mencairkan manhaj, identiti, dan wala’ mereka  yang lama dan mengikuti mahjaj, identiti dan wala’ kepada PAS secara menyeluruh, manakala ada dalam kalangan mereka yang masuk PAS tetapi masih mengekalkan manhaj, identiti, dan wala’ mereka  yang lama. Baca arikel hubungan Tulangbesi@Rahman Talib dengan Dr Hassan Ali https://tulangbesi.wordpress.com/2012/02/09/tulangbesirahman-talib-gembira-tak-terkira/

Ketua DPPP, Timbalan Ketua DPPP, dan Ustaz Zaharuddin adalah antara pimpinan DPPP yang rapat dengan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu. Maka sekaligus,  Tulangbesi@ Rahman Talib akan menjalankan misinya akan menyerang dan menjatuhkan orang-orang yang tidak sealiran dengan puak erdogan. Tulangbesi@ Rahman Talib ini adalah hipokrit dan bahaya dalam gerakan Islam. Baca https://tulangbesi.wordpress.com/2012/01/02/tb-keji-dan-caci-ketua-dewan-ulamak-pas-pusat/ dan  https://tulangbesi.wordpress.com/2011/06/09/tb-seronok-tak-terkira-hentam-ulama-pas/

Tulangbesi@Rahman Talib masih meneruskan misi erdogan walaupun ahli-ahli erdogan dalam PAS sudah senyap dan tidak menampakkan keghairahan mereka lagi untuk menolak keluar gagasan kepimpinan ulamak dalam PAS. Tulangbesi@Rahman Talib kini mempunyai ageda peribadi dan dendam kesumat yang belum terbayar lagi. Baca lagi tentang erdogan https://tulangbesi.wordpress.com/2011/05/27/tb-menzahirkan-siapa-lagi-endorgan-dalam-pas/, https://tulangbesi.wordpress.com/2011/05/26/sudah-dijangka-tb-mula-kempen-untuk-endorgan/, dan https://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/17/tb-jual-nama-endorgan/

Leave a Comment

Blog TulangBesi @Rahman Talib Hidup Semula

oleh Tulang

Tiba-tiba blog TulangBesi @Rahman Talib Hidup Semula selepas Tulang memberi ulasan ringkas mengenainya. Mungkin TulangBesi @Rahman Talib tak bayar sewa hosting dia untuk sekian lama, akhirnya blognya mati sekejap selepas 8 Jun 2012 hingga hingga 28  Ogos 2012. Kini blog malaysiawaves.com hidup semula.

TulangBesi @Rahman Talib juga telah menggunakan Facebook sekian lama sebelum blognya mati sekejap dan  kini beliau mengguna Twitter untuk menyatakan pandangannya tentang isu semasa.

Tulang akan memantau TulangBesi @Rahman Talib, seorang individu yang mengaku PAS tapi ahli UMNO Taman Melewar yang belum dinafikannya lagi dan beliau masih gagak membuktikan bahawa beliau bukan ahli UMNO.

 

TulangBesi @Rahman Talib adalah individu yang suka mencari populariti dengan melontar isu-isu panas dan jahat terhadap PAS suatu masa dulu selepas Dr. Hasan Ali (dalam PAS) tidak bersetuju memberi jawatan kepada beliau dalam kerajaan negeri Selangor dan dalam PAS. TulangBesi @Rahman Talib memilih untuk bersama kumpulan Erdogan dalam dalam PAS. Kini Hassan Ali tidak lagi dalam PAS, dan TulangBesi @Rahman Talib tidak lagi menyerang Hassan Ali, tetapi beliau masih menyerang pimpinan PAS yang lain dalam nada yang sederhana sedikit dewasa ini.

Baru-baru ini orang penting dalam erdogan, yang bukan pakar dalam Islamic political science,  buat kenyataan rasmi bahawa isu hudud tidak perlu dan PAS tidak bersedia lagi. Lantas TulangBesi@Rahman Talib buat kenyataan berunsur syirk ini:

“Hakikatnya, kalau PAS atau DAP keluar dari Pakatan Rakyat, hukum hudud terus tidak boleh dilaksana.”

Adakah TulangBesi@Rahman Talib fikir DAP dan PR menjadi penentu untuk hukum hudud dilaksana di negara ini? Apakah Allah tidak ada peranan dan tidak mampu mengubah suasana dan manusia dalam bab pelaksanaan hudud ini?

Leave a Comment

Malaysiawaves.com berkubur tanpa batu nisan

oleh Tulang

Sekian lama masa berlalu, www.malaysiawaves.com milik TulangBesi@Rahman Talib yang kontroversi, telah berkubur tanpa batu nisan. Entah bila laman ini menemui ajalnya tidak pula diketahui.

