Tulang Besi sedang buat percubaan

oleh Tulang

Semakin dekat dengan Muktamar PAS semakin banyak Tulang Besi, TB atau Rahman Talib, cuba buat sesuatu tetapi yang dibuatnya menunjukkan dia berkempen untuk erdogan umumnya dan khususnya untuk Dr Dzul dan Mat Sabu. Pertama, Tulang Besi membuat satu posting yang ada foto Dr Dzul dan Mat Sabu sedang ditahan polis. Pepatah Inggeris mengatakan “a picture speaks for a thousand words”. Foto itu sebagai satu simbolik bahawa erdogan bersama Mat Sabu walaupun Mat Sabu tiada kena mengena dengan erdogan. Apa dosa Mat Sabu untuk dikaitkan dengan erdogan oleh Tulang Besi ini?

Dalam PAS, ramai pimpinan masuk penjara, bukan sahaja kena tangkap polis. Setakat kena tahan, ramai ahli PAS dan pimpinan kena tahan dan diambil keterangan, kemudian dibebaskan. Yang kena simbah asid dari water canon beribu dah. Tetapi ada pimpinan PAS yang kena tahan dan dimasukkan penjara berbulan-bulan di bawah ISA. Hatta, adaahli PAS dan pimpinan PAS yang kena bunuh seperti di Teluk Merbau dan Memali.

TB cuba nak puji Mat Sabu sebab TB kata Mat Sabu berani kerana tahan polis. Ini percubaan kempen TB kononnya dia penyokong setia Mat Sabu. Mat Sabu pun tak minta dipuji. Mat Sabu pun tak suka dipuji. Mat Sabu tak suka dikaitkan dengan erdogan. Tapi Tulang Besi buat percubaan yang kononnya “appealing”  walaupun tak jadi tetapi Tulang Besi tak mahu cari foto Ustaz  Nasharuddin ditahan polis dan dikejar polis? Dan tak mahu cari foto Ustaz Tuan kena tahan polis dan dikepung oleh puluhan polis?

Percubaan kedua ialah Tulang Besi juga cuba mengaitkan tawaran oleh UMNO kepada TG Ustaz Nik  Aziz tahun ini ada kaitan dengan “Kerajaan Perpaduang” yang disindirkan kepada TG Hj Hadi dan PAS Terengganu.

Berita asal dari http://www.malaysiakini.com/news/165493 menyatakan bahawa pada awal tahun ini UMNO pergi berjumpa dengan TGNA lima kali menawarkan beberapa jawatan kepada PAS.

Berita ini diselewengkan oleh Tulang Besi dengan mengaitkan tawaran ini dengan isu kerajaan perpaduan dan memberi ulasan bersifat putar alam atau putar belit.

Pada hakikatnyaberita itu tiada kaitan dengan TGHH, tetapi kerana niat jahat Tulang Besi yang suka minum barbican ini, dia mengaitkan berita ini dengan kerajaan perpaduan yang pernah dilontarkan oleh TGHH dalam Muktamar PAS 2009 walaupun TGHH belum bentangkan kertas konsep kepada ahli PAS. Apa yang Tulang Besi tahu tentang kerajaan perpaduan kecuali bercakap dalam gelap, macam sibuta dengan sigajah. Bila Tulang Besi terpegang telor gajah, dia kata itu buah ciku sedangkan buah ciku pun dia tak pernah tengok!

Dalam posting kali ini, Tulang Besi TIDAK BERANI ulas berita di atas  untuk mengenakan TGNA.

Kalau UMNO jumpa TGHH, Tulang Besi akan kata TGHH nak bawa masuk PAS dalam UMNO.

Apabila UMNO jumpa TGNA 5 kali secara senyap-senyap, Tulang Besi tak berani kata TGNA nak bawa PAS masuk UMNO.

Persoalannya salahkah pimpinan PAS berjumpa UMNO atau UMNO berjumpa pimpinan PAS? Apakah mudah sangat bagi PAS nak bergabung denganUMNO? Adakah 1-2 orang pimpinan PAS boleh buat keputusan untuk bubar PAS dan masuk UMNO dengan begitu mudah? Tidak semudah itu wahai Tulang Besi dan penyokong Tulang Besi (yang kebanyakannya terdiri daripada cybertrooper UMNO).  Orang Kedah kata, “ada akai ka?”  “hang minum air apa ni?” Barbican lagi ka? Mabuk ka?

Kemudian Tulang Besi mengulas isu wala’. Kononnya Tulang Besi ini ahli PAS tulen. Dia kata:

“Tugas para perwakilan adalah menaikkan kepimpinan yang “WALA'” kepada Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Segala perpecahan dalam PAS selama ini adalah kerana sikap beberapa kepimpinan PAS yang TIDAK WALA’ kepada Mursyidul Am PAS itu.”

Tulang Besi sendiri tidak wala’ dalam PAS.

  • Dia tak bayar yuran tahunan ahli bertahun-tahun
  • Dia menghina dan menghentam Tuan Guru Hj Hadi
  • Dia menyerang Timbalan Presiden PAS
  • Dia menyerang Setiausaha Agung PAS
  • Dia menghina Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat
  • Dia menghina Ketua Pemuda PAS Pusat
  • Dia menghina PAS secara berterusan dan terbuka
  • Dia menghina para ulamak
  • Dia melaga-lagakan pimpinan PAS dan ahli PAS melalui berita fitnah selama beberapa tahun kebekakangan ini.
  • Dia wala’ pada erdogan daripada PAS itu sendiri.
  • ….dan bacalah lagi posting mengenai konspirasi Tulang Besi dalam posting sebelum ini.
Tulang Besi sangka perwakilan PAS di Muktamar kali ini bodoh macam dia untuk menentukan pimpinan PAS. Kesian Tulang Besi. Tak dapat jadi perwakilan. Tak habis-habis buat percubaan untuk menimbulkan fitnah dalam jamaah Islam.
Mungkin dengan pelbagai percubaan ini akan melayakkan dia jadi calon untuk bertanding atas tiket parti politik lain yang tak suka kepada PAS dan ulama’. Mana tahu kan, rezki ada di mana-mana. Pencuri, peragut, dan perompak pun kata begitu, apatah lagi Tulang Besi.

Leave a comment