Tulangbesi@Rahman Talib masih berdendam dengan Pemuda PAS

oleh Tulang

Misi Tulangbesi@ Rahman Talib untuk menjatuhkan beberapa pemimpin dalam Dewan Pemuda PAS yang tidak sealiran dengan kelompok erdogan dalam PAS masih belum selesai.

Posting terbaru  Tulangbesi@ Rahman Talib dalam blognya malaysiawaves.com 21 Nov 2012  menyerang Dewan Pemuda PAS khususnya Ketua DPP Ustaz Nasrudin Tantawi. Kemudian di akhir postingnya beliau sengaja meletakkan foto Ustaz Nik Abduh Nik Aziz bergambar bersama Pak Lah dan beliau meninggalkan soalan “apa hubungan Timbalan Ketua Pemuda PAS dengan mantan Presiden UMNO di bawah?”. Tujuannya jelas bagi menimbulkan rasa tandatanya dan tidak puas hati serta kesangsian terhadap Ustaz Nik Abduh yang merupakan orang yang rapat dengan Ketua DPPP. Soalan itu dianggap sebagai berniat jahat terhadap Ustaz Nik Abduh.

Mengapa Tulangbesi@ Rahman Talib berbuat demikian?

Pertama, ada 3 orang pimpinan utama dalam DPPP yang sentiasa diserang oleh Tulangbesi@ Rahman Talib. Ustaz Nasaruddin diserang oleh Tulangbesi@ Rahman Talib kerana rakan baik Tulangbesi@ Rahman Talib iaitu Abdullah Karim, bekas AJK DPPP tidak terlantik sebagai AJK DPPP dalam penggal kali ini. Abdullah Karim pernah berganding bahu bersama Tulangbesi@ Rahman Talib menyerang Presiden dan Ustaz Nasarudin dalam isu UG dua tahun lalu, dan beliau telah ditegur oleh pimpinan DPPP sebelum beliau berangkat ke England menemani isterinya menyambung pengajian. Kini Abdullah Karim tidak lagi ada suara dalam DPPP dan dalam PAS. Malang Abdullah Karim kalah dalam sesi pemilihan AJK DPPP tiga  tahun dan tidak pula dilantik oleh Ketua DPPP untuk berada dalam AJK DPPP.

Kedua, Tulangbesi@ Rahman Talib menyerang anak TGNA, iaitu Ustaz Nik Abdul kerana Ustaz Nik Abdul pernah membongkar kejahatan  Kickdafella, seorang blogger dan pembantu Dato’ Hussam, terhadap bapanya dan kerajaan Kelantan  satu masa dulu. Kickdafella, adalah rakan blogger Tulangbesi@ Rahman Talib yang berdiri dibelakang puak erdogan dalam PAS di Kelantan. Akhirnya, Kickdafella telah dipecat dan hilang periuk nasinya di Kelantan. Kickdafella berpaking tadah dan marah pada Dato’ Hussam dan berhasrat menyaman DatUstaz Nik Abduh adalah rakan karib Ustaz Nasaruddin Tantawi. Baca hubungan Tulangbesi@RahmanTalib dengan Kickdafella https://tulangbesi.wordpress.com/2010/05/08/tb-sambung-lidah-kickdafella/https://tulangbesi.wordpress.com/2010/05/01/tb-dan-kickdafella-gocoh/ dan https://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/12/tb-main-wayang-dengan-kickdafella/

Ketiga, Tulangbesi@ Rahman Talib menyerang anak Presiden TGHA, iaitu Ustaz Zaharuddin yang menjadi penghalang kepada kemaraan puak erdogan dalam PAS untuk menguasai JK PAS Pusat. Berlaku beberapa kali pertembungan idea dan pendapat antara puak erdogan dalam PAS dengan Ustaz Zaharuddin, termasuk isu hudud yang disalahtafsirkan oleh puak erdogan dalam PAS sehingga ahli PAS menjadi keliru dengan kenyataan akhbar yang dibuat oleh ketua puak  erdogan dalam PAS. Akhirnya orang ini dipanggil oleh Majlis Syura untuk “bermesyuarah”  yang mana orang erdogan ini baru sedar ilmu Islam  dan hudud dalam dirinya hanya indah kabar dari rupa.

Tulangbesi@ Rahman Talib akan terus menyerang pimpinan  DPPP. Beliau tidak peduli samada meriamnya yang dihalakan ke DPPP itu akan merugikan PAS atau gerakan Islam, asalkan beliau dapat menjalankan misi memburukkan pimpinan  DPPP, mencalarkan nama baik pimpinan PAS, dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli PAS. Tulangbesi@ Rahman Talib lebih mementingkan dendam kesumat peribadi daripada memulihara keharmornian jamaah dan agenda perjuangan.

Selepas Ustaz Nasaruddin tidak lagi memegang jawatan penting dalam PAS, dan setelah Dr Hassan ali dipecat, sasaran Tulangbesi@ Rahman Talib yang belum selesai ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, iaiatu Dato’ Ustaz Harun Taib, yang merupakan orang utama dalam PAS berdepan dengan puak erdogan ketika mereka berada di alam universiti melalui pltaform IRC, kemudiannya  menjadi JIM. Sebahagian ahli IRC telah masuk ke dalam PAS, mencairkan manhaj, identiti, dan wala’ mereka  yang lama dan mengikuti mahjaj, identiti dan wala’ kepada PAS secara menyeluruh, manakala ada dalam kalangan mereka yang masuk PAS tetapi masih mengekalkan manhaj, identiti, dan wala’ mereka  yang lama. Baca arikel hubungan Tulangbesi@Rahman Talib dengan Dr Hassan Ali https://tulangbesi.wordpress.com/2012/02/09/tulangbesirahman-talib-gembira-tak-terkira/

Ketua DPPP, Timbalan Ketua DPPP, dan Ustaz Zaharuddin adalah antara pimpinan DPPP yang rapat dengan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu. Maka sekaligus,  Tulangbesi@ Rahman Talib akan menjalankan misinya akan menyerang dan menjatuhkan orang-orang yang tidak sealiran dengan puak erdogan. Tulangbesi@ Rahman Talib ini adalah hipokrit dan bahaya dalam gerakan Islam. Baca https://tulangbesi.wordpress.com/2012/01/02/tb-keji-dan-caci-ketua-dewan-ulamak-pas-pusat/ dan  https://tulangbesi.wordpress.com/2011/06/09/tb-seronok-tak-terkira-hentam-ulama-pas/

Tulangbesi@Rahman Talib masih meneruskan misi erdogan walaupun ahli-ahli erdogan dalam PAS sudah senyap dan tidak menampakkan keghairahan mereka lagi untuk menolak keluar gagasan kepimpinan ulamak dalam PAS. Tulangbesi@Rahman Talib kini mempunyai ageda peribadi dan dendam kesumat yang belum terbayar lagi. Baca lagi tentang erdogan https://tulangbesi.wordpress.com/2011/05/27/tb-menzahirkan-siapa-lagi-endorgan-dalam-pas/, https://tulangbesi.wordpress.com/2011/05/26/sudah-dijangka-tb-mula-kempen-untuk-endorgan/, dan https://tulangbesi.wordpress.com/2010/04/17/tb-jual-nama-endorgan/

Leave a comment