TulangBesi@Rahman Talib yang berdegar-degar menyerang PAS dan pimpinan PAS melalui lamannya kini sudah hilang entah ke mana. Alhamdulillah satu dunia fitnah yang dibina oleh TulangBesi@Rahman Talib sudah hilang dari alam maya.

Semoga dunia Islam semakin aman dengan “kematian” laman fitnah www.malaysiawaves.com itu.

Comments (2)

TulangBesi@Rahman Talib gembira tak terkira

oleh Tulang

Apabila Dr Hassan Ali dipecat dari PAS, antara manusia paling gembira dalam dunia ini ialah TulangBesi@Rahman Talib.

Segala dendam dan marahnya terhadap Hassan Ali seolah-olah sudah terbayar. Oleh kerana Hassan Ali tidak beri dia jawatan politik dalam kerajaan negeri Selangor, TulangBesi@Rahman Talib  amat marah dan terus menerus serang Hassan Ali. Padahal TulangBesi@Rahman Talib ini adalah pegawai khas kepada Hassan Ali sebelum PR menang di Selangor.

TulangBesi@Rahman Talib kini mendakwa bahawa dirinya betul dan Hassan Ali salah selama ini.  Sekarang barulah TulangBesi@Rahman Talib mahu serang Hassan Ali dalam isu Unity Government atau kerajaan perpaduan yang mana inisiatif UG itu datang dari Hassan Ali bukan dari Ustaz Nasarudin Mat Isa.

Sebelum ini, TulangBesi@Rahman Talib  menyerang Ustaz Nasarudin Mat Isa habis-habisan kononnya Ustaz Nasaruddin yang membuat iniasiatif untuk satukan PAS dan UMNO atas nama Melayu.

Dengan terpecatnya Hassan Ali dari PAS, TulangBesi@Rahman Talib  kini faham bahawa PAS Pusat ada kuasa untuk pecat ahli PAS yang kurang ajar dan biadab serta degil dengan kadar segera tanpa melalui Jawatankuasa Tatatertib PAS. Perkara 82(9) dalam Perlembagaan PAS mengizinkan JK PAS Pusat mengambil tindakan disiplin ke atas ahli PAS tanpa melalui proses biasa iaitu melalui JK Tatatertib PAS Pusat.

Tindakan pemecatan itu tidak dilakukan dengan drastik atau tergesa-gesa. PAS Pusat telah memberikan 3 surat panggilan kepada Hassan Ali, mengumumkannya dalam media meminta Hassan Ali datang ke pejabat PAS untuk berbincang dengan JK PAS, malah Hassan Ali telah dinasihat, diberi ingatan, dan telah bertemu dengan TG Nik Aziz, tetapi Hassan Ali tidak ambil peduli terhadap surat panggilan dan nasihat serta amaran.

Kini TulangBesi@Rahman Talib  sudah berhenti serang PAS, berhenti serang pimpinan PAS buat sementara. Dan mentornya dari kelompok erdogan juga nampaknya sudah mula ambil tindakan berdiam diri kerana mereka sedar bahawa kini kalau mereka silap langkah, mereka juga boleh diambil tindakan tegas oleh PAS Pusat tanpa melalui proses lazim dalam isu disiplin dalam parti.

Mereka juga sedar kini mereka dinamakan sebagai parasit dalam PAS oleh Hassan Ali, dan Hassan Ali berkata dia adalah bekas ketua parasit dalam PAS dulu. Merekalah orang yang memuja, mengusung dan berkempen untuk Hassan Ali naik sebagai Naib Presiden dan Pesurujaya PAS Selangor. Tetapi mereka jugalah yang menjatuhkan Hassan Ali apabila Hassan Ali tidak lagi memenuhi kehendak mereka. Akibatnya Hassan Ali marah dan kesal dengan siap mereka dan Hassan Ali menyebut beberapa nama parasit dalam PAS dan semuanya dari kelompok edorgan.

Kalau TulangBesi@Rahman Talib  adalah seorang yang terkenal di Malaysia dan mempunyai pengikut di peringkat akar umbi, dan dalam masa yang sama jika TulangBesi@Rahman Talib terus menerus serang PAS, serang peribadi pimpinan PAS, membuat fitnah dalam PAS dan seumpamanya serta boleh meninggalkan kesan negatif yang besar pada PAS dan rakan politik dalam PR, pasti TulangBesi@Rahman Talib  juga sudah lama dipecat.

Tapi oleh kerana TulangBesi@Rahman Talib  seorang yang mentah, budak, dan orang suruhan erdogan yang tidak memberi kesan negatif yang besar pada PAS, maka PAS Pusat tidak perlu ambil tindakan disiplin buat masa ini ke atas TulangBesi@Rahman Talib.

Biarlah TulangBesi@Rahman Talib  ketawa sebentar dengan kes Hassan Ali. Dia layak untuk gelak besar ke atas orang menjadi sasaran dendamnya.

Leave a Comment

« Newer Posts · Older Posts